Sambil-sambil tengok movies atau drama kat TV tu, memang sedap dapat mengunyah kudapan macam Spicy Salted Egg Cornflakes ini. Nak beli bukannya murah sebalang. Baik buat sendiri lebih jimat. Kos dalam RM20 boleh dapat 3 balang terus. Nak buat jual pun boleh sangat untuk pendapatan sampingan.

Boleh rujuk perkongsian resipi Spicy Salted Egg Cornflakes oleh Puan Ida Idy ini. Katanya resipi yang dia pelajari di kelas masakan dan diolah sendiri rasanya.

“Masak ni..buat sendiri kos rm20 je dapat 3 balang. Antara komen-komen anak saya pasal Spicy Salted Egg Cornflakes mama dia..”

Anak no 1. Mama, sedap giler..
Anak no 2. Mama, sedap sangat-sangat..
Anak no 3. Mama, adik suka la..

Anak-anak selalunya jujur..haha…

“Saya join kelas untuk belajar buat ni. Tapi kat group masakan banyak je resipi-resipinya. Tapi yang saya buat ni betul-betul saya jatuh cinta. Kalau ada permintaan saya sudi untuk berkongsi resipi olahan saya.”

Spicy Salted Egg Cornflakes Mamayaya

Bahan-Bahan:

90g butter
80g serbuk salted egg
4 tangkai daun kari
5 biji cili kering (hiris halus)
1 sudu kecil serbuk kari daging babas
1/2 sudu kecil serbuk cili babas (nak pedas boleh tambah)
275g cornflakes nestle

IKLAN

Spicy Salted Egg Cornflakes, Kos RM20 Dapat 3 Balang, JIMAT!

Cara Membuat:

1.Cairkan butter dengan api yang perlahan.

2.Masukkan daun kari + cili kering.

3.Masukkan serbuk salted egg, serbuk kari dan serbuk cili..kacau sebati dan tutup api.

IKLAN

4.Masukkan cornflakes..gaul biar sebati dan rata.

5.Masukkan kesemua dalam tray oven..bakar dalam oven suhu 120°c, 10 minit..Sejukkan dan packing.

Spicy Salted Egg Cornflakes, Kos RM20 Dapat 3 Balang, JIMAT!

IKLAN

Info Ekstra!

  • Serbuk-serbuk tersebut boleh dibeli di kedai bakeri, Shopee pun ada.
  • Tak payah tunggu sejuk, takut nanti dia berketul. Gaul cepat-cepat ok.

Spicy Salted Egg Cornflakes, Kos RM20 Dapat 3 Balang, JIMAT!

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini: Begini Caranya Nak Buat Kacang Bawang Putih Sedap, Kena Rebus & Perap Semalaman Dulu Barulah Digoreng!

MW: Buat mak-mak yang nak buat kudapan mudah untuk seisi keluarga boleh cuba resipi Spicy Salted Egg Cornflakes yang dikongsikan ini. Selain makan sendiri, nak buat berniaga untuk pendapatan sampingan pun boleh sangat.

Sumber: Ida Idy

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI