Choco Jar antara snek kudapan yang sedang viral dan memang laris jika dibuat jualan. Ada rahsia dan tip tertentu untuk menjadikan Choco Jar ini lebih sedap, tak muak dan lain rasanya yang selalu dijual di pasaran. Puas hati bila buat sendiri. Lebih jimat dan nak buat pun mudah. Anak-anak mesti suka.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Effa Samat ini. Resipi Choco Jar yang sedap dan laris ketika dibuat jual dahulu.
“Ingin berkongsi resepi choco jar, pernah buat jualan, laris tak sangka-sangka kerana ada kelainan rasa. Cara penyediaan pun amat mudah.Paling best! Ungkapan sedap.”
“Dulu Efa jual saiz ni dalam RM1- RM1.50. Lama dah tak jual buat makan ja sekarang”
MW: Mak-mak yang nak buat makan sendiri di rumah atau nak buat jualan Choco Jar yang sedap dan tak muak ni, boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan. Semoga bermanfaat.
Biskut lemak atau cream crackers biasanya dimakan begitu sahaja atau lebih sedap dicicah dengan kopi, teh panas dan sebagainya. Malah selalunya biskut lemak ni kita beli je di kedai. Tapi sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Jika kreatif boleh cetak dan bentukkan ikut citarasa kita sendiri.Adunan dan bahan-bahan yang digunakan pula pasti diyakini lebih bersih dan halal.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri biskut Ala Cream Crackers Homemde ni boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Wahidah Hasan sebagai rujukan;
“Biskut ala ala cream crackers ni tak kurang sedapnya kalau buat sendiri.”
Resepi cream crackers homemade.
Bahan-Bahan:
2 sudu besar butter
1 sudu besar cream cheese
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak
1/4 cawan air (tak habis pun, guna sikit je)
Cara Membuat:
1.Gaul sebati butter dan cream cheese.
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.
3.Masukkan minyak dan gaul sebati.
4.Last sekali masukkan air, jangan tuang semua. Masuk sikit sikit sampai adunan tak melekat ditangan.
5.Terapkan acuan kesukaan. Saya potong petak guna pisau je. Then buat lubang dengan garfu dan terap nama anak kat tengah tengah.
6.Bakar suhu 170° selama 15-20 minit api atas bawah.
Info Ekstra!
*Sila gelek adunan tu nipis-nipis ya kalau tak nak keras.
*Kena pantau biskut masa tengah bakar, kalau dah nampak perang, boleh angkat.
Just nak share rupa acuan tulisan untuk terap atas biskut. Comel kan ? Acuan ni saya beli di Lazada RM5.20 termasuk pos. Boleh search alphabet mould/alphabet stamp ya.
MW: Menariknya resipi biskut cream crackers ni. Hanya guna 5 bahan je, cara nak buat pun mudah sangat. Sesuai buat untuk minum petang untuk anak-anak dan keluarga. Mak-mak kena cuba buat sendiri di rumah nanti.
Paruppu Vadai merupakan sejenis kudapan ringan yang berasal dari India selatan.Kuih vadai ini bukan sahaja dinikmati oleh kaum India malah turut popular di kalangan berbilang kaum di Malaysia. Rasa lemak kacang dhal dengan aroma rempah ratus dan daun kari memang mampu membuka selera seisi sesiapa sahaja.
Malah, kudapan sihat namun penuh berkhasiat ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Cara membuatnya pula tidaklah tidaklah sesukar mana.Sempena cuti umum Deepavali, mak-mak boleh cuba resipi istimewa, kudapan tradisi masyarakat India ini.
Bahan-Bahan:
4 cawan kacang dhal – rendam semalaman atau minimum 4 jam
4 biji bawang besar – dicincang halus
2 biji cili merah (dicincang halus
2 biji cili hijau – dicincang halus
3 tangkai cili kering – dicincang halus
1 sudu besar jintan manis – ditumbuk kasar
2 tangkai daun sup dan daun bawang – dicincang halus
1 tangkai daun kari – dicincang halus
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk perasa
Cara Membuat:
1. Kisar 3 setengah cawan kacang dhal dengan telur dan 1 senduk kecil air.
2. Kemudian,campurkan baki setengah cawan kacang dhal didalam kacang dhal yang telah dikisar tadi.
3. Setelah itu, masukkan bahan-bahan seperti bawang merah, cili merah,cili hijau,cili kering, daun sup dan daun kari, kacau sebati.
4.Masukkan pula jintan manis, tepung gandum, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Panaskan kuali dengan api perlahan dan kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan.
Selamat Mencuba!
Sumber: Aneka Resipi Kuih Muih
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Di Semenanjung, pokok tuhau dipanggil tepus. Istilah umumnya tepus gajah, tepung kesing dan sebagainya. Tapi dari banyak-banyak jenis tu, tuhau saja yang boleh dimakan sama ada direbus, jadikan jeruk atau pes.
Masakan dari pokok tuhau ini popular di Sabah. Memang mudah di dapati di sana. Harganya juga jauh lebih murah. Nama saintifik pokok tuhau ini Etlingera coccinea dalam keluarga Zingiberaceae.
Kalau tiba musim perayaan bekalan tuhau ini pasti akan berkurangan. Tuan Jusery Jausinberkongsi resipi dan panduan penyediaan pes tuhau ini. Uniknya pes tuhau ini boleh dicampur dalam pelbagai jenis masakan. Dan ia akan membangkitkan aroma masakan jadi lebih menyelerakan.
Bahan-bahan
15 batang umbut tuhau
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu serbuk rempah 4 sekawan ((bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis)
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Membuat
Cuci bersih umbut tuhau dan potong ½ inci untuk mudah hancurkan selepas dikisar. Ketepikan.
Kupas bawang merah dan bawang putih. Belah dua.
Serai, halia dan lengkuas potong kecil-kecil.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam pengisar kecuali garam hingga hancur. Tambah air sedikit untuk mudah hancur.
Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan pestuhau tadi ke dalam periuk dan masak sampai naik minyak. Tambah garam dan sentiasa digaul agar tak melekit.
Sejukkan dan masukkan ke dalam kontena bertutup/ bekas bertutup.
Panduan Selepas Di Simpan Dalam Bekas Bertutup
Simpan dalam peti sejuk. Ia akan bertahan sehingga 8 bulan.
Pes tuhau sesuai digunakan untuk campuran pelbagai jenis masakan:
Masak rendang ayam tuhau/daging rendang tuhau – guna bahan-bahan rendang yang biasa dan campurkan 3 sudu besar pes tuhau. Masak seperti biasa.
Nasi tuhau – masak bawag merah, bawang putih, halia, 2 biji tomato dan lobak merah dan campurkan 2 sudu besar pes tuhau. Goreng hingga garing dan masukkan dalam nasi yang ditanak.
Sayur tumis kacang panjang – tambah 1 sudu pes tuhau bersama bahan-bahan seperti bawang dan lain-lain.
Makaroni goreng – tambah 2 sudu besar pes tuhau ke dalam bahan-bahan tumis sebelum makaroni dicampurkna ke dalam pes.
“Saya cadangkan buat hidangan nasi tuhau berempah dan ayam rendang tuhau atau daging rendang tuhau.”
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.