Kalau mak-mak dah tak tahu nak masak apa, mi goreng adalah cara yang cepat dan mudah untuk disediakan buat hidangan keluarga. Dengan syarat bahan asas yang diperlukan kenalah ada.
Walaupun nak masak mi goreng agak senang dan cepat. Tapi, belum tentu ia sedap dan nampak cantik berkilat. Biasanya, kalau cantik berkilat dan ada basah-basah, gerenti sedap punya!
Tak kurang juga yang sampai sekarang masih gagal untuk masak mi goreng yang sedap dan cantik berkilat. Kadang-kadang, dah ikut resipinya tapi masih lagi tak sama dan sesedap seperti yang diimpikan.
Rupanya ada cara nak bagi sedap ye! Ikuti perkongsian Umi Watie, tentang rahsia mi goreng sedap dan cantik berkilat.
Mi goreng kalau kering kejung tu macam tak berselera je menengok nya kan? Kalau nak tahu, mi goreng yang sedap kenalah nampak berkilat cantik dan sedikit berminyak.
Ada petua dan teknik rahsia rupanya. Jangan kedekut bawang merah dan sos cili katanya.
Kena cuba.
1. Nampak gebu, berkilat kan? Rasa dia? Memang lebih sedap. Mi lembut, cukup rasa. Alhamdulillah.
Ads
2. Sekuali mi goreng laku keras buat sarapan. Nampak menggiurkan
3. Mula-mula, kisar 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 5 tangkai cili kering. Kalau nak lagi pedas boleh bubuh lebih ya. Sebelum kisar, rendam cili kering dalam air panas, bagi kembang dulu.
4. Bila bahan kisar kita dah garing elok masukkan sumber protein. Kakchik bubuh sotong, udang dan ayam.
5. Gaulkan semua bagi rata dan masukkan 6 sudu besar sos cili dan 2 sudu besar sos tiram. Pemilihan sos cili yang bagus juga menyumbang rasa mi goreng yang sedap.
Ads
6. Kakchik bubuh air setengah cawan, biarkan merenih sebelum masukkan mi kuning dan sawi. Guna sepeket kecil mi kuning.
Sebelum masak, cuci mi kuning dengan merendam dalam air suam seketika. Nak Kasi mi lembut dan sedikit kembang, baru lah tak nampak kejung mi goreng kita.
7. Sebelum matikan api, rasa dulu. Perasakan dengan garam dan gula. Dah siap pun.
Bila musim panas dapat makan dadih sejuk yang lembut dan cair dalam mulut memang nikmat! Kalau beli dadih ni memang agak mahal dan tak puas makan. Elok mak-mak buat sendiri di rumah lebih menjimatkan!
Berikut perkongsian resipi dadih yang dibuat oleh Puan Afieyza Isahak sebagai rujukan;
“Dah lama viral, baru nak cuba.Sungguh, sangat-sangat sedap!Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!”
Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! ❤️
Bahan-Bahan:
1 liter susu kotak
Agar-agar tali 20g (Guna 1/3 saja)
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar
Cara Membuat:
1.Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
2.Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api.
3.Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
4.Siap untuk ditelan!!
MW: Mudah je nak buat dadih susu ni, bahan-bahan pun tak banyak. Teksturnya lembut, makan sejuk-sejuk memang sedap! Kena cuba pencuci mulut ni.
Selalunya, bila nak buat sarapan dengan nasi goreng, mak-mak akan guna perencah nasi goreng saja. Ini pun dah cukup sedap dengan perencah segera dan tak perlu letak bahan-bahan lain.
Tapi, bagi mak-mak yang kreatif, perencah nasi goreng boleh dipelbagaikan dan tak terhad pada satu-satu resipi saja.
Malah, perencah nasi goreng boleh dijadikan bahan perapan untuk ayam bakar. Menarik sangat ni. Inilah yang dikongsikan oleh Liyaw Ah Seng untuk resipi ayam bakarnya.
Tak perlu perencah lain, cukup guna dua bahan untuk membuat ayam bakar. Paling penting, kena perap semalam dulu untuk bagi rasa dan aromanya meresap ke dalam ayam bakar tersebut.
Mak-mak naik pening bila memikirkan idea menu masakan untuk famili. Petang-petang begini, sambil scroll laman sosial, tiba-tiba muncul gambar kacang tanah.
Apatah lagi bila ada yang berkongsi resepi Kacang Goreng Pedas, memang terliur dibuatnya.
Berebut Anak-Anak Makan
Memandangkan bahan-bahan yang digunakan ada saja di dapur, jadi mak-mak bolehlah terus ke dapur dan sediakan menu kudapan ini. Memang berebut anak-anak makan sambil menonton TV.
Resipi ini memang mudah dan sedap. Cuma sediakan kacang tanah, telur dan tepung bestari. Selamat mencuba gais!
Kacang Goreng Pedas (Resipi Asal)
Bahan-bahan: 1 kg kacang tanah (basuh dan keringkan) 1 biji telur 1 cawan tepung Bestari pedas
kacang & telurGaul bersama tepung Bestari
Cara Membuat:
1. Gaulkan kacang dengan telur hingga rata. 2. Kemudian masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata. 3. Panaskan minyak. 4. Goreng dalam minyak panas dan api perlu dipasang sederhana sahaja. 5.Kacau-kacau supaya masak sekata dan tidak hangus. 6. Angkat dan toskan minyak. 7 Biarkan sejuk dan sedia untuk dimakan.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...