Ads

Enam Salah Faham Tentang Hindu, India & Deepavali, Ini Patut Anda Betulkan

Tentang Hindu
Tentang Hindu

Sudah tahun 2026 tetapi masih ramai yang salah faham tentang Hindu, India dan Deepavali. Belum jelas atau mungkin langsung tidak ambil cakna tentang budaya dan agama Hindu yang biasanya dianuti oleh orang berbangsa India.

Enam Salah Faham Tentang Hindu, India & Deepavali

Enam Salah Faham Tentang Hindu, India & Deepavali, Ini Patut Anda Betulkan

Menerusi perkongsian menarik daripada Meanwhile in Malaysia, anda patut tahu beberapa fakta tentang perayaan ini untuk menjadi orang yang prihatin dan lebih berbudaya.

Menetap di negara Malaysia yang mempuanyai pelbagai kaum, sepatutnya anda peka dan tahu perkara menarik mengenai perayaan Deepavali. Nanti hari raya Deepavali, boleh lah turut menziarahi jiran yang beragama Hindu.

Ini Patut Anda Betulkan

Enam Salah Faham Tentang Hindu, India & Deepavali, Ini Patut Anda Betulkan

Ads

Pertama Hindu adalah agama, bukannya bangsa. Tidak semua yang berbangsa India itu beragama Hindu. Lihat sahaja di Bali, Indonesia. Jadi, jangan menganggap rakan Katolik India anda, paderi Sebastian Fernandes, atau rakan mualaf India Muslim anda, Imran bin Yoganathan, menyambut Deepavali hanya kerana mereka orang India. Tapi sudah tentu juga mereka masih boleh meraikannya.

Baca Artikel Ini Juga: 12 Makanan Kaum India Yang Popular Masa Perayaan Deepavali, Wajib Cuba!

Kedua, Deepavali adalah Festival Cahaya, bukan sekadar “Tahun Baru India” atau “Tahun Baru Hindu“. Tahun Baru India adalah pada bulan April, walaupun ada sesetengah masyarakat Hindu menyambut tahun baru mereka sekitar Deepavali. Menyebutnya sebagai “Tahun Baharu India” adalah seperti rakan Cina yang WhatsApp kepada anda “Selamat Tahun Baru Melayu” semasa Raya.

Ads

Hah, ketiga jangan terkejut orang Cina juga boleh beragama Hindu! Ini berdasarkan bancian pada tahun 2010, yang merekodkan 14,878 orang bangsa Cina di Malaysia adalah beragama Hindu.

Ejaan Makanan Muruku

Enam Salah Faham Tentang Hindu, India & Deepavali, Ini Patut Anda Betulkan

Keempat, anda patut tahu ejaan MURUKKU yang betul, bukan MARUKKU. Dalam Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Bahasa Melayu, ejaan sebetulnya adalah MURUKU. Sekurang-kurangnya anda tahu nama tepat sebelum menghabiskannya sebekas atau sebalang murukku!

Ads

Kemudian, jangan harap rakan Hindu anda menghidangkan nasi biryani atau kari apabila anda ziarah waktu Deepavali. Kalau mereka menawarkan murukku dan laddu, belajar untuk harga. Barangan runcit hari ini bukannya murah. Kena ingat, anda yang menziarahi rakan dan anda bukan hadiri jamuan bufet percuma.

Anda mungkin berminat dengan

Yang terakhir, jika dijemput ke rumah terbuka Deepavali, hadir sahaja dengan perut kosong dan wajah ceria. Tak perlu pun bawa hadiah mahal. Ada hamper atau angpow untuk kanak-kanak sudah menjadi satu cara meraikan Deepavali yang cukup bagus. Eh, tetapi kalau rasa nak bagi hadiah yang lagi benilai seperti pembersih udara, Sony PS5 dengan 4G/5G atau emas pun tidak salah. Tiada siapa yang menghalang anda, janji mampu!

Ya, secara jelas kita memang berbeza bangsa, agama dan budaya. Tetapi kita telah tinggal bersama di Malaysia dengan cukup lama untuk belajar tentang budaya antara satu sama lain. Itu lebih harmoni, bukan?

Selamat Hari Deepavali kepada semua yang merayakannya!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

suami tanpa sperma

Doktor Dedah Semakin Ramai Suami Tiada Sperma, “Mereka Sendiri Pun Tak...

Dr Kartini Nur meluahkan rasa sedih apabila beberapa pesakit lelaki didapati tiada sperma selepas menjalani ujian kesuburan. Beliau turut menyentuh perubahan gaya hidup dan kepentingan pemeriksaan awal.