Berapa agaknya duit belanja sekolah bagi seorang murid dan pelajar. Dengan nilai wang zaman ini, pasti pening kepala juga ibu bapa atau penjaga hendak sediakan bajet duit poket, apalagi sekiranya anak ramai. Kebanyakan ibu bapa masa kini hanya menghulurkan sahaja wang saku sekolah, namun tidak mendidik dari segi tabungan.

Pakar Motivasi Mohd Shariman Che Deris memberi ulasan lanjut mengenai cara didikan anak menabung dan pelbagai tip buat ibu bapa dalam mendidik anak-anak menguruskan perbelanjaan wang saku sekolah. Ikuti beberapa tip berguna yang diberikan oleh Pakar Motivasi ini.

“Iya sungguh, beri saja anak wang saku, mudah sangat tu namun perlu diingat anak-anak wajar dididik bagaimana untuk berbelanja dengan baik.

“Keperibadian anak-anak juga dibentuk melalui didikan wang saku ini. Disini saya ingin kongsikan lima tip berguna buat ibu bapa;

Sayangkan Anak Elak Bagi Wang Saku Ekstra, Jangan Belanja Mengikut Kehendak Hati
.

5 Tip Ajar Anak Bijak Belanja

1. Beritahu anak-anak, kenapa dibekalkan wang belanja sekolah, tujuannya dan bagaimana kita harapkan anak-anak yang berbelanja. Cakap dengan anak apa yang boleh dibeli dan apa yang tidak, “Abang, masa rehat nanti beli nasi dan ayam atau ikan goreng dengan air sirap, baru lah kenyang dan boleh belajar” anak akan tahu berbelanja mengikut keutamaan bukan mengikut hati.

2.Sediakan wang tabung untuk anak, beritahu kepada anak supaya setiap kali wangnya berlebih masukkan dalam tabung untuk simpanan. “Ibu rasa, abang akan ada lebihan nanti RM0.50 sen, masukkan dalam tabung ni, sebulan abang dah ada RM10.00, kalau setahun, banyak duit abang tu” Didikan ini akan meletakkan matlamat untuk anak menabung dan tidak mensia-siakan lebihan wangnya.

3..Apabila anak bawa pulang makanan ringan, beri penegasan agar ianya tidak menjadi keseronokan untuk mereka, kaitkan kembali tujuan wang belanja sekolah diberikan. Kurangkan nilai wang belanja jika anak berbelanja atas perkara yang tidak sepatutnya. Jika tidak wang belanja akan sentiasa tidak cukup.
4. Ibu bapa perlu sentiasa bertanya dengan anak, apa yang dimakan waktu sarapan dan tengah hari di sekolah agar kita tahu anak benar-benar cukup makannya.

5. Elakkan memberi wang saku ekstra kononnya sengaja diberi agar ada lebihan dan anak boleh menyimpan. Ini ‘framing’ yang salah, kita tidak mendidik anak untuk berjimat cermat dan menyimpan sebaliknya kita mengalakkan anak untuk berbelanja besar dan menyimpan lebihan jika ada.” akhiri Mohd Shariman.

Sayangkan Anak Elak Bagi Wang Saku Ekstra, Jangan Belanja Mengikut Kehendak Hati
.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI