RESIPI Aiskrim Malaysia ‘Filling Cream Cheese’ Paling Laris, Boleh Dapat 60 Batang! Ada pelbagai jenis resipi dan variasi untuk membuat aiskrim Malaysia.
Namun jika inginkan kelainan untuk dibuat jualan mak-mak boleh cuba resipi Aiskrim Berperisa filling Cream Cheese ini pula. Memang sedap, lembut, berbaloi boleh dapat banyak malah cukup laris. Boleh juga dapat pendapatan sampingan di rumah nanti.
Ikut resipi Aiskrim Berperisa filling Cream Cheese yang dibuat jualan oleh Puan Nurul Zainuddin ini sebagai panduan.
Tak pernah terpikir langsung nak jual makanan sebelum ni. Memang saya minat berniaga tapi saya ni tak ada bakat memasak. Nak makan sendiri dan family boleh lah.Nak menguli, nak buat kuih memang tak berbakat. Buat kuih cara yang mudah tu pun boleh fail. Hahaha
Rezeki Allah nak bagi, sekarang saya dah jadi penjual aiskrim Malaysia, ni antara aiskrim saya yang hot selling. Aiskrim berperisa dengan filling cream cheese, setiap warna tu perisa yang berlainan.
Bahan-Bahan:
2 tin susu cair
2 tin susu pekat
10 tin air masak
Sedikit garam dan gula Emulco(apa jenis perisa yang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese) Boleh beli di kedai bakery.
500 gram cream cheese ( recommended brand Tatura)
2 sudu susu pekat
Piping bag
Plastik untuk aiskrim jangan lupa.
Cara Membuat:
1. Masak 10 tin air bersama 2 tin susu pekat dan 2 tin susu cair.
2. Kacau sehingga sebati, letak sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis.
3. Masak sehingga mendidih, kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa. Bancuhan ni banyak ya, boleh pelbagai perisa yang suka.
4. Sementara tunggu bancuhan susu tadi sejuk, boleh lah sediakan bancuhan cream cheese.
5. Satukan cream cheese bersama susu pekat dan putar atau kacau sehingga kembang. Dah siap, masukkan cream cheese ni dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim.
6. Jangan lupa ratakan cream cheese cantik-cantik dalam plastik tu. Bila susu dah sejuk, boleh la mula memintal.
Ads
Susun begini untuk mendapat pembekuan yang sekata.
Anggaran aiskrim yang dah siap nanti 50 hingga 60 batang mengikut saiz plastik yang guna. Banyak tau. Hehe
Ads
Doakan Nurul dimurahkan rezeki selalu serta dipermudahkan segala urusan ya kawan-kawan.
Mingguan Wanita: Nak cuba kelainan dan variasi buat aiskrim Malaysia, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang sedap, boleh buat untuk makan sendiri seisi keluarga atau buat jualan pun boleh sangat.
Masakan cina memang tak kurang sedapnya dan ada penggemarnya yang tersendiri. Istimewanya masakan cina selalunya kaedah masaknya secara rebus, kukus, kurang pedas dan sebagainya.
Siapa yang tidak kenal Adam Corrie, pelakon Cina mualaf yang sering membawakan pelbagai lakonan aksi, lagak ngeri mahupun watak antagonis di kaca tv. Namun siapa sangka, penampilannya yang selalu kelihatan ‘ganas’ di kaca tv ini, juga hebat di dapur. Baru-baru ini, Adam Corrie ada kongsikan resipi masakan cina iaitu Ayam Masak Kicap Cendawan yang sedap.
Berikut perkongsian tersebut;
Petang ni saya nak masak Masakan Cina iaitu Ayam Masak Kicap Cendawan Cara Adam Corrie.Ramai yang minta saya tunjuk cara masaknya.
Resipi Ayam Kicap Cendawan Cara ADAM CORRIE .
Ini dia bahan-bahannya;
1. Ayam diperap dengan sos tiram, sos pekat dan kicap cair. Perap semalaman.
2. Tumis halia, cili kering, cili padi. (Kepedasan ikut masing-masing).
3. Kemudian masukkan ayam perapan, satu per satu. Boleh tengok video live saya tempohari kalau tak pasti.
4. Kemudian tuang lebihan kicap perapan ayam dalam kuali.
5. Cendawan kering yang telah direndam sehingga kembang pula di masukkan di dalam kuali. Masukkan satu labu bawang putih salai (yang telah dibasuh bersih) ke dalam kuali.
6. Masukkan garam bukit dan gula secukup rasa. Tambah air bagi berkuah.
7. Kemudian masukkan Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kalau pekat kuahnya boleh makan dengan mee sizzling.Kalau tak pekat makan dengan nasi.
Ini resipi ringkas dari bujang. Mungkin orang lain resipinya lebih grand. Saya bukan Cef, bukan pandai masak pun tapi masak untuk diri sendiri dan keluarga ok la..
Terima kasih dan tahniah kepada yang sudah mencuba cara masakan saya. Terima kasih dan tahniah kepada yang sudah mencuba cara masakan saya. Saya halalkan resipi ini. Doakan saya dan keluarga saya menjadi hamba Allah yang baik, berbakti pada agama dan masyarakat, dimurahkan rezeki dan bahagia dunia & akhirat.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie #masakCincaiCincaije #masakanOrangCina #CinaMuslim #ArtisCina
Tak pelik dan memang ada pun sesetengah yang mak-mak sanggup beli beras mahal sebab nak makan nasi yang sedap. Tambah pula kalau guna beras siam, fulamak… dia punya rasa memang puas. Cantik pun cantik!
Tetapi lepas ini anda boleh jimat guna beras biasa sebab Puan Mastura Khalid sudah turunkan ilmu masak nasi yang lembut, jom tiru…
Tak ada resepi havoc nak share dengan korang, cuma sedikit ilmu cara masak nasi putih, supaya nasi jadi cantik berderai dan sedap.
Tak perlu guna beras mahal untuk dapatkan nasi yang sedap dan lembut, kalau ikut resepi dan tips ni insyaallah beras murah pun boleh rasa sedap macam beras mahal.
Resepi ni saya dapat dari restoran mamak masa duduk kat penang dulu. Semoga bermanfaat untuk semua.
Bahan bahan yang diperlukan:
1)Beras (cap apa pun tak pe)
2)Minyak masak (1:1, satu sudu besar minyak satu pot beras)
3)Garam (1:1 , satu sudu kecil garam satu pot beras)
4)Daun pandan
Cara:
Basuh beras macam biasa, pastu masuk kan semua bahan tu dan kacau sikit bagi sebati.
Tips sukat air:
Tekan jari sampai ke dasar periuk, pastu tandakan dengan ibu jari permukaan beras tu kat mana. Pastu angkat jari letak kat atas permukaan beras pula dan isi air sampai dekat jari yang ditanda dengan ibu jari tadi.
Ok tu je resepi simple saya #SHARE la kalau rasa bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kuih Bengkang Ubi banyak meninggalkan kenangan manis dan nostalgia buat sebahagian daripada golongan mak-mak.Jika dahulu, kuih ni lah yang paling mudah dibuat untuk hidangan minum petang, sarapan pagi mahupun waktu kenduri kendara. Memandangkan ubi kayu mudah didapati dan ditanam sekeliling rumah.
Tak sangka rupanya 4 bahan je diperlukan untuk buat kuih tradisonal Bengkang Ubi.Mak-mak boleh cuba perkongsian resipi daripada Zurinanuar Ina ini. Menurut beliau,kali pertama membuat kuih bengkang ubi ni, terus menjadi dan sedap rasanya.
“Sumpah sedap sangat bengkang ubi kayu nie baru siap makan panas-panas.Pertama kali sis buat nie menjadi seronoknya.Selalu suka makan ja.”
Resepi yang sangat mudah.
Bahan-Bahan:
4 cawan ubi yang telah diparut dan diperah airnya (simpan sagunya untuk dicampur dengan ubi)
2 1/2 cawan pati santan
1 1/2 cawan gula
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning
Cara Membuat:
1.Semua bahan diatas digaul, rasa sehingga gula larut ye.
2.Kemudian loyang disapu marjerin sekelilingnya, tuang adunan kedalam loyang bakar suhu 200c selama satu jam setengah suhu atas bawah ok.