Raya dah nak dekat ni, mak-mak pastinya sedang tercari-cari resipi mudah nak buat kuih dan biskut raya. Bukan apa, bila buat sendiri lebih menjimatkan berbanding beli.Satu perkara yang jadi halangan bila nak bakar biskut/kuih raya ni bila takde oven di rumah.

Namun tak perlu risau, mengikut perkongsian resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Nailah AlFarafisha Roslan ini, mak-mak boleh buat biskut raya tak perlu bakar pun, malah rasanya lebih sedap!

Boleh cuba resipi Cornflakes Susu mudah ini;

“Biskut cornflakes susu, tak perlu bakar.Resepi dari Putra Mawar Danisha.Ni resepinya kalau nak rasa biskut yang tak perlu bakar,sedap sangat.”

Biskut Cornflakes Susu Mudah, Tak Perlu Bakar!

Bahan-Bahan:

4 cawan tepung gandum digoreng/disangai
1 cawan minyak sapi+ 1sudu besar lagi
1 cawan gula kastor
2 cawan cornflakes (diramas)
Susu tepung untuk salut

Cara Membuat:

1.Goreng tepung sampai ringan, dalam 5 minit.

Biskut Cornflakes Susu Mudah, Tak Perlu Bakar!2.Sebelum tu panaskan dan cairkan minyak sapi.

IKLAN

Biskut Cornflakes Susu Mudah, Tak Perlu Bakar!3.Tepung tu tak perlu sejukkan dulu, terus masukkan gula kastor.

Biskut Cornflakes Susu Mudah, Tak Perlu Bakar!4.Kemudian masukkan pula cornflake yang telah diramas dan kacau rata.

Biskut Cornflakes Susu Mudah, Tak Perlu Bakar!

5.Masukkan pula minyak sapi dalam adunan tepung tadi.

IKLAN

Biskut Cornflakes Susu Mudah, Tak Perlu Bakar!6.Kacau rata sehingga jadi begini dan uli sampai jadi doh.

Biskut Cornflakes Susu Mudah, Tak Perlu Bakar!7.Bulat-bulatkan ia.

Biskut Cornflakes Susu Mudah, Tak Perlu Bakar!8.Kemudian salut dengan susu tepung dan letak dalam paper cup.

IKLAN

Biskut Cornflakes Susu Mudah, Tak Perlu Bakar!

Siap! Selamat mencuba!

Biskut Cornflakes Susu Mudah, Tak Perlu Bakar!

Info Ekstra!

  • Minyak sapi tu tunggu suam-suam sikit dalam 5 minit baru tuang.
  • Sukatan ini boleh dapat dalam anggaran 2 balang kecil.Malah rasanya lebih sedap daripada biskut yang dibakar.

Biskut Cornflakes Susu Mudah, Tak Perlu Bakar!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Sangat senang nak buat, bahan-bahan pun tak banyak. Paling penting, biskut ni sesuai untuk mak-mak yang takde oven dekat rumah, sebab tak perlu dibakar!

Sumber: Siti Nailah AlFarafisha Roslan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI