Air lawa. Bunyi macam pelik namanya. Sebenarnya, ia macam air asam juga. Sedapnya kalau dapat cicah dengan ikan bakar. Tak perlu lauk lain pun dah cukup.
Mungkin ada antara kita tka pernah denganr air lawa. Tapi kalau sebut air asam semua orang tahu. Inilah air asam yang boleh kita makan dengan daging rebus, daging bakar atau perut. Nak makan dnegan ikan bakar pun boleh. Ikut selera masing-masing.
Resipi istimewa dari Ida Shahida untuk raya korban nanti. Boleh jadikan salah satu menu yang wajib ada untuk cicah dengan daging yang dimasak nanti.
Ini adalah sambal yang saya guna untuk cicah daging rebus. Mesti selera makan akan bertambah-tambah dengan kesedapan dan keharuman sambal ini.
Kalau orang melayu, pasti kena dengan selera melayu dan paling bestnya, kesedapannya mengalahkan semua air asam untuk cicah daging.
Resipi Air Lawa – Ia sejenis air asam yang tidak dimasak untuk dicicah dengan daging atau ayam bakar/rebus.
Ads
AIR LAWA (cicahan daging rebus atau bakar)
Bahan:
2-3 kilo daging@perut – direbus empuk
(jika hanya sekilo daging, dikurangi bahan)
Bahan A : Dikisar halus
10 batang serai
½ inci halia
1 inci lengkuas
1 genggam kelapa parut disangai (jika ada)
15 ulas bawang merah
1 gengam daun kesum* (ambil daunnya sahaja)
4 tangkai daun selom (laksa)*
10 helai cekur*
10 helai daun selasih*
(sekiranya tiada kesemua jenis daun tersebut, maka gunalah yang mana mana ada di antaranya sahaja).
15 biji cili padi – (suka pedas boleh tambah)
3 tangkai cili besar/merah
1 sudu belacan bakar
Bahan di atas dikisar sekalian semuanya.
Ads
Bahan B
1 cawan santan segar kental @ 1 kotak kecil (200ml) santan
(tak perlu dimasak jika air lawa berlebihan simpan dalam peti ais untuk dimakan esok pulak)
3 sudu kerisik
2 biji air limau nipis
Garam
1 sudu gula putih
1 sudu gula merah
ajinomoto (jika suka) (boleh tambah/kurang apa2 bahan diatas ikut sedap rasa anda)
Cara Membuat:
1. Masukkan bahan yang dikisar halus tadi dalam bekas.
2. Campurkan santan, kerisik, garam, gula, dan air limau nipis.
3. Gaul semua bahan sehingga sebati. Dah siap maka bolehlah dicicah dengan sebarang jenis daging atau pun ulam ulaman…
.
.
Ads
Mudah kannnnnn….
Saya Hidangkan bersama daging rebus dan perut.(sebagai pencicah)
pastu makan ngan nasi panas panas. Sedap sangat.
Mingguan Wanita : Kecur pula air liur ye. Nanti kita cuba buat.
Jeruk rambutan resipi orang lama, memang asyik bila makan sejuk-sejuk. Musim buah rambutan sudah tiba! Mana-mana tempat pun ada ramai peniaga menjual buah rambutan. Buah rambutan selain dimakan begitu sahaja, sedap juga kalau dibuat jeruk.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat jeruk rambutan. Mereka yang ada pokok rambutan dan buahnya tak habis dimakan, bolehlah cuba buat jeruk rambutan. Mesti jadi kegemaran seisi keluarga.
2. Masukkan dalam balang selapis demi selapis. Setiap lapis tabur dengan garam kasar. Garam mesti lebih sebab kulit rambutan tebal.
3. Masukkan air masak menutupi rambutan.
Selepas dua minggu apabila kulit rambutan bertukar kehitaman ia menandakan jeruk buah rambutan sudah boleh dimakan. Rasa jeruk rambutan masam, masin dan sedikit rasa manis rambutan.
Jeruk buah rambutan ini tahan berbulan-bulan bahkan boleh sampai ke musim berikutnya. Orang dulu-dulu jeruk dalam tempayan. Nenek moyang kita dulu sangat kreatif dalam mencipta cara menyimpan makanan.
Kekalkan warisan nenek moyang kita. Tiada yang dulu tiada yang baru. Biasanya orang guna rambutan masam@rambutan telan. Tapi sekarang susah nak jumpa rambutan itu jadi buat sahaja rambutan apa yang ada. Rasanya tetap sedap.
Kebiasaanya popiah yang selalu kita makan, intinya adalah sayur-sayuran seperti sengkuang, lobak merah dan taugeh.Mencabarnya bila buat popiah ni adalah ketika waktu menggorengnya.Jika salah teknik, popiah boleh ‘bocor’ dan jadi hangus akibat terlampau garing. Istimewanya resipi popiah yang dikongsikan oleh Noor Liyana ini, menggunakan inti sos Carbonara yang dibuat sendiri.Tip menggoreng Popiah Carbonara ini turut diberikan agar hasil gorengan popiah ini cantik keemasan dan minyak pun tak kotor.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Disebabkan malam tadi dah gigih buat inti.jadi pagi ni awal kita breakfast. Popiah Carbonara.Jemput sarapan.Resipi saya ade share sebelum ni.Disebabkan ada request, saya up lagi sekali resipi ye.”
Bahan Untuk Inti:
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia* (* bahan-bahan ini dicincang halus)
minyak sedikit
mentega
Isi ayam (dipotong kecil) (nak guna aym -cincang pun boleh)
Crab stick (hiris bulat)
Cendawan butang (dicincang)
Capsicum(dipotong dadu kecil)
Sayuran (carrot, baby corn, sengkuang) -ni optional. Boleh guna ikut suka.
Lada hitam
Tepung gandum
Susu (saya pakai fullcream. kalau pakai susu cair pun ok)
Cheese slice 3 keping (tak kisah ape brand. nak lebih rase cheese boleh juga potong & letak masa kita gulung. lagi sedap)
stok ayam
garam & perasa jika perlu
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan mentega. Letak minyak sikit sebab takut butter hangus
2. Kemudian tumis halia, bawang putih dan bawang merah.
3. Bila bawang dah layu sikit, masukkan isi ayam dan cendawan. Masak sekejap. Masukkan juga stok ayam.
4. Kemudian letak tepung gandum dalam 3 sudu. (tujuan pakai tepung untuk pekatkan kuah.
5. Setelah itu, masukkan pula susu. Tambah air sikit dalam setengah cawan.
6. Bila kuah dah agak pekat sikit, masukkan sayur sayuran termasuk capsicum.
7. Masak sekejap, letak lada hitam, garam dan perasa.
8. Sebelum tutup api baru saya masukkan crab stick, tujuan masukkan lambat sebab tak nak dia hancur sebab lama masak.
Akhir sekali gulung dengan kulit popia macam biasa.
Tip Masa Goreng:
Api jangan kecil sangat sebab kalau goreng lama dia akan keluar inti dan bocor. Minyak pun kotor.
Ketam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi! Memudahkan Kerja & Menjimatkan Masa Geng Mak-Mak. Ramadan sudah tiba sudah pasti mak-mak dirumah dan juga geng mak-mak bekerja kalut di dapur untuk sediakan menu sewaktu berbuka.
Istimewa Ramadan kali ini Mingguan Wanita sediakan video khas ‘Mak Empal Buka Apa Hari Ini? untuk mak-mak yang tengah pening memikirkan menu apa yang nak dihidangkan untuk keluarga tercinta.
Apa kata cubalah menu Ketam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi, makan sekali gembira tak terperi ni! Jangan ketar bila lewat pulang dari ofis tau, sebab barang-barang memang senang nak sediakan.
Jom kita masak, Ketam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi!
Bahan-Bahan :
2 ekor Ketam
10 biji Cili Padi
Sebiji Bawang Merah
Sedikit Halia
Sedikit Kunyit hidup
2 batang Serai
1 biji Nenas
Daun kunyit
1 cawan Santan
1 cawan air
Cara Memasak :
Kisarkan cili padi, bawang merah, halia dan kunyit hidup
Kemudian tumiskan bahan-bahan dikisarkan tadi di dalam kuali
Masukkan serai yang telah diketuk, nenas, kemudian didihkan
Kemudian masukkan ketam
Apabila sudah sebati masukkan santan dan air tutupkan kuali dengan penutup biarkan hingga mendidih
Apabila sudah sebati kacau dan masukkan daun kunyit yang telah diracik, masukkan garam dan serbuk perasa.
Siap dan bolehlah dihidangkan untuk berbuka puasa.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...