Resipi Scramble Egg Sandwich ini memang gerenti sedap dan anak mesti suka siap nak bawa bekal!

Salah satu jenis sandwich yang mudah nak disediakan oleh mak-mak ialah Scramble Egg Sandwich.Ia sesuai disediakan baik untuk bekalan sarapan anak-anak waktu pagi di sekolah mahupun untuk minum petang buat keluarga. Jika selalu kita buat sandwich telur guna telur rebus, mak-mak boleh cuba buat scramble egg pulak. Ada caranya untuk pastikan telur tersebut gebu, malah memang sedap.

Menarik Di Sini: Resipi Egg Mayo Sandwich Sedap, Berpuluh Kali Wanita Ini Olah Nak Dapatkan Rasa Tak Muak!

Mak-mak boleh cuba resipi Scramble Egg Sandwich oleh Mamaa Sal ini. Memang ringkas, sedap dan tak muak mengikut selera anak-anak.

SCRAMBLE EGG SANDWICH SEMPOI UNTUK ANAK BERTUAH !

Gituhhh tajuk dia.

Disebabkan untuk anak jadi mak ni pun kene buat ikut selera anak kan. Anak ada program sekolah harini jadi mama sal takdan prepare barang buat sandwich jela.

Anak bagi syarat taknak sebarang aksesori.Makanya salad, tomato pun takdo la yee. Tapi rasa dia gerenti sedap vavavommm sangat!

Bahan pun sonang sangat yo kengkawan den. Ni mama sal list kan.

Bahan-Bahan:

Roti
Telur
Mayonis
Sos blackpaper
Sos cili
Butter
Garam

** salad dan tomato ikut pilihan nak letak ye. Ikut suka. Tekak sendiri ejas jela kan. Menda senang jangan sulitkan.

Artikel Popular: 4 Jenis Sandwich Mak-Mak Bekerja Mampu Buat, 5 Minit Siap!

IKLAN

Cara Membuat:

1. Pukul telur. Letak sikit air dalam 2, 3 sudu untuk bagi telur gebu. Nak berapa bijik ikut suka. Semua takda sukat ni bedal aje la labu oii. Hahaha. Buh garam sikit. Pukul bagi gebu.

2. Panaskan butter. Masukkan telur tadi. Kacau telur tu bagi dia berketul ketul macam gambar.

Scramble Egg Sandwich Gerenti Sedap, Anak Mesti Suka Siap Nak Bawa Bekal!

3. Masukkan mayonis, sos blackpaper, sos cili. Dalam resepi ni sal kurangkan sos cili. Lebihkan sos blackpaper.

Scramble Egg Sandwich Gerenti Sedap, Anak Mesti Suka Siap Nak Bawa Bekal!

4. Dah masak masuklah dalam bekas. Buat roti pulak.

Scramble Egg Sandwich Gerenti Sedap, Anak Mesti Suka Siap Nak Bawa Bekal!

IKLAN

5. Letakkan bahan tadi kat roti dan potong 4 roti. Dah siap. Sonang kan.

Scramble Egg Sandwich Gerenti Sedap, Anak Mesti Suka Siap Nak Bawa Bekal!

Haaa mak mak takda idea nak buat sarapan ape tu esok try le buat. Gerenti anak suka siap nak bawak bekal.

Scramble Egg Sandwich Gerenti Sedap, Anak Mesti Suka Siap Nak Bawa Bekal!

Kite tadi nak makan 1 pun abiss licin adehhh nasib la buat lebih telur tu. Petang kang boleh buat lagi. Orang lain pulak tak payah makan.

Ok sonang tak. Ape nak gaduh nak masak ape nak buat ape. Google jela, tengok jela fesbuk kan banyak idea. Hehehe.
Nanti share tag le penggemar roti tu. Ni edisi mudah dan ringkas. Korang nak buh ape pun buh la. Byee.

IKLAN

Selamat Mencuba!

Mesti Baca: Cara Buat SANDWICH Tebal, Banyak Inti Tak Muak, Cantik Potong Tak Senget!

Mingguan Wanita:Mudah je kan cara nak buat Scramble Eggs Sempoi ni. Sesuai buat untuk sarapan pagi dan bekal untuk anak-anak ke sekolah nanti. Paling penting ia sedap dan tak muak bila letak sikit sos lada hitam dan sos cili tu.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.

Scramble Egg Sandwich Gerenti Sedap, Anak Mesti Suka Siap Nak Bawa Bekal!

Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI