Ads

Wanita Meninggal Terkena Renjatan Elektrik Guna Kerusi Urut Di Pasaraya, Polis Nafi Kejadian Tular

renjatan elektrik

Wanita meninggal terkena  renjatan elektrik guna kerusi urut, polis nafi kejadian tular.

Polis menafikan seorang wanita meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika menggunakan kerusi urut di sebuah pusat membeli belah di Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dalam satu kenyataan media memaklumkan pihak berkuasa mengesan satu hantaran di Facebook melalui akaun “Luahan Rakyat Malaysia yang mendakwa kejadian berkenaan berlaku dan memaklumkan berita ini adalah palsu.

renjatan elektrik
Polis menafikan kematian arwah Nurul Fadillah binti Hamidi dan berita itu adalah palsu
Wanita Meninggal Terkena Renjatan Elektrik Guna Kerusi Urut

Dalam kejadian tular di media massa dikatakan  Allahyarham Nurul Fadillah binti Hamidi menemui ajal akibat renjatan elektrik akibat kebocoran arus ketika menunggu ahli keluarga membeli kasut di pasaraya berkenaan.

Ads

Pada hari kejadian dikatakan,  bapanya Hamidi Saadon telah membawa anaknya ke pusat beli‑belah. Nurul Fadhilah meminta untuk menunggu di kerusi urut tersebut sementara bapanya pergi membeli sepasang kasut di kedai berhampiran. Apabila bapanya kembali, beliau mendapati anaknya tidak memberi sebarang tindak balas meskipun dipanggil berulang kali.

renjatan elektrik
Arwah dikatakan terkena renjatan elektrik akibat arus bocor dalam kejadian di Kajang ketika menunggu bapanya membeli kasut.

Susulan kejadian viral ini,  satu laporan polis diterima semalam kira-kira jam 7.50 malam, berhubung pautan hantaran berkenaan.

“Siasatan polis mengesahkan tiada kejadian sedemikian berlaku di mana-mana pusat beli-belah sekitar daerah Kajang,” katanya dalam kenyataan di sini awal hari ini.

Ads

Naazron berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Menurutnya, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 233, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Bagi Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan pula, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

renjatan elektrik
Berita ini adalah palsu dan polis memaklumkan tiada kejadian berlaku

Naazron berkata, tindakan tegas mengikut undang-undang akan diambil terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat tidak benar tanpa menyemak kesahihannya sehingga menimbulkan kegusaran dan ketakutan dalam kalangan orang awam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau pertanyaan berkaitan perkara itu diminta merujuk saluran rasmi Polis Diraja Malaysia atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-8911 4222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Elliza Razak

Elliza Razak Buntu, Nak Cari Jalan Dapatkan Bantuan Untuk Ibu Tunggal

Baru-baru ini, tular satu video pelakon wanita, Elliza Razak yang memohon bimbingan serta pelbagai bentuk bantuan bagi menyara kehidupan bersama dua anaknya dalam satu podcast. Luahnya,