Ayam Goreng Serai Thai, Rangup & Garing, Tak Jemu Makan!
ayam-serai-top

Bosan juga kalau makan ayam goreng biasa, kan? Apa kata kita buat ayam goreng serai Thai. Rangup dan garing buat kita tak jemu makan.

Seperti namanya, bahan utama adalah serai. Cara buatnya adalah serai itu perlu dipotong memanjang dan kemudian ditumbuk sebelum dimasukkan ke dalam perapan ayam.

Menurut Khadijah Jaafar yang berkongsi resipi ini di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN), apabila serai dipotong memanjang ia akan jadi cantik bila digoreng. Setelah siap digoreng bersama ayam,  serai itu akan jadi rangup dan garing.

Boleh Cuba Buat Resipi Ayam Goreng Serai Thai Perkongsian Khadijah Jaafar Ini.

“Dah jemu ayam goreng biasa. Boleh cuba ayam goreng serai thai. Pasti tak jemu makan.
Rasanya lain dari kebiasaan ayam goreng. Cara masak ada pada gambar ye. Jom tengok.
#khadijahjaafar #resepiciktie
Cubalah!”

Ayam Goreng Serai Thai

Ayam Goreng Serai Thai, Rangup & Garing, Tak Jemu Makan!

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam -dipotong sederhana kecil
3 batang serai
5 ulas bawang putih
2 akar ketumbar
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar telung jagung
Daun limau purut – dihiris halus
Minyak untuk menggoreng

IKLAN

Baca Sini Juga:
Tauhu Berlauk Ayam Tambah Udang, Sedap Makan Panas, Boleh Frozen Kalau Nak
Cara Masak Soto Ayam Kuah Pekat, Siap Ada Bergedil, Sambal Kicap
Resipi Asam Pedas Ayam Berempah, Lengkap Cara Buat, Senang Nak Masak!
Ayam Penyet Berempah Cara Mudah, Serbuk Serdak Itu Yang Buat Sedap

Cara Buat

Ayam Goreng Serai Thai, Rangup & Garing, Tak Jemu Makan!

1-Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ini supaya bila serai ditumbuk. Seratnya jadi cantik panjang-panjang. Bila goreng nanti jadi rangup. Tumbuk-tumbuk kasar je.

Ayam Goreng Serai Thai, Rangup & Garing, Tak Jemu Makan!

IKLAN

2-Ini bahan tumbuk bagi perapan, bawang putih, akar daun ketumbar & lada hitam.Tumbuk bahan perapan, tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit tak pe.

Ayam Goreng Serai Thai, Rangup & Garing, Tak Jemu Makan!

3-Masukkan semua bahan kecuali daun limau purut bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan last sekali. Sambil tu carik-carikkan kan serai supaya tak bergumpal. Nanti bila goreng jadi tak cantik.

IKLAN

Ayam Goreng Serai Thai, Rangup & Garing, Tak Jemu Makan!

4-Panaskan minyak dan gorengkan sehingga nampak agak garing. Angkat & toskan. Sambil-sambil goreng ini baunya harum sungguh.Tadaa… dah siap. Nak bagi cantik & nak tambah kesedapannya taburkan daun limau purut. Cicahkan dengan sos cili thai, rasanya memang padu. Bagai pinang dibelah gitew.Selamat mencuba.

MW: Kalau dah jemu makan ayam goreng biasa bolehlah cuba buat ayam goreng serai Thai ini. Tak cuba tak tahu kan.

Sumber/Foto: Khadijah Jaafar

Follow Mingguan Wanita
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI