Disebabkan harga bawang semakin mahal, apa kata kita buat resipi tanpa guna bawang. Bolehlah cuba buat menu telur hancur masak tomato ini.
Telur hancur masak bersama tomato ini sedap dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi. Boleh juga makan menu ini begitu sahaja.
Menurut penulis resipi yang berkongsi resipi ini di Grup Masak Apa Hari Ni (MAHN), telur hancur masak tomato ini adalah masakan Cina. Disebabkan ada yang bertanya mengenai masakan tanpa bawang, terus dia berkongsi resipi simple tapi sedap ini.
Hendak buat menu ini tidaklah berapa susah. Bahan utamanya adalah telur dan tomato. Bahan-bahan lain adalah sebagai penyedap dan penambah rasa.
Boleh Cuba Resipi Telur Hancur Masak Tomato Perkongsian Zurina Zulkefli Ini.
“Semalam saya perasan ada soalan sis berkaitan masakan tanpa bawang. Nah, ini adalah salah satu menu tanpa guna bawang – masakan Cina yang simple dan sedap – telur hancur dimasak bersama tomato. Kebanyakan masakan Cina tak menggunakan bawang. Berbeza dengan masakan Melayu dan India yang sinonim dengan bawang dan rempah ratus.
“Saya dan anak-anak cukup gemar makan lauk ini. Tak perlu lauk lain pun takpe (tapi kena sediakan jugak lauk lain kalau kes lauk telur ni cepat habis. Hehehe). Saya serta resipi di setiap gambar ya.”
Resipi Telur Hancur Masak Tomato
Bahan-bahan yang diperlukan
2 biji telur ayam (kocak)
2 biji tomato (potong)
2 batang daun bawang (hiris)
Ads
2 sudu sos pencicah Thai atau boleh juga guna sos cili/sos tomato. Guna salah satu antara tiga sos tersebut.
Kocakkan telur sehingga hancur kekuningan dan tambahkan sedikit serbuk lada sulah. Panaskan minyak masak dan tumis hirisan daun bawang.
Masukkan potongan tomato dan sedikit air. Masak hingga tomato menjadi lembik. Kemudian masukkan 2 sudu sos pencicah Thai dan taburkan sedikit garam.
Gaul sebati. Tomato menjadi semakin lembik. Ketepikan tomato di sisi kuali. Di bahagian ruang kosong tu, tuangkan sedikit minyak masak. Kemudian masukkan telur, biarkan seketika sehingga telur masak.
Ads
Kacau perlahan telur. Jangan terlalu hancur. Agak-agak telur dan masak, boleh la gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Akhir sekali taburkan hirisan daun bawang.
Memang sedap dimakan. Nasi, telur hancur tomato dan daging lada hitam. Yang cepat habis cuma nasi dan telur je. Tertinggal la daging lada hitam. Huhuhu
Pernah juga buat cili kisar untuk dijadikan stok, tengok-tengok hasilnya berkulat! Apa lah yang tak kena sebenarnya.
Bila jumpa petua yang dikongsikan Puan Mim Nazihah, baru tahu apa puncanya dan macam mana nak buat cili kering yang berkualiti, tahan lebih lama.
Cili Kering Tak Berkulat
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan. Tapi tak apa, nak share juga, mungkin ada sorang dua yang masih tak tahu.
Selalukan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan.
Inshaa Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat.
Bahannya:
Cili kering Bawang putih Air tapis
Cara Buat Cili Kering
Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih-bersih.
Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
Biarkan sekejap agak-agak sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.
AWAS!
Jangan guna air paip ya, guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat.
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasa kita dengar biskut florentine yang memang viral setiap tahun. Bukan apa, cara nak buat sangat senang. Campur-campur bahan utama dan bakar. Cuma, kena pastikan supaya dia tidak hangit ajelah.
Kali nie kita ubah sikit kelainan bikut florentine dengan gabungan tart. Ini antara perkongsian daripada Mas Intan Masman
“Orang selalu buat cheese tart tapi saya nak buat tart nie nampak unik dan digemari. Jadi, saya gabungkan kekacang dengan tart. Alhamdulillah sedap, ranggup dan pecah di mulut. Anak-anak makan pun tak cukup.
“Untuk nampak lebih menarik, saya lorengkan coklat kat atas.
“Sejujurnya, idea nak buat nie secara tak langsung. Kebetulan pula, arwah mak saya pembuat kek raya. Saya sambung legasi arwah mak.
“Memang nampak macam unik sikit sebab tart biasa untuk cheese tart. Tapi ini kita letak kekacang lak.
Cara Membuat:
1.Ambil separuh tepung florentine dan masukkan sekali kekacang yang sudah di panggang dalam bekas tertutup.
*kekacang tu boleh ikut suka nak banyak mana.
*bekas tetutup sbb tepung florenta tidak boleh terdedah dengan udara akan menyebabkan jadi beku dan berketul-ketul.
2.Gaul rata bahan dan tepung.
3.Sudukan ke dalam tart mengikut kesesuaian tart tersebut.
4.Bakar suhu 120’c -150’c, guna api atas bawah.
Tip:
Kena rajin tengok sebab takut hangus.
Masa bakar dalam masa 15-20 minit.
Bakar sehingga nampak keperangan.
Angkat dan lorekan dengan coklat.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sedapnya makan sagu susu cair sejuk-sejuk. Buat sendiri confirm sedap malah jimat banyak. Ikut sukatan yang dikongsikan ini boleh dapat 50 bekas, malah boleh dibuat meniaga.
Tengah cuti, makan-makan daging ni, sedap jugak kalau ade pencuci mulut. Meh saya share resipi sagu susu cair yang confirm sedap dan murah. Resipi ni boleh dapat lebih kurang 50 bekas 190ml tu. Anggaran kos tak lebih dari 80 sen sebekas termasuk bekas sekali. Boleh buat meniaga. InsyaAllah sedap tau.
Resipi sagu susu cair sedap nomnomnom.
Bahan-Bahan:
Air Gula
0.5kg Gula merah
(gula yang makan dengan putu mayam tu. Warna gelap. Bukan brown sugar!)
1 cawan Gula pasir
1sk Garam
1.5L Air
*Masak semuanya sehingga mendidih
Kuah susu
1 Tin Susu pekat
3 Tin krimer sejat
5 tin Air dari sukatan tin susu tadi
Tepung kastad 1/2cawan + air 1/2 cawan
2sk Garam
5 tutup Esen vanilla
*Masak sehingga mendidih, cairkan lagi jika perlu.
1. Masak sagu dalam air yang mendidih.
2. Bila sagu dah separuh masak, tutup api dan periuk, biarkan sehingga sagu masak kembang sepenuhnya.
3.Tapis sagu untuk buang kanji.
4. Masukkan sirap+esen+emulco, gaul sekata.
5. Biarkan untuk beberapa minit supaya sagu menyerap semua perisa.
Ni bekas dadih 190ml. Dah kene makan sikit. Isi air gula sampai garisan 1. Isi sagu sampai garisan 2. Isi kuah susu garisan 3. InsyaAllah, boleh dapat lebih kurang 50 bekas.
Mingguan Wanita: Sedapnya Sagu Susu Cair ni, buat sendiri lebih jimat dan puas hati makan. Nak buat jual pun boleh sangat, sukatan ni boleh dapat 50 bekas!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...