Walaupun hanya sekadar goreng telur namun ada teknik dan caranya tersendiri, barulah ia rangup diluar dan cair di tengahnya.Bukan apa, salah teknik, telurnya jadi serap minyak, bahagian kuning tengahnya keras atau mungkin boleh jadi hangus!

Telur goreng ni makan dengan kicap, cili potong dan nasi panas pun dah cukup! Tak toleh kiri kanan. Nak buat telur macam ni, mak-mak boleh cuba tips goreng telur ‘gedik’ perkongsian dari suami, Puan Dila Noordin yang dikongsikan didalam page “Masak Apa Hari Ini”. 

Menurut wanita ini lagi, perkongsian tersebut hanya sekadar suka-suka, namun mendapat respon positif daripada para follower di page tersebut. Sehingga waktu dikongsikan ini, posting tersebut mendapat 97 ribu tanda suka.

Berikut perkongsian tersebut;

“Saya puji suami saya pandai dia goreng telur. Rangup kat luar..cair di tengah. Lepas tu saya cakap nak letak dalam FB. Dia kata, gambaq teloq pun ada orang nak like ke? Saya cakap kalau dapat like banyak saya nak spek mata baru. Sebab silau makin teruk. Hihi.. ada ke yang nak tolong saya dapatkan spek mata baru.”

IKLAN

note: just for funnnn.

Rupanya Begini Goreng Telur ‘Gedik’, Rangup Kat Luar Cair Di Tengah

IKLAN

Tips telur gedik by hubby.

1. Pilih telur yang kecik supaya bila masak putih tak melebar.
2. Pecahkan dalam mangkuk kalau tak yakin takut kuning pecah. Baru letak dalam kuali.
3. Minyak banyak telur tengelam. Tapi tak lah penuh sekuali.
4. Minyak betul-betul panas sampai berasap-asap. Dah berasap kecikkan api baru masuk telur.
5. Sira minyak atas kuning telur.
6. Masak sekejap sahaja tak smpai 1 minit.

IKLAN

Siap!
Selamat mencuba.

MW: Semoga perkongsian goreng telur ini bermanfaat. Buat mak-mak yang suka makan telur rangup di luar dan cair ditengah-tengah boleh cuba tips yang dikongsikan ini.

Sumber: Dila Noordin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI