Air asam memang sedap dibuat sebagai pencicah daging mahupun ikan bakar. Rasanya yang masam dan pedas, menjadikan ia sebagai pencicah sempurna secukup rasa.Rupanya rahsia buat air asam lebih sedap adalah dengan menambah sedikit kerisik dan belacan pula tak perlu dibakar. Barulah rasa air asamnya lebih asli & kaw!
“Petua khas nak air asam yang sedap.Belacan jangan bakar.Baru rasa keoriannya belacan.”
Ads
Resepi Air Asam
Bahan-Bahan:
Cili api dirincik halus
Bawang besar dipotong bulat
Buah tomato diracik halus
Sedikit gula dan garam secukup rasa
Belacan
Kerisik
Air Asam Jawa
Cara Membuat:
1.Semua bahan diatas di ramas dengan air perahan asam jawa.
2.Pastikan tidak dicampur air yang banyak,biar antara pekat dan cair.Jangan terlalu cair.
3.Belacan dan kerisik boleh ditambah sehingga menaikkan rasa sedap air asam ini,cili api juga boleh ditambah untuk tahap kepedasannya.
Ads
Rumusannya,bahan bahan boleh ditambah seandainya kurang rasa kesedapannya.
Ads
Selamat Mencuba!
Jadi buat mak-mak yang suka buat air asam, boleh cuba resipi dan tips yang dikongsikan ini. Pasti air jawa yang dibuat rasa bertambah sedap dan asli!
Seronok melihat para jemaah yang berpeluang mengerjakan haji sekali gus menjadi tetamu Allah di tanah suci. Disaat akhir ini, sebelum waktu wukuf yang dijangka berlaku pada hari Isnin, 20 ogos 2018, Fouziah Gous, Betty Banafe dan Zahida Rafik merupakan antara para selebriti yang berpeluang mendapat panggilan untuk menunaikan rukun Islam kelima tahun ini.
Didalam posting terkini di Instagram Fouziah Gous, pelakon ini memuat naik gambar-gambar ketika di lapangan terbang KLIA serta mengesahkan akan pergi menunaikan haji bersama suaminya Zhafran Yusof. Pasangan ini turut memohon maaf jika ada sebarang kesilapan serta meminta agar didoakan kesihatan dan keselamatan buat mereka sepanjang berada di sana.
Assalamualaikum wbt السلام عليكم Syukur Alhamdulillah, saya Fouziah Gous & Zhafran Yusof, dengan penuh takzim ingin memaklumkan bahawa kami berdua akan menunaikan Fardhu Haji (1439H) dan akan berlepas ke Tanah Suci pada *Khamis 16 Ogos 2018*
Di kesempatan ini, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan & kekhilafan yang secara sengaja atau tidak sengaja kami lakukan di sepanjang persahabatan / perkenalan kita. Mohon dihalalkan makan minum saya dan segala hutang, jika ada.Doakan kesihatan dan keselamatan kami sentiasa terpelihara sepanjang ibadah haji nanti.
Terima kasih.
Ikhlas dari kami : Zhafran Yusof Fouziah Gous
Sementara itu,pelakon Betty Banafe juga berkongsi khabar gembira apabila dapat mengerjakan ibadah haji tahun ini.Menerusi perkongsian di Instagram, Betty, 39 atau Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe berangkat ke Tanah Suci Makkah, semalam.
Menerusi perkongsian status yang dikongsikan, Betty berharap ibadah rukun Islam kelima itu dapat dilaksanakan dengan sempurna serta turut mendoakan dirinya dipermudahkan segala urusan dan diberikan haji yang mabrur.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wa barakaatuh.. Yang dirahmati & disayangi Allah SWT, Insya Allah, saya Betty banafee akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan rukun Islam ke-5.
Saya mohon dimaafkan segala kesalahan saya baik berupa tulisan, kata, atau perbuatan yang melukai / menyinggung perasaan.. Dan demikian juga jika saya ada hutang / janji yang belum saya penuhi mohon informasikan segera ke saya, agar selama saya melaksanakan haji saya benar-benar dalam kondisi bersih & merdeka.
Mohon doa tulus supaya saya dapat melaksanakan haji sesuai sunnah Rasulullah SAW, diberikan kesabaran dan kemudahan hingga mendapatkan Haji yang mabrur, serta pulang-pergi dengan selamat.
Tawakkalta ala Allah.. Wala haulawala qu wata illa Billa hil aliyil azim..
Menerusi perkongsian di Instagram Story pelakon Datin Seri Umie Aida, rakannya yang juga pelakon, Zahida Rafik turut berangkat sama mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.
Alhamdulillah.Mingguan Wanita mendoakan agar semua tetamu allah yang mengerjakan haji tahun ini, dipermudahkan segala urusan di tanah suci, diberikan kesihatan yang terbaik untuk melakukan segala amal ibadat serta dikurniakan dengan haji yang mabrur. Amin.
Pagi ini sekitar jam 10.10 pagi, jenazah Datuk Mahadzir Lokman, 61 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, bersebelahan dengan pusara ibu dan ayahnya.
Dari kediamannya di Seksyen 16, Petaling Jaya jenazah dibawa ke Masjid Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya untuk solat jenazah. Upacara itu berlangsung pada 9.15 pagi.
Suasana sayu menyelubungi hati ahli keluarga terdekat, sanak saudara, rakan media malah rakan artis sejumlah lebih 200 orang yang mengiringi saat terakhir jenazah sebelum dikebumikan.
Antara rakan-rakan allahyarham yang hadir, Datuk DJ Dave, Amy Search, Farouk Hussin, Ras Adiba dan Shira Iskandar.
Awal pagi semalam, jenazah selamat tiba di kediamannya sekitar jam 2 pagi dengan penerbangan MAS, MH2639. Sebelumnya bertolak dari Kota Kinabalu pada jam 9.25 malam.
Sebelum ini, allahyarham Mahadzir menghembuskan nafas terakhir di sebuah hotel di Kota Kinabalu Sabah selepas solat Subuh. Dan kira-kira 9.30 pagi, ditemui pihak hotel sudah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang datang untuk memberikan rawatan.
Where do I even begin? I grew up with you in 1986 at the TV3 newsroom. I began as a wardrobe coordinator preparing your tie, hanky, shirt and jacket. You’re particular with what you’re wearing and would give us a piece of your mind if it didn’t look right. 3 months down the road I began to do reporting and henceforth anchored the news with you. It was’nt easy. I was nervous each time I’m to read the news with you. Pronounciation, diction and research – you gave me hell, but hey, look what I’ve become. Thank you Abang Dale, thank you for giving me all the tips during the years. Thank you for the kindness, the laughter, the sometimes hillariously ‘bitchy’ moments, the strict ‘mock runs’ during training but most of all, for being a friend and an older brother. You were unique, and no one will be able to replace you ever (that’s for sure). The country, broadcast & emceeing fraternity have lost a gem. Ina lillah wa ina ilaihi rhojioon, you will be missed.
3/8/2018….Pemergian yg amat mendukacitakan dan mengejutkan bukan sahaja utk keluarga tapi bagi semua org yang mengenali beliau. Dato’ Mahdzir Lokman atau bagi kami the nieces and nephews he was our… AMIDALE…a GREAT man…an AWESOME Uncle. We will miss u terribly…Ur voice…Ur jokes…Ur laughter…U… Dari Allah Kita datang..kepada Allah Kita kembali…
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
This guy taught me about versatility, the art of multitasking and professionalism just like how he was -a true professional .It has always been enjoyable working with him . There will only be one Mahadzir Lokman and Abg Dale we will miss you. May Allah bless your soul . Deepest condolences to his family. AlFatihah
Sumber/Foto : Berita Harian, Astro Awani, Eizairi S
Waaahhh… ingatkan memang bebola nasi semata-mata tetapi rupanya di dalam itu ada isi daging dan siap sayur! Cukup kreatif menu viral yang dikongsi Puan Fazariana Mohd Ali ini.
Agak-agak macam mana lah dia jadikan nasi itu melekat elok pada isi daging ayam kat dalam tu ya. Jom kita godek macam mana ‘kejadian’ bebola nasi ayam ini.
Comel tak rupanya? Ini kali pertama cuba buat dan alhamdulillah menjadi. Bukan anak je suka, mak pun suka juga. Simple menu boleh buat lagi lepas ni.
1. Bahan yang bertanda * dipotong dadu, kemudian campurkan daging ayam kisar, halia, lada hitam, garam/perasa. Gaul sebati.
2. Bulatkan bahan-bahan yang telah digaul tadi menjadi bebola kecil.
3. Kemudian golekkan di atas beras yang telah dicuci bersih.
4. Kukus bebola dalam 15 – 20minit. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!