Menjelang raya, mak-mak sibuk di dapur siapkan biskut kegemaran untuk keluarga dan tetamu. Antara menu yang wajib ada tentulah rendang, lonton, nasi himpit dan aneka biskut raya, salah satu biskut lejen tentulah semperit.
Namun, bila rasa semperit di setiap rumah, rasanya mungkin tak sama. Ada sedikit ranggup dan setengahnya pula semperit yang lembut dan pecah di mulut. Ikut citarasa masing-masing.
Tak kisah rasa ranggup atau lembut, yang pasti sedap dan wajib ada terhiang di atas meja bersama anekal juadah yang lain.
Macam mana nak pastikan semperit yang wajib ada kat rumah ini rasanya sedap, lemak manis dan pecah di mulut. Ikut resipi daripada Cek yah ini. Mesti jadi!
Boleh guna buttercup, kalau nak guna marjerin atau pure butter pun boleh
Ads
Bila pegang tak melekat di tangan, adunan tak bolehkeras nanti susah nak picit keluar acuan. Kalau lembik sangat tambah tepung sedikit
Ads
Paip dan jarakkan untuk biskut mengembang.
Lepas tu letak ceri merah.
Bergantung pada oven masing-masng. Kalau cepat panas bakar 20 minit dan tengok dulu keadaan biskut itu. Kalau nampak bahagian bawah biskut dah kuning garing, bolehlah keluarkan dari oven.
Inilah hasilnya. Biskut ni tak mengembang pun, bunga pun masih cantik kan.
Kalau nak kuning-kuning, jangan bakar sampai garing sangat. Kurangkan masa bakar.
.
Mingguan Wanita : Sedapnya. Kalau pergi beraya mesti nak rasa, walaupun perut dah kenyang. Biskut lejen katakan. Cara nak buat pun senang. Selamat mencuba.
Wanita yang suka sediakan menu jenis bergoreng, pasti suka dengan petua masakan ini. Cuma guna minyak bawang putih, semua masakan jadi dua kali ganda sedap. Haaa… cara nak buat minyak bawang putih ini dikongsikan Puan Tinie Razak, yang mana dia sendiri pun selalu buat stok minyak bawang putih ini di dapur rumahnya.
Minyak Bawang Putih
Sejenis yang memang suka gila dengan bawang putih dan memang wajib ada stok minyak bawang putih goreng kat dapur rumah.
So, sesiapa yang sejenis dengan saya, bolehlah cuba buat!
Minyak dia, kalau nak goreng sayur ke, buat sup ke, perghhh.. memang sedap melampau!
Bawang putih goreng tu pulak letak dalam makanan bersup/bergoreng, macam mee, bihun, kueyteaw semua, nak letak kat sayur goreng pun sedap! Makan dengan moi dan megi.
Cara dia mudah je,
1. Bawang putih kopek, tumbuk-tumbuk dengan lesung batu (jangan sampai lumat lunyai).
2. Lepas itu rendam dalam minyak.
3. Masuk dalam kuali, goreng api perlahan, dah nak garing sikit, tutup api, sebab dia akan garing sendiri dalam minyak yang masih panas tu.
4. Dah sejuk, masuk bekas kedap udara, simpan suhu bilik.
Bila-bila masa boleh guna.
Nota:
Jaga api ya, jangan sampai hangus, nanti pahit memang dah tak boleh buat apa la. Kalau tak sure, boleh je goreng sampai garing. Lepas itu toskan, nanti dah sejuk kedua-duanya, satukan balik dalam bekas dan simpan. Jangan risau, bawang goreng tu tetap akan kekal garing selama mana dia masih dalam minyak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Makanan yang lazat sering dikaitkan kandungan sodium yang tinggi. Penting untuk kita ketahui kadar sodium yang terkandung dalam juadah harian keluarga.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kita untuk mengambil hanya 1 sudu kecil garam sahaja dalam sehari iaitu bersamaan dengan 2,000 mg sodium. Malangnya, kebanyakan dari kita mengambil lebih daripada jumlah ini.
Manakan tidak, tanpa kita sedari kita menambah garam ke dalam masakan yang telah pun mengandungi sodium di dalamnya.
Misalnya, penyediaan hidangan seperti sambal tumis memerlukan penggunaan pelbagai bahan seperti belacan—bahan yang telah pun mempunyai sodium di dalamnya. Akibatnya, apabila ditambah pula dengan garam ketika masak, ia akan membuatkan kandungan sodium di dalam sambal tumis kita itu menjadi berlipat kali ganda lebih tinggi!
Persoalan yang timbul kini adalah sama ada rasa sedap sesuatu masakan itu hanya boleh hadir melalui penggunaan garam. Jika begitu, agak sukar untuk sesuatu masakan yang sedap untuk turut menjadi sihat.
MSG Mampu Mengurangkan Penggunaan Garam
Apabila MSG tulen seperti AJI-NO-MOTO® digunakan dalam masakan, rasa kesedapan makanan akan kekal sedap tanpa penggunaan garam yang berlebihan ketika memasak.
Justeru, pegawai dietetik Jazeera Julaili berpendapat kandungan sodium dalam masakan dapat dikurangkan dengan penggunaan MSG yang betul.
“Jika ingin dibandingkan antara Monosodium Glutamat Tulen (MSG) dengan garam, ternyata sangat ketara perbezaannya,” terangnya.
Pegawai Dietetik, Jazeera Julaili
Jelas Jazeera lagi, “Jumlah kandungan sodium di dalam MSG tulen hanyalah 12% berbanding dengan garam biasa, sodium ada sampai 39%, iaitu 3 kali lebih tinggi.”
Bagaimana MSG Menyedapkan Masakan
Glutamat di dalam MSG berperanan untuk memberikan rasa asas ke-5 iaitu rasa Umami di dalam makanan kita.
Selain dari manis, masin, masam, dan pahit, kita juga ada rasa Umami. Umami adalah rasa seakan daging yang melazatkan sesuatu makanan. Reseptor pada lidah akan mengesan rasa Umami dari glutamat.
Glutamat adalah asid amino yang terhasil secara semulajadi di dalam badan manusia dan juga terkandung dalam makanan-makanan seharian terutamanya di dalam makanan berprotein. Contohnya daging, ikan, ayam, susu (termasuk susu ibu) dan juga sayur-sayuran seperti tomato dan cendawan.
Para ibu tidak perlu risau kerana tubuh badan kita terbukti mencerna glutamat dengan cara yang sama sahaja tak kira lah glutamat yang datang dari sumber semula jadi ataupun glutamat yang datang dari MSG yang tulen seperti AJI-NO-MOTO®.
Tip Menggunakan MSG Untuk Hidangan Lazat dan Kurang Sodium
Untuk mengurangkan penggunaan garam dalam masakan, kita boleh menggunakan garam bersama MSG mengikut sukatan yang betul.
Misalnya, jika kita biasa menggunakan 3 sudu kecil garam ketika memasak Sambal Tumis untuk dihidang kepada 5 atau 6 orang, cuba kita gantikannya dengan 2 sudu kecil garam dan setengah sudu kecil AJI-NO-MOTO®. Kini sodium berkurangan hingga 28% dan Sambal Tumis tetap kekal lazat!
Tambahan pula, untuk jadikan masakan menjadi lebih sedap, misalnya, masakan sup, kita turut boleh campurkan AJI-NO-MOTO® bersama dengan bahan yang juga kaya dengan Umami seperti tomato, cendawan shiitake, ikan, dan ayam. Hasilnya? Lebih sedikit garam diperlukan untuk mencapai kelazatan dalam masakan yang diingini oleh seisi keluarga anda.
AJI-NO-MOTO®, MSG Tulen Yang Terbukti Selamat!
Manakan tidak, AJI-NO-MOTO® dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti ubi kayu atau tebu. Ia dihasilkan melalui proses penapaian—proses yang sama digunakan untuk membuat tapai, cuka dan yogurt.
“Hentikan spekulasi dan fitnah terhadap MSG. Secara umumnya, MSG telah digunakan lebih daripada seratus tahun dan ia merupakan salah satu bahan makanan yang paling banyak dibuat kajian. Pangkalan datanya yang meluas merangkumi beratus-ratus kajian yang telah melalui penelitian intensif dan keselamatan MSG telah dibuktikan,” kata Jazeera.
Kita sering dimomokkan dengan pelbagai kisah buruk akibat penggunaan MSG—penyebab kanser, migrain, dan sebagainya. Walhal, ia telah disahkan selamat oleh badan-badan kesihatan besar dunia.
“Selama lebih empat dekad ini, Pentadbiran Makanan Dan Ubatan Persekutuan Amerika Syarikat (FDA) telah berulang kali mengesahkan keselamatan MSG,” tegas Jazeera lagi.
Terbukti kebanyakan kisah buruk yang sering kita dengar tentang MSG adalah tidak berasas sama sekali.
Contohnya, status halalnya yang turut dipertikaikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, sedangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri telah mengesahkan bahawa AJI-NO-MOTO® adalah “HALAL”.
Jadilah pengguna yang bijak dan lakukan kaji selidik sebelum mempercayai sesuatu kerana kelebihan AJI-NO-MOTO® dalam membantu mengurangkan kandungan sodium dan mengekalkan keenakkan makanan tidak boleh dipertikaikan lagi.
Resipi Lazat Rendah Sodium Untuk Dicuba
Khas untuk mereka yang gemarkan resipi sihat tapi sedap, Ajinomoto (Malaysia) Berhad berkongsi 2 resipi mudah rendah sodium dari laman web mereka.
Asam Pedas Ikan Pari
Saiz hidangan : 6 orang
Pengurangan sodium : 17%
Bahan-bahan :
• ½ cawan Minyak masak
• 4 sudu besar Asam jawa dilarut dengan 1 cawan air
• 2 cawan Air
• 1 biji Bunga kantan, dibelah dua
• 5 tangkai Daun kesum
• ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
• 1 sudu kecil Garam
• 1 sudu kecil Gula
• 5 batang Bendi, dibelah dua
• 1 batang Terung, dipotong
• 500 g Ikan pari, dipotong
Bahan-bahan A: dikisar
• 1 biji Bawang besar
• 4 ulas Bawang putih
• 20 tangkai Cili kering, direbus
• 1 inci Halia
• 1 batang Serai
• ½ inci Kunyit hidup
• 1 cawan Air
Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan (A) sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan air, kacau sebati.
3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
4. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula.
5. Masukkan bendi, terung dan ikan. Biarkan mendidih sehingga ikan masak.
6. Sedia untuk dihidang.
Bayam Rangup
Saiz hidangan : 6 orang
Pengurangan sodium : 67%
Bahan-bahan:
• ½ cawan Tepung beras
• ½ cawan Tepung gandum
• ¼ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
• ¼ sudu kecil Garam
• 1 cawan Air sejuk
• 2 cawan Minyak masak
• 50 g Daun bayam, dibersihkan
Cara Menyediakan
1. Satukan tepung beras, tepung gandum, AJI-NO-MOTO®, garam dan air sejuk. Kacau sehingga sebati.
2. Panaskan minyak masak. Celupkan daun bayam ke dalam bancuhan tepung. Goreng sehingga keemasan.
3. Sedia untuk dihidang.
Bukan sebarang sambal tumis, ini hasilnya jadi lagi sedap bila dah masak. Memang berguna sangat nak dekat puasa ni, boleh buat stok siap-siap.
Kata Putra Bugis Temasek, dia dah lama simpan rahsia masak ni dan memang rasa sambal tumis itu berbeza sangat. Nak buat bilis lain caranya, udang lain, telur lain dan sotong pun tak sama. Nah, godeklah sesiap!
Hari ini saya hendak kongsi tip-tip dan cara membuat sambal tumisan bertambah sedap.
Ini tip-tip yang saya kumpulkan ketika membuat sambal tumis bertambah sedap ketika memasaknya!!!Selamat membaca.
Kalau sambal bilis
Masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili, lebih perisa sambalnya.
Kalau sambal sotong
Untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, maka selepas basuh, perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa agak garam tidak berlebihan.
Kalau sambal udang
Rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
Elakkan menggunakan cili boh kerana ada cuka (jika menggunakan harus masak sehingga betul-betul garing dan gula perlu gunakan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)
Api harus kecil dan tumis sehingga naik minyak. Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caremalize. Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap! Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya.
Sambal Bilis
Kalau sambal bilis memang tak masuk kan garam sebabnya bilis dah masin.
Sambal Sotong
Kalau sambal sotong masukkan sotong dulu, lepas dah kecut baru masukkan air asam jawa.
Sambal Udang
Kalau sambal udang masukkan udang dulu, lepas air udang dah keluar baru lah masukkan air asam jawa.
Sambal Telur
Kalau sambal telur selalunya masukkan sikit bilis sebagai perencah, goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar pula agak macam dah layu… angkat… then baru tumis lada kering agak-agak dah masak baru masuk dan air asam gula garam and ikan bilis dengan bawang tadi.
Kadang-kadang saya tumis tomato dadu dengan belacan sikit kalau udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik.
Kalau sambal udang, saya blend udang kering sikit dengan cili kering tu.
Petua arwah nenek, tiap kali blender cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-mana masakan yang perlukan cili, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...