Sebaik anak masuk sekolah selepas raya, dah tentu ada hari yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk mengadakan jamuan raya. Masa ini, mulalah mak-mak pening nak masak apa ye.
Jamuan raya kat sekolah, memang akan diadakan tiap-tiap tahun bagi meraikan anak-anak sekolah sambut hari raya di sekolah pula. Dah tentu anak seronok dengan berpakaian lengkap hari raya dan dah tentu pelbagai makanan yang dibawa.
Keadaan sekarang mungkin agak mudah sebab ada grup watsap mak ayah dengan kelas, Sebut saja ada jamuan hari raya pasti ada senarai makanan yang anak-anak bawa nanti. Senarai ini supaya tidak ada bawa makanan yang sama.
Bukan saja elak pembaziran tapi juga anak-anak boleh merasa serba sedikit makanan yang berbeza dan macam-macam. Tapi yang pening, mak-maklah nak masak apa untuk anak bawa nanti ye.
Ads
Apa kata, buat resipi ini khas untuk kelas anak-anak. Paling senang, masukkan dalam bekas siap-siap. Tak adalah pembaziran. Anak tak sempat makan boleh ‘tapau’ bawa balik ke rumah nanti.
Ikuti perkongsian daripada Nurul Hawa Nadila Sari yang menyediakan sprila goreng, 4 bungkus untuk 40 murid.
Jamuan raya kelas anak semalam dlm 40org makan saya pakai spiral 4 bungkus dan code bekas SQ350.
Cara Membuat:
1. Tumis bawang holland, bawang putih dengan minyak zaitun sampai garing.
2. Kemudian masukkan ayam kisar, sosej & kiub ayam. Masak sehingga empuk
3. Akhir sekali masukkan spiral oregano, blackpepper, garam & serbuk perasa.
4. Kacau sebati dan siap.
Mingguan Wanita : idea yang bagus untuk mak-ak buat kat anak nanti. Tak adalah pening fikir nak masak apa kan.
Sambal bilis rangup dan pedas memang sedap dinikmati dengan nasi putih atau bubur, serta telur dadar. Namun walaupun resipi ni simple je dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, sambal bilis mudah lemau dan tak rangup. Rupanya tip untuk pastikan sambal bilis kekal rangup sampai seminggu, jangan guna bawang merah!
Boleh cuba cara dan resipi yang dikongsikan oleh Nurulnabila Zaidi ini sebagai rujukan.
Resepi sambal bilis rangup paling senang cara saya. Ikan bilis akan rangup sampai seminggu, rahsia dia jangan pakai bawang merah. Kalau nak pakai juga kena tumis sampai betul-betul garing okay.
Bahan-Bahan:
Ikan Bilis
Bawang Putih
Cili api merah+hijau
Garam
Ajinomoto
Asam keping
Cara Membuat:
1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Kalau rajin tumbuk lumatlah kalau tak rajin kasar.
2. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga garing.
3. Tumiskan bawang putih sampai garing kemudian masukkan cili api.
4. Pastikan betul-betul garing, tumis sampai cili masak.
5. Masukkan garam + aji + asam keping.
6. Dah masak masuk ikan bilis dan siap.
Jika selalu bila teringin nak minum kopi ‘latte’ kita hanya beli je, sebenarnya kita boleh buat sendiri je di rumah. Memang sedap, jimat dan lebih puas hati bila buat sendiri kopi Latte Ala Kampung ni. Malah lagi lama simpan dalam peti sejuk lagi sedap. Jika nak minum panas-panas, boleh panaskan sekejap. Mudah je!
Bagi peminat kopi, boleh cuba resipi Kopi Latte Ala Kampung yang dikongsikan oleh Puan Madihah Hamid ini sebagai panduan.
Mengopi jom. Kopi Latte Ala Kampung ketagih. Air kopi ni jadi ketagihan seisi keluarga saya.
Bahan-Bahan :
2 sudu besar serbuk kopi (apa-apa jenama kopi kampung)
600ml Susu kotak @ susu segar apa-apa jenama. Paling sedap Meadow, Farm Fresh, Ducthlady
3 sudu Gula melaka/ gula kabung /gula apung /gula merah
400ml Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan air dan kopi ke dalam periuk. Masak kopi sehingga berbuih (gelegak).
2. Biarkan dalam seminit dalam keadaan menggelegak dan tutup api.
3. Kemudian tuang dalam jug sambil tapis serbuk kopi dan masukkan gula.
4. Panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk dan tutup api.
5. Tuangkan air kopi dan susu dalam jug, pastikan tapis dahulu. Kemudian tuangkan secawan untuk di minum, selebihnya boleh di simpan dalam peti. Saya guna jug ni, anggaran dalam 1 liter.
6. Lagi lama dalam peti lagi sedap. Saya panggil peram kopi. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar.
Mingguan Wanita: Bagi peminat kopi dan latte boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang lebih jimat buat sendiri, sedap, nak minum tinggal panaskan je.
Sambal Sardin Kentang Level Hantu! Setiap kali bulan puasa mak-mak jangan lupa menu wajib iaitu sambal sardin.
Kali ini Mak Empal Masak Apa Hari Ini? nak kongsikan resipi mudah Sambal Sardin Kentang Level Hantu! Resepi sambal sardin ini menggunakan ikan sardin dalam tin.
Sambal Sardin Kentang Level Hantu!
Hari cuti ni, sambil kemas rumah mak-mak pasti kena fikirkan menu berbuka kan. Jadi ambil saja sardin tin jangan fikir lama sangat. Kejap saja kerja memasak selesai apatah lagi dihidangkan dengan nasi panas dan telur dadar. Memang bertambah-tambah nasi anak-anak makan nanti.
Bahan-Bahan:
1 tin sardin
10 tangkai cili kering (dikisar)
2 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu sos cili
Sedikit halia (dipotong nipis)
Bawang (dipotong besar untuk taburan)
Hirisan kentang yang telah digoreng
Tomato (dipotong bulat)
Hirisan cili merah
Cara Memasak :
1.Panaskan minyak ke dalam kuali kemudian tumiskan cili kering bersama bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.
Kemudian masukkan sos cili biarkan mendidih sekejap.
Masukkan hirisan halia yang telah dipotong nipis dan kacau.
Masukkan pula sardine tin bersama sos kemudian masukkan garam, perisa dan sedikit gula.
Biarkan garing kemudian masukkan bawang, kentang, tomato dan cili merah.
Kacau kemudian siap! Bolehlah hidangkan bersama nasi panas dan telur dadar.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...