Ads

Dr Fie Syukur Dapat Suami Sporting, “Tak Pernah Merungut Apatah Lagi Nak Bertekak”

dr fie

Dr Fie syukur dapat  suami sporting, “tak pernah merungut apatah lagi nak bertekak.

Episod bahagia yang kini dinikmati Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie selepas selamat mendirikan rumah tangga semakin manis apabila dikurniakan suami yang cukup penyabar dan memahami.

Menerusi perkongsian di media sosial, Dr Fie meluahkan rasa syukur dan penghargaan buat suami tercinta, Kapten Amrul Nizar Anuar yang tidak pernah merungut malah sentiasa memberikan sokongan sepanjang persiapan perkahwinan mereka.

Baru sahaja bergelar isteri pada 1 November lalu, Dr Fie turut memuji sikap sporting suaminya yang sanggup melayan pelbagai kerenah termasuk sesi fotografi dan rakaman video berjam-jam selain menghormati kerjaya serta minatnya.

dr fie
Dr Fie kini menikmati episod bahagia bersama suami tercinta, Kapten Amrul Nizar Anuar selepas selamat mendirikan rumah tangga pada 1 November lalu.

Bagi Dr Fie, kesabaran dan perhatian kecil yang ditunjukkan suami cukup bermakna sekali gus menjadikan perjalanan menuju hari bahagia mereka lebih indah untuk dikenang.

Dr Fie Syukur Suami Sporting, Tak Pernah Merungut

Menurut Dr Fie, persiapan perkahwinan  membuatkan dirinya cukup sibuk dan memenatkan. Namun apa yang paling dihargainya ialah sikap suami yang tidak pernah merungut apatah lagi mencetuskan pertengkaran sepanjang tempoh tersebut.

Malah, Kapten Amrul sentiasa memberikan kerjasama terhadap segala perancangan yang diatur oleh Dr Fie bersama keluarganya.

“Terima kasih sebab sangatlah sporting sepanjang perjalanan persiapan wedding kita. I tahu semuanya agak hectic, penat dan kadang-kadang overwhelming tapi you tak pernah merungut apatah lagi nak bertekak dengan I.

“You just go with the flow and support whatever my family and I plan.”

dr fie
Momen penuh kasih sayang pasangan pengantin baharu ini menggambarkan kemanisan hari bahagia yang diraikan bersama.

Bagi Dr Fie, kesabaran dan sikap bertolak ansur yang ditunjukkan suaminya merupakan antara perkara paling bermakna sepanjang mereka membuat persiapan untuk hari bahagia.

Ads
Tak Pernah Buat Isteri Rasa Bersalah Dengan Kerjaya Dan Minat

Lebih menyentuh hati, Dr Fie turut menghargai sikap suaminya yang memahami kerja dan minatnya menghasilkan kandungan untuk media sosial.

Bukan sekadar memberikan sokongan, Kapten Amrul juga sanggup meluangkan masa menyertai pelbagai sesi rakaman video dan fotografi bersama isterinya.

Walaupun perlu mengikuti sesi penggambaran berjam-jam, dari satu sudut ke satu sudut yang lain, suaminya tetap sabar memberikan kerjasama.

“I appreciate sangat you join me buat content. Macam dah biasa ek buat content tu. Thank you sebab tak pernah buat I rasa bersalah dengan kerja dan minat yang I buat.

“Terima kasih sebab maintain cool dan sabar melayan berjam-jam sesi video dan photoshoot I. Dari satu angle ke satu angle. Dari satu video ke video yang lain, you tetap layan. Awe! thanks baby.”

Perkongsian ini cukup dekat dengan kehidupan wanita berkerjaya yang pastinya mengimpikan pasangan bukan sahaja memahami tanggungjawab mereka malah menghormati minat dan ruang untuk terus mengembangkan potensi diri.

Ads

Hakikatnya, sokongan suami tidak semestinya diukur melalui pemberian material. Kesanggupan meluangkan masa, memahami kesibukan dan meraikan perkara yang menggembirakan hati isteri juga merupakan tanda kasih sayang yang cukup bermakna.

Momen Kecil Yang Paling Bermakna Buat Dr Fie

Dalam banyak-banyak kenangan sepanjang majlis perkahwinan, Dr Fie turut berkongsi satu detik romantis yang begitu dekat di hatinya.

Antara perkara yang paling dihargainya ialah ketika Kapten Amrul memusingkan gaun pengantin yang dipakainya, satu kejutan manis yang meninggalkan kenangan istimewa.

Walaupun kelihatan sederhana, perhatian kecil seperti itu ternyata membawa makna yang cukup besar buat Dr Fie.

“Dan paling I hargai, terima kasih for thw surprise sweet moments, you twirl baju wedding I yang cantik tu. Nampak mcm simple but percayalah, moments macam tu sangat bermakna untuk I. It’s the little things that make everything so special.”

Ads
Dr fie
Antara momen paling dihargai Dr Fie apabila suaminya memusingkan gaun pengantin yang dipakai, satu kejutan kecil yang cukup bermakna di hatinya.

Sesungguhnya, kebahagiaan dalam rumah tangga tidak semestinya memerlukan kejutan mewah atau hadiah mahal. Ada kalanya, perhatian yang hadir melalui perkara kecil sudah cukup membuatkan seorang isteri berasa dihargai dan disayangi.

Anda mungkin berminat dengan

“Thank You For Being My Biggest Supporter”

Mengakhiri perkongsian, Dr Fie sekali lagi meluahkan penghargaan kepada suaminya kerana sentiasa sabar melayan pelbagai kerenah dan idea sepanjang persiapan perkahwinan mereka.

Baginya, kehadiran Kapten Amrul bukan sekadar sebagai suami malah teman yang sentiasa memberikan sokongan dalam setiap perkara kecil yang dilakukan bersama.

“I tahu bukan mudah nak melayan segala kerenah dan idea I sepanjang persiapan ni. But you made the whole journey so much sweeter.

“Thank you for being my biggest supporter, my partner in all the little adventures and now, my husband. I love you.”

Untuk rekod, Dr Fie dan Kapten Amrul selamat mendirikan rumah tangga pada 1 November 2026 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.

dr fie
Anggun dalam persalinan serba putih, Dr Fie meluahkan penghargaan terhadap suami yang sentiasa memahami kerjaya dan minatnya.

Perkongsian Dr Fie ini mengingatkan kita bahawa antara perkara paling berharga dalam sesebuah perkahwinan ialah memiliki pasangan yang sentiasa memahami, menghormati dan menyokong antara satu sama lain.

Buat wanita, kebahagiaan bukan sekadar memiliki seorang lelaki bergelar suami tetapi turut diraikan sebagai individu yang mempunyai kerjaya, minat dan impian sendiri.

Semoga rumah tangga pasangan ini terus dilimpahi kasih sayang, kebahagiaan dan persefahaman hingga ke akhir hayat.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Ibu tunggal

Ibu Tunggal di Malaysia Perlukan Peluang Pekerjaan, Bukan Sekadar Bantuan Kewangan

Ibu tunggal di Malaysia memerlukan lebih daripada bantuan kewangan. Ketahui kepentingan peluang pekerjaan, penjagaan anak dan sokongan sosial untuk kehidupan lebih stabil.