Ads

Negara Luar Saran Isi Rumah Sediakan Beg Kecemasan, 6 Barang Ini Wajib Ada!

Beg Kecemasan
Beg Kecemasan

Tular di media sosial, kerajaan Thailand seru setiap isi rumah menyediakan beg kecemasan mengandungi bekalan keperluan asas untuk bertahan selama 72 jam ketika bencana atau krisis berlaku.

Negara Luar Saran Isi Rumah Sediakan Beg Kecemasan

Negara Luar Saran Isi Rumah Sediakan Beg Kecemasan, 6 Barang Ini Wajib Ada!

Saranan itu dikeluarkan Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand (DDPM) susulan kebimbangan terhadap ketegangan global, termasuk konflik di Asia Barat.

Namun, pihak berkuasa menegaskan bahawa saranan berkenaan merupakan langkah persediaan umum menghadapi bencana alam dan kecemasan lain, bukannya amaran bahawa ancaman terhadap Thailand akan berlaku dalam masa terdekat.

Negara Luar Saran Isi Rumah Sediakan Beg Kecemasan, 6 Barang Ini Wajib Ada!

Malahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam juga mengingatkan agar semua pihak supaya tidak memandang ringan perkembangan ancaman keselamatan global yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat, kestabilan ekonomi dan kepentingan negara.

Menurutnya, kerajaan mengambil maklum tindakan beberapa negara termasuk Kesatuan Eropah, Kanada dan Jepun yang mengeluarkan nasihat supaya rakyat masing-masing menyediakan bekalan makanan untuk tempoh antara tiga hingga 10 hari susulan ketidaktentuan situasi antarabangsa.

Kerajaan juga akan meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat serta memperkukuh keupayaan agensi dan teknologi bagi menangani pelbagai bentuk ancaman, khususnya serangan siber.

Manakala Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM), Nirat Pongsitthithavorn pula menerangkan, tempoh 72 jam pertama selepas sesuatu bencana merupakan fasa kritikal kerana penduduk yang terjejas mungkin perlu menguruskan keperluan sendiri sementara pihak berkuasa menggerakkan bantuan.

Ads

Persediaan ini bukan hanya untuk menghadapi konflik antarabangsa, malah turut melibatkan kemungkinan bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan gempa bumi.

Selain itu, beg kecemasan juga boleh membantu ketika berdepan wabak penyakit, kebakaran, rusuhan serta situasi kecemasan lain.

6 Barang Ini Wajib Ada!

Negara Luar Saran Isi Rumah Sediakan Beg Kecemasan, 6 Barang Ini Wajib Ada!

Menerusi Asian Speech, bagi memastikan setiap keluarga mempunyai persediaan asas, DDPM mengesyorkan enam kategori barangan penting untuk dimasukkan ke dalam beg kecemasan.

1. Ubat ubatan dan keperluan kesihatan

Antara yang perlu disediakan ialah peti pertolongan cemas, ubat ubatan asas, ubat preskripsi serta rekod perubatan.

Ads

2. Makanan dan air minuman

Setiap individu disarankan menyediakan sekurang kurangnya tiga liter air minuman sehari.

Bekalan makanan pula boleh terdiri daripada makanan sedia dimakan dan snek berenergi tinggi. Keperluan makanan khas untuk kanak kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah kesihatan juga perlu diberi perhatian.

3. Peralatan komunikasi dan perkakasan

Telefon bimbit, bank kuasa, lampu suluh, bateri tambahan, radio menggunakan bateri dan wisel antara peralatan yang disarankan.

Selain itu, sediakan juga lilin, pemetik api, buku nota, pen, pisau poket, gunting, tali dan pita pelekat.

4. Dokumen penting dan wang tunai

Salinan kad pengenalan, dokumen pendaftaran isi rumah, kad insurans kesihatan, lesen memandu, buku bank serta dokumen hak milik tanah perlu disimpan dalam beg kalis air.

Ads

Kunci pendua dan wang tunai juga disarankan sebagai persediaan sekiranya sistem pembayaran elektronik tidak dapat digunakan.

Anda mungkin berminat dengan

5. Keperluan kebersihan diri

Antara barangan yang boleh dimasukkan ialah tisu, berus gigi, ubat gigi, kelengkapan mandian dan beg sampah.

6. Pakaian dan keperluan perlindungan

Sediakan pakaian tambahan, baju hujan, topi, selimut serta beg tidur bagi menghadapi keadaan yang memerlukan seseorang berlindung di luar rumah.

Simpan Di Tempat Mudah Dicapai

Apabila berita dan info seperti ini tersebar, seharusnya setiap keluarga tidak memandang remeh dan perlu menyediakan beg kecemasan yang boleh dibawa dengan segera sekiranya perlu berpindah atau bergerak ke tempat yang lebih selamat.

Penggunaan beg yang ringan dan kalis air serta disimpan di lokasi mudah dicapai. Bekalan di dalamnya juga perlu diperiksa secara berkala bagi memastikan barangan tidak rosak atau melepasi tarikh luput.

Semoga kita boleh mengambil cakna dengan isu semasa dan lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Wani Kayrie

Wani Kayrie Bawa Irama dan Budaya Malaysia ke Pentas Antarabangsa, Cak...

Wani Kayrie mewakili Malaysia di ABU Song Festival Ke-15 di Sri Lanka menerusi lagu Cak Cak Cekuk, sambil memperkenalkan muzik dan budaya tempatan.