Rupanya mudah nak buat biskut raya Crunchy Cornflakes Chip super sedap ni, malah memang senang kacau guna senduk je, tak perlu pakai mixer. Bukan apa tak semua rumah ada mesin pengadun untuk buat biskut raya. Jadi bila ada resipi yang mudah dan sedap macam ni, boleh lah cuba nanti. Anak-anak pun mesti suka.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Cik Dayang Zuhaila ini sebagai rujukan;
Alhamdulillah, resepi yang senang tapi super sedap. Tak payah guna mixer pon cek oii. Resepi simple sangat. Hampa guna senduk kacau kacau kacau bagi sebati. Pastu cubit-cubit pakai tangan buleh terus bakaq. Senang yakmat. Cuti -cuti ni boleh ajak anak-anak buat.
Telur mata goyang ini, disebut juga telur mata kerbau. Sesetengah orang suka makan yang telur kuningnya lembut, cair sementara telur putih masak elok. Nak dapatkan telur mata goyang yang sempurna bukannya mudah.
Kongsi lelaki ini, Khabbab Jamalludin jika ikut teknik / step by step yang diajar ini anda akan dapat telur mata goyang yang sempurna. Sebagaimana yang dibayangkan.
“Orang kata kalau nak resepi boleh Google je. Tapi resepi yang sama, bahan yang sama, hasil boleh berbeza. Teknik memainkan peranan penting dalam masakan juga.
Jadi ada orang minta saya kongsi macamana nak dapat telur goyang/gedik (kuning telur tersebut bergoyang ketika digoyangkan.
Kadang badan pun ikut goyang dalam kita nak buktikan kegoyangan telur tersebut.”
Begini Telur Goyang Yang Ideal
Telur goyang yang ideal pada saya :
– Keseluruhan kuning telur tak jadi padat.
– Semua putih telur kering.
– Bahagian bawah putih telur ada kerak kecoklatan sedikit (kurang muak)
– Ada selaput putih menutupi kuning telur.
“Mesti korang tengah rasa geram nak cucuk kuning telur tu kan? Dengki la tu.”
Pemilihan telur adalah penting.
Saiz tak kisah.
Yang pasti telur mesti baru.
Dah lepas beli telur, jangan cuci.
Simpan dalam peti sejuk terus.
Kalau nak guna baru cuci.
Kalau cuci awal, akan ganggu lapisan telur yang berfungsi lindungi isi telur.
Telur yang agak lama dan dicuci terlalu awal akan buat kuning dia pecah.
Dah habis basuh lap kering.
Tak nak air dekat kulit masuk sama.
Kain lap boleh pakai apa saja.
Saya pakai kain Norwex apa tah.
Bini beli.
Dia kata ada beza.
Saya pakai sahaja ambil hati dia.
Kedua : Pecahkan Dulu Dalam Bekas
Pecahkan telur dalam bekas dahulu.
Kadang tangan kita tak dibedung dulu, pecahkan telur atas kuali, telur tu dah hancur macam telur dadar sebelum cecah kuali.
Yang kedua, kita boleh tahu telur tu elok ke tak sebelum masuk dalam kuali.
Disamping itu kalau baru keluar peti sejuk dia ada can kurang sejuk sikit.
Tak nak dia terkejut dari sejuk gila pergi panas gila.
Masuk angin nanti (burrppp)
Ketiga : Guna Kuali Non Stick
Paling baik pakai kuali ‘non stick’ yang tak lekat. Kawalan suhu lebih sekata.
Tapi tetap kena bubuh minyak sedikit.
Kalau kuali biasa minyak kena lebih lagi.
Minyak goreng biasa tu je.
Api antara sedang dan besar.
Tapi jangan lama sangat.
Jangan tunggu berasap satu dapur.
Air fryer boleh ke tak?
Tak bole la, gedik.
Ini telur yang gedik, bukan yang masak.
Keempat : Cara Tuang Telur Atas Kuali
Dah cukup panas boleh tuang telur.
Jangan tinggi sangat macam buat teh tarik; pecahlah ia.
Bagi dia ‘landing’ ngam ngam atas minyak tu.
Kelima : Renjiskan Air, Wajib Tutup Kuali
Okay ini tips paling penting.
Wajib ada tutup yang boleh cover kuali tu.
Tak ngam ngam takpa.
Janji boleh cover telur.
Saya pakai tudung periuk je.
Selepas letakkan telur atas kuali panas,
basahkan satu tangan macam basuh tangan tu,
bukan takung macam nak ambil wuduk ya.
Kemudian terus renjiskan air yang ada kat tangan tu ke tutup (banyak lebih kurang macam dalam gambar)
Pastikan tangan bersih tak ada hingus ke apa sebelum buat.
Hanya terbalikkan, tutup bila betul-betul atas kuali sambil terus tutup.
* kenapa renjiskan air? Bagi wap yang terhasil, bila kena kuali masakkan bahagian atas.
Keenam : Kawalan Api
Api pun main peranan penting.
Terus adjust macam dalam gambar.
Tak nak terlalu kuat nanti hangus dan tak sekata.
Setiap dapur berbeza.
Dapur kayu api, minyak tanah saya tak tahu setting dia macamana.
Biarkan dalam 30 saat dan buka tudung nak tengok masak dia macamana.
Kalau belum tengok lagi tiap 10 saat.
Tudung periuk tadi tau.
Letih pula kalau tudung tukang masak nak kena buka pakai buka pakai.
Tambah-tambah kalau pakai shawl.
Ketujuh : Cara Keluarkan Telur Dari Kuali
Dah ngam masak terus buka periuk, tutup api.
Untuk yang guna non stick, tolong ya pakai sudip bukan besi.
Besi boleh calarkan lapisan coating non stick dan bahayakan kesihatan.
Tiap kali nampak orang guna besi kat non stick.
Hati saya meraung sama.
Sekejap sajala tapi.
Kuali dia bukan kuali saya.
Sudip tu masukkan perlahan lahan bawah telur just in case ada lekat lekat sikit.
Slide je telur tu masuk dalam pinggan.
Kisah Telur Mata Goyang Antara Anak Dan Ayah
Prinsip saya mudah.
Apa yang boleh beri manfaat pada orang.
Saya kongsi.
Biar seremeh apa pun ia.
Bagi kita remeh, bagi orang lain mungkin tidak.
Terfikir juga apa ‘storyline’ saya nak buat.
Takkan nak kongsi gitu je.
Baru faham susahnya jadi ‘content writer’
Sementara perah otak tu tiba tiba ada anak yang tanya.
“Macamana baby boleh lahir?”
Ahhh sudah..
Muka saya macam Misae bila Shin Chan tanya soalan kontroversi.
Saya hanya mampu kata “nanti eh ..”
Akhirnya lepas goreng telur saya dapat idea nak jelaskan kat anak saya macamana baby ada. Tapi masa nak bawa kat meja terfikir pula nanti lagi banyak dia tanya.
Macam terlalu awal pula.
Jadi terus tak jadi.
Saya hidang nasi lemak biasa je sudahnya. #dapurpakbidan
Nampak rolled Out ini macam menu orang nak diet tetapi khasiatnya bagus sangat, terutama buat mak-mak menyusu dan hamil jadikan menu sahur.
Kata Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom, dia sendiri sudah cuba dan kesannya sangat membantu hilangkan rasa lapar. Kurang yakin? Rujuk gambar di bawah ini ya…
Rolled Out Boleh Dicampur Dengan Buah
Ini resepi simple overnight rolled oat saya. Tak berapa rajin sangat ni. Biasa rolled oat tu saya rendam dengan fresh milk je.
Saya suka letak butter sikit. Buah-buahan tu bolehlah diolah. Nak letak anggur ke, strawberry ke, pisang ke, raspberry ke. Semalam saya sempat capai 2 jenis buah je.
Saya pilih rolled oat berbanding instant oat sebab struktur dia kasar dan tebal sikit. Kalau buat overnight, tak muak sangat. Nak guna instant oat tu pun boleh, tapi macam bubur baby sikit teksturnya bila buat overnight.
Singgang ikan biasanya terkenal di negeri Kelantan. Mungkin ada negeri lain yang masakan seperti ini cuma dipanggil nama lain. Kelebihannya, kalau yang tak suka bersantan tapi mahukan yang berkuah. Bolehlah masak cara ini.
Resipi singgang ikan, inilah antara resipi mak-mak kita dulu. Tak perlu lauk lain pun, cukup dengan ulaman pun dah bertambah makan. Nak masak pun senang sangat, masukkan semua bahan dan tunggu mendidih. Siap.
Inilah perkongsian Nana Sabrina Sarsan cara masak singgang ikan sytle maknya. Mudah sangat.
Sedap hirup kuahnya panas-panas. Lawan pula dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Bertambah nasi sampai berpeluh.
Bahan:
2 ekor ikan selar – belah dua
Garam secukupnya
Perahan air asam jawa
Air
1 biji bawang merah saiz besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
Serai – ketuk
1 inci halia
1/2 inci kunyit
Serbuk kunyit secukupnya
1 sudu teh minyak
Tomato (optional)
Cili merah dan cili padi (optional)
Cara Membuat:
1. Campurkan kesemua bahan.
.
2. Biarkan ia mendidih dengan api perlahan selama 20 minit. Siap.
.
.
Mingguan Wanita : Cara mudah dan cepat untuk makan. Selamat mencuba.