Puding tutti fruity, namapun dah cantik, apatah lagi bila lihat hasilnya. Kena cara buatnya memang sedap, mahu tak berhenti makan.

Nampak macam renyeh untuk membuatnya sebab kena ada filling buah. Sedangkan nak buat puding tutti fruity ni boleh saja ikut kreativiti masing-masing. Nak letak sumi atau buah-buahan segar pun boleh.

Kali ini perkongsian daripada Noor Faizah, cara buat puding tutti fruity yang cantik dan sedap.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: PUDING MANGGA Jamuan Sekolah Anak, Sukatan Resipi Boleh Dapat 25 Bekas!

Resipi Mudah PUDING ROTI KARAMEL Pasti Jadi, ‘Blender’ Je Semua Bahan!

Puding Tutti Fruity, Makan Sejuk-sejuk

Boleh saja nak buat puding ni untuk majlis keraian, potluck atau hidangan untuk anak beranak.

Selain rupa lawa, warna-warni, rasa pun sedap. Memang sesuai makan time musim panas merelit sekarang ni. Kena cuba.

IKLAN

Resepi: (untuk satu adunan ni dapat dalam 25-30bekas)
• 10g serbuk agar-agar (warna plain)
• 1 tin susu cair
• 3 tin air
• 1 tin susu full cream
• 1 tin susu pekat
• 2 sudu tepung kastard
• 1 sudu essen vanila
• 1 cawan gula pasir (ikut selera masing-masing)
• Filling kiwi, blueberry & manggo (boleh beli dekat kedai bahan kek)

Cara Membuatnya:
1. Lorekkan filling pada tepi bekas acuan. Lepas itu biarkan.

2. Masukkan semua bahan di atas kecuali filling dan masak atas api sederhana hingga mendidih.

Resipi Puding Tutti Fruity, Comel Sangat, Rasa Pun Sedap, Satu Adunan Dapat 30 Bekas
.

IKLAN

3. Tutup api dan biarkan sejuk. Selepas sejuk curah dalam bekas acuan yang telah dilorekkan filling tadi.

4. Biarkan seketika dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan selepas sejuk.

Resipi Puding Tutti Fruity, Comel Sangat, Rasa Pun Sedap, Satu Adunan Dapat 30 Bekas
.

Resipi Puding Tutti Fruity, Comel Sangat, Rasa Pun Sedap, Satu Adunan Dapat 30 Bekas
.

IKLAN

Note: Kalau nak lebih cantik, boleh lorekkan lagi filling pada atas permukaan agar-agar tadi selepas agar-agar keras.

Mingguan Wanita : Mudah sangat caranya. Nanti boleh buat kat rumah untuk anak-anak. Nak buat jual pun boleh.

Sumber: Noor Faizah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI