Ramai yang suka biskut batang jenama Pepero yang berasal dari Korea Selatan. Biskut ni ada bermacam-macam perisa yang sedap.Jika mak-mak masih tercari-cari biskut raya yang mudah, senang dibuat boleh cuba resipi Popia Pepero yang sedang viral ni.
Kulit popia (apa-apa brand tak kisah)
Minyak untuk menggoreng secukupnya
White coklat
Biskut Oreo (hancur)
Cara-Cara Membuat:
1. Potong dan gulung kulit popia.
**kalau yang kulit popia yang besar potong kepada 4 bahagian, gulung dan lekatkan hujungnya dengan air.
**kalau yang kulit popia yang kecik, terus gulung sahaja, lekatkan hujungnya dengan air.
2.Goreng kulit popia hingga keperangan. Dah goreng, saya simpan dalam tupperware. Esoknya baru celup white choc.
Ads
3.Cairkan white coklat guna kaedah double boil. Bila dah cair celup pada kulit popia, pastu balut pula dengan oreo.
Ads
Kaedah double boil, macam ni.
Info Ekstra!
Kalau guna coklat balutkan dengan badam sedap. Tapi badam leceh sikit sebab nak kena sangai dulu.
Tak perlu letak dalam peti sejuk.
Saya guna lidi sate semasa menggulung dan ia tak padat.
Saya guna kulit popia yang besar, potong 4. Rangup sampai ke dalam.
Oreo beli dah siap hancur. Beli kat kedai kek, harga dalam RM13.
White coklat saya guna brand ni. Cairkan guna kaedah double boil. Beli kat kedai cake jugak. Harga rm15.90.
Ads
Siap!
Selamat Mencuba!
MW:Senangnya buat popia papero ni. Anak-anak dan budak kecil puan mesti suka bila hidang masa raya nanti. Kena cuba!
Bulan puasa biasanya mak-mak memang lebih rajin ‘beraksi’ di dapur, sediakan hidangan berbuka untuk keluarga. Setelah seharian berpuasa memang sedap dapat menikmati sagu gula melaka sebagai pencuci mulut. Manis lemak dan kenyal rasanya, dimakan pula waktu sejuk-sejuk, memang sedap!
Namun, jika tak ikut cara yang betul, tekstur sagu yang telah direbus jadi tak cantik dan bergumpal-gumpal. Menerusi perkongsian tip oleh Puan Zaini Talib, rupanya sagu yang telah direbus perlu dilalukan dengan air terlebih dahulu bagi mengelakkan iya bergumpal.Malah cantik sepert
“Selalunya buat sagu gula melaka ni dapat tekstur yang macam bergumpal tak cantik..aritu ada terbaca lepas rebus sagu basuh sikit dengan melalukan kat air paip untuk buang lebihan kanji tu..cuba buat arini..memang cantik kejadiaannya sebutir-sebutir..puas hati”
Untuk panduan yang nak cuba membuatnya, takda resepi spesifik ni just agak-agak ya..
Resepi #SaguGulaMelaka
Sagu RM1
Air
Pewarna
Susu Cair
Gula Melaka
1.Sagu direndam sekejap, dah agak kembang air dah serap tu cuci sikit sampai jernih air.Agak-agak ya kang hancur abes plak sagunya hihi.
2.Kemudian masukkan sagu dalam periuk masukkan air lebihkan sedikit agak-agak seinci dari paras sagu tu.
3.Kemudian masak atas api macam biasa.Sentiasa kacau supaya sagu masak serata.Bila sagu dah jadi jernih takdak biji-biji putih maknanya dah masak.
4.Kaup sagu masukkan dalam penapis kemudian lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang lebihan-lebihan kanji yang mengembang semasa masak tu.Dah selesai biarkan sekejap supaya air keluar sepenuhnya.
5.Kemudian bolehla dimasukkan pewarna sekiranya suka ya.
1. Masakkan gula melaka bersama sedikit air dan daun pandan.
2. Susu cair.
Untuk menghidang masukkan air gula melaka, kemudian sagu berselang seli. Kemudian akhir sekali masukkan susu untuk dapat efek macam 3 layer tu.
Bulan puasa ni selain hidangan berat seperti nasi dan mee sebagai menu utama, makanan sampingan seperti kuih muih dan pencuci mulut juga turut di beri perhatian, pelengkap hidangan. Salah satu yang menjadi kegemaran ramai, terutama di bazar Ramadan ialah murtabak.
Bila nak buat sendiri, bahagan yang paling renyah dibuat adalah buat doh dan uli kulit murtabak. Sebenarnya tak perlu susah-susah lagi, menerusi perkongsian Puan Hidayah Syiblymak-mak boleh buat murtabak guna biskut lemak atau cream crackers je! menurut wanita ini lagi, istimewanya murtabak ini digunakan sebagai salah satu hantaran bagi orang zaman dulu-dulu.
“Murtabak Crackers. Sesuai sebagai juadah berbuka Ramadhan nanti, atau untuk di sedekahkan ke masjid. Zaman dulu dulu, zaman mak saya, murtabak crackers ni orang guna sebagai hantaran”
1 bungkus setengah biskut cream cracker
800 gm daging kisar
2 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 biji cili merah (dihiris halus)
2 biji cili hijau (dihiris halus)
Satu ikat daun sup,daun bawang (dihiris halus)
7 biji telur grade A
1 kotak besar susu segar
Dua sudu kecil garam
Dua sudu kecil serbuk lada hitam
Loyang 4 segi di alaskan dengan aluminium foil dan disapu butter seluruh permukaan, saiz loyang ni tak sure la berapa inci.
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu makan cili giling (saya tak taruk sebab tak mau pedas, budak budak yang nak makan)
3 sudu makan rempah kari daging
1.Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
2.Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.
4.Masukkan daging kisar, masak hingga empuk. Masak daging kisar ni sekejap je, cepat empuk, lagipun kita nak bakar kemudian nanti.
5.Masukkan air jika rasa perlu. Masakkan hingga kering sedikit airnya.
5.Masukkan bawang yang dipotong dadu ,cili hiris, serbuk lada hitam garam serta bahan perasa. Gaul rata.
6.Perlahankan api lalu masukkan daun sup dan daun bawang gaul rata baru matikan api biarkan hingga sejuk sedikit.
7.Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan.
8.Bahagikan adunan pada 3 bahagian (saya bahagikan agak-agak je main senduk je).
9.Masak susu dalam bekas jangan sampai mendidih, Suam-suam aja dan perlahankan api yang paling kecil, jaga jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa (susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan)
1.Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang) masukkan dalam susu suam sekejap je jangan lama-lama nanti kembang pulak, susun dalam loyang hingga penuh. Bahagian sudut dan tepi mesti penuh, patahkan biskut untuk isi bahagian lompong.
2.Permukaan loyang yang telah penuh disusun biskut, tuangkan adunan daging yang pertama ratakan ke seluruhan permukaan biskut.
3.Kembangkan 9 keping lagi biskut ke dalam susu dan susun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata.
4.Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai, tekan-tekan ke seluruh bahagian agar campuran telur naik di permukaan biskut.
5.Bakar dalam oven 180’C selama 45 minit pastikan betul-betul masak baru keluarkan dengan mecucuk bahagian tengahnya jika lidi tak ada kesan bererti dah masak lah tu.
6.Keluarkan dari oven dan terbalikkan kat dawai redai. Keluarkan dari Loyang biarkan sejuk boleh lah dipotong dan dihidangkan.
1. Tunggu sejuk baru di terbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak ini pecah.
2. Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak… Sedap.
3. Tumis guna butter sikit, campur dengan sedikit minyak. Daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair.
Selamat mencuba!
MW: Menariknya resipi Murtabak Cream Cracker ni. Mak-mak tak perlu susah payah nak uli doh untuk buat kulit murtabak. Guna biskut pun boleh jadi. Sesuai buat untuk waktu berbuka nanti.
Nampak rolled Out ini macam menu orang nak diet tetapi khasiatnya bagus sangat, terutama buat mak-mak menyusu dan hamil jadikan menu sahur.
Kata Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom, dia sendiri sudah cuba dan kesannya sangat membantu hilangkan rasa lapar. Kurang yakin? Rujuk gambar di bawah ini ya…
Ini resepi simple overnight rolled oat saya. Tak berapa rajin sangat ni. Biasa rolled oat tu saya rendam dengan fresh milk je.
Saya suka letak butter sikit. Buah-buahan tu bolehlah diolah. Nak letak anggur ke, strawberry ke, pisang ke, raspberry ke. Semalam saya sempat capai 2 jenis buah je.
Saya pilih rolled oat berbanding instant oat sebab struktur dia kasar dan tebal sikit. Kalau buat overnight, tak muak sangat. Nak guna instant oat tu pun boleh, tapi macam bubur baby sikit teksturnya bila buat overnight.
Seramai 5.5 juta ahli mengeluarkan RM19.87 bilion daripada Akaun Fleksibel KWSP setakat 31 Mei lalu. Pengeluaran digunakan untuk keperluan harian manakala sebahagian ahli tidak dapat membuat pengeluaran kerana baki simpanan terlalu rendah.