Resipi PESAMAH DAGING Lauk Kenduri Kahwin Dulu-Dulu, Famous Sebelah Utara. Kadang kalanya memang teringin makan lauk kenduri. Pesamah Daging ni antara lauk kenduri yang cukup terkenal sewaktu kenduri kahwin di negeri sebelah utara.Tapi sekarang memang payah nak jumpa lauk ni.

Mak-mak yang nak cuba dan rasa sendiri Lauk Kenduri Kahwin Pesamah Daging ni boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya ini.

Kadang mai teringin nak makan nasi kenduri lauk macam ni. Tak dak pulak orang nak jemput kenduri. Dah terasa teringin Masak sendiri jalah.

Pesamah daging nie dulu-dulu fames sebelah Utara kalo ada kenduri kahwin baru ada.Tapi sekarang payah dah nak jumpa, Pesamah daging & Nasi minyak kuning.

RESEPI PESAMAH DAGING

Bahan-Bahan:

1 kg daging – potong 10 ketul

Bahan tumis:-

1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar minyak sapi
3 ulas bawang merah – mayang
3 ulas bawang putih – mayang
3 cm halia – potong mancis
Batang kulit kayu manis
Biji buah pelaga
Kuntum bunga lawang
Kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan -simpul
3 tangkai daun kari

Bahan kisar :-

2 labu besar bawang besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar

Bahan lain:

1½ bungkus rempah KARI daging
Segenggam gula merah/ 1 keping gula kabung
1 cawan santan pekat
1 cwn susu cair
3 sudu makan kerisik
Air asam jawa secukup rasa
Sedikit Garam

IKLAN

Cara Membuat:

1. Daging digaulkan dengan bahan kisar, rempah daging, gula merah, serbuk lada hitam kasar dan kerisik.
2. Panaskan minyak masak tambah minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan agak garing.
3. Masukkan daging yang digaul tadi. Tambah air untuk empukkan daging. Masak sampai daging lembut dan betul-betul pecah minyak. Part nie mengambil masa yang lama dalam sejam lebih, sebab nak reneh daging sampai lembut.
4. Bila daging dah lembut dan pecah minyak, masukkan santan, susu cair, air asam jawa dan garam.
5. Masak lagi dengan api perlahan sampai betul-betul pecah minyak dan kuah menjadi pekat..Okey dah siap.

Resipi PESAMAH DAGING Lauk Kenduri Kahwin Dulu-Dulu, Famous Sebelah Utara

Ops! resepi Nasi: Nasi minyak masak macam nasi mnyak biasa, cuma letak perwarna kuning sikit.

Resipi PESAMAH DAGING Lauk Kenduri Kahwin Dulu-Dulu, Famous Sebelah Utara

IKLAN

Resipi PESAMAH DAGING Lauk Kenduri Kahwin Dulu-Dulu, Famous Sebelah Utara

 

Resipi PESAMAH DAGING Lauk Kenduri Kahwin Dulu-Dulu, Famous Sebelah Utara

IKLAN

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Resipi Daging Goreng Buku Besar Tradisi Arwah Mentua, Garing Di Luar, Lembap Berjus
Baca Lagi Di Sini:Bubur Kanji Daging Berempah ‘Hot & Spicy’, Sukatan Periuk Muat 8Liter!
Artikel Menarik:CARA PANTAS Lembutkan Daging/Ayam Tua, Campak Dalam Periuk Nasi, Tak Perlu Tambah Air!

Mingguan Wanita: Sedapnya daging pesamah ni, lauk kenduri kahwin dulu-dulu. Boleh cuba nanti buat untuk hidangan keluarga.

Sumber: Qasih Jue Aisya

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI