Bukan biasa-biasa rasa Aiskrim Malaysia yang dikongsikan oleh Puan Aida Radzuan ini. Rasanya sedap, lemak dan paling penting teksturnya lembut dan tidak terlalu keras seperti ‘batu’.
Rahsianya adalah dengan campuran tepung jagung, garam serta esen vanila.Menurut wanita ini lagi, resipi inilah yang digunakan menjadi sumber rezeki pendapatan sampingan dirinya di rumah.
Buat mak-mak yang nak buat untuk anak-anak, mahupun para suri rumah yang nak cuba berniaga aiskrim malaysia ini di rumah boleh lah cuba resipi yang dikongsikan.
“Haritu Aida ada post pasal #AiskrimMalaysia, ada yang mesej nak tanya resepi dan cara-cara ikat aiskrim tu.Jadi harini Aida nak share resepi dan video ikat aiskrim Malaysia”
“Dengan resepi ni jugak lah Aida buat untuk berniaga online dan offline.Alhamdulillah rezeki anak-anak Aida..Tiap-tiap minggu order masuk..Budak-budak area rumah pun ramai datang beli dekat rumah”.
#ResepiAiskrimMalaysia
Bahan-Bahan Aiskrim Malaysia Sedap:
1 Tin Susu Pekat
1 Tin Susu Cair
4 1/2 tin Air Masak
2 1/2 sudu besar Tepung Jagung (untuk lembutkan aiskrim)
Garam sikit (untuk rasa lemak-lemak)
1 sudu kecik Esen Vanilla
Plastik aiskrim
Ads
Cara-Cara Membuat:
1. Campurkan susu pekat dan susu cair.Aida guna #SusuSuJohan je.Campurkan sekali air masak 4 1/2 tin.
2. Selepas itu, bancuhkan 2 1/2 sudu besar tepung jagung dalam bekas sebelum masukkan dalam periuk untuk dimasak.
3. Campurkan garam dan esen vanila masak sampai semua betul-betul masak (menggelegak).
4.Bila dah menggelegak tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk bolehlah masuk dalam plastik aiskrim cap kingkong.
Dekat sini Aida ada share sekali video cara-cara ikat plastik aiskrim tu..Kalau tak berapa clear boleh search dekat youtube.
*Semua jenis aiskrim Malaysia yang bersusu dan tak bersusu mesti masak air tu sampai menggelegak walaupon pakai air coway atau cucco.
*Tepung tu larutkan dulu, bancuh dalam cawan pakai air masak biasa. Lepas tu masukkan dalam air susu yang tengah masak tu..kacau .sampai sebati.
Ads
*Perisa aiskrim pula boleh letak sekali masa masak air susu tu.
Siap! Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Buat mak-mak yang nak cuba buat sendiri untuk anak-anak, mahupun golongan suri rumah yang nak cari pendapatan sampingan, boleh lah cuba resipi Aiskrim Malaysia sedap yang dikongsikan ini.
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
Air Teh Tarik memang ramai yang suka. Namun tak ramai yang pandai buat dan tahu ramuannya bagi menikmati rasa teh manis, pekat, kelat, lemak dan berbuih memang secukup rasa. Rupanya kena letak sedikit esen vanila, barulah Teh Tarik ni rasanya ‘Kaw’ dan lebih sedap macam dijual di tepi jalan.
Boleh cuba cara buat Teh Tarik Kaw seperti yang dikongsikan oleh Puan Rozana Mamat ini sebagai panduan.
Hari ini Mak Jemah bukan nak share masak makanan tapi masak air teh tarik kaw-kaw. Rasa macam yang orang buat jual tepi jalan tu. Lupa dah amik resepi kat mane. Cuma guna 5 bahan je yang dah sedia ada kat umah. Lets check it out!
Bahan-Bahan:
Air 500ml
Teh 4/5 uncang (lagi banyak lagi kaw)
Susu Pekat (ikut tekak masing-masing nak manis mane)
Susu cair setengah tin (nak lagi lemak, bubuh je lebih)
1sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:
1. Didihkan teh uncang.
2. Selepas tu bubuh susu pekat,susu cair dan esen vanila.
3. Biarkan mendidih seketika,siap!
*Kalau nak minum ais, tunggu sejuk dulu then tambah je ais ketul.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Ibu ini berkongsi menu berpantang PKP yang memudahkannya sepanjang berpantang bersalin dan tidak stress. Akuinya, menu yang dikongsikan ini tidak mengikut cara orang tua.
Sebaliknya lauk berpantang yang dimakan ini mengandungi nasi, sayuran, ikan atau ayam mahupun buah-buahan yang selesa untuknya nikmati sepanjang berpantang di rumah.
Kongsi Aida Haruddin lagi, “antara menu berpantang saya. Pantang PKP seronok, tak stress. Semua suami masakkan, semua saya makan.
Alhamdulillah tak ada kembung ke sakit urat ke. Susu pun banyak.”
Aida sudah pun melahirkan secara pembedahan sebanyak dua kali. Kelahiran pertama dulu, Aida berpantang sendirian.
Maklumnya, “saya tak pantang ikut cara orang tua. Ada sayur sejuk, sayur panas, sayur kembung, telur bentan, cili berak la semua.
Semua saya makan. Mana yang baik boleh ambil, kalau rasa tak nak ikut tak perlu ikut ya. Anda berhak memilih. Saya alhamdulillah dua kali berpantang sendiri sihat, tak pernah tahu kembung, bentan tu apa. Anak-anak saya pun okay tak meragam.”
*saya yang makan, orang lain yang kembung
Menu Berpantang PKP Cara Aida
Ada sup ayam lobak dan kurma. Aida tak tumis, letak je semua.
Ikan stim lemon
Resepi sayur pak choy dan goji berry
Tumis bawang putih sampai naik bau. Letak telur, air sikit. Masuk sayur. Terpulang nak sayur apa, yang ni guna pak choy. Letak sos tiram sikit. Last sekali sebelum tutup api letak goji berry.
Buat mak-mak yang ada masalah anak payah nak makan sayur, mungkin boleh cuba resipi kobis bunga goreng rangup ni. Bila disalut dengan tepung suji dan digoreng rangup, teksturnya jadi macam popcorn. Ia boleh dimakan dengan nasi atau makan begitu sahaja. Anak-anak mesti suka.
“Bunga kobis goreng krup krup. Boleh sediakan untuk makan bersama nasi atau jajan untuk anak anak nikmati waktu petang.”
Bahan-Bahan:
Kobis bunga
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk ketumbar
8 sudu tepung jagung
6 sudu tepung beras
garam and gula
2 sudu tepung suji
Daun Kari
Cara Membuat:
1. Basuh bersih dan potong kobis bunga.
2. Letak sedikit serbuk cili.
3. Tambah sedikit serbuk kunyit.
4. Kemudian sedikit serbuk ketumbar.
5. Selepas itu, tambahkan pula tepung jagung,tepung beras, garam dan gula. (Boleh masukkan perencah ayam atau aji kalau suka) Saya buat vegetarian pun sedap takde perencah.
6. Renjiskan dengan sedikit air dan gaul sebati.
7. Masukkan pula tepung suji.
8. Bunga kobis yang disaluti tepung suji.
9. Goreng dengan minyak.
10. Goreng daun kari dan tabur di atas.
Siap! Bunga kobis goreng sedia dihidang.
Info Ekstra!
Tepung suji berfungsi bagi ranggup dan tekstur timbul timbul kasar kasar sikit…macam popcorn
MW: Menariknya resipi bunga kobis rangup ni. Anak-anak yang tak suka makan sayur pun, mesti boleh suka bila mak-mak goreng macam ni. Nampak macam popcorn. Daripada bagi jajan yang tak sihat buat anak, lebih baik bagi sayur macam ni.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...