Ads

Doktor Dedah Semakin Ramai Suami Tiada Sperma, “Mereka Sendiri Pun Tak Sedar, Allahu…”

suami tanpa sperma

Doktor dedah semakin ramai suami tiada sperma, “mereka sendiri pun tak sedar, Allahu…

Lelaki tiada sperma bukan lagi isu yang boleh dipandang ringan. Lebih membimbangkan, ada suami yang langsung tidak menyedari masalah kesuburan tersebut sehinggalah keputusan ujian sperma menunjukkan sesuatu yang tidak pernah mereka jangkakan.

Menerusi perkongsian di Threads, doktor kesuburan, Dr Kartini Nur dari Klinik Dr Kartini, Kajang, meluahkan rasa sedih apabila beberapa pesakit lelaki yang menjalani ujian sperma didapati langsung tidak mempunyai sperma dalam sampel air mani mereka.

suami tiada sperma
Dr Kartini Nur dari Klinik Dr Kartini, Kajang meluahkan kebimbangan apabila mendapati semakin ramai pesakit lelaki yang mendapatkan pemeriksaan tidak menyedari mereka mempunyai masalah kesuburan.

Pada mulanya, beliau gembira melihat ramai lelaki tampil menjalani pemeriksaan di kliniknya minggu lalu. Namun, kegembiraan itu bertukar sedih selepas meneliti keputusan ujian. Dirinya turut berkongsi  keputusan ujian pesakit yang menunjukkan sperma kosong.

Doktor Sedih Lihat Keputusan Ujian Sperma

Dr Kartini mengakui peningkatan kesedaran lelaki untuk menjalani ujian kesuburan merupakan perkembangan positif. Bagaimanapun, beliau turut bimbang apabila mendapati ada pesakit yang tidak mempunyai sperma langsung.

“Minggu lepas ramai yang mai klinik buat sperm test. Sebagai seorang doktor subur, of courselah happykan sebab ramai dah sedar penting buat test ni awal-awal. Tapi lepas tengok result, alahai, sedihla. Rupanya ramai suami-suami yang tak ada sperma ni and dia orang tak sedar pun, Allahu.”

Beliau turut berkongsi keputusan tiga pesakit yang didapati tidak mempunyai sperma dalam sampel air mani masing-masing.

“Tengok ni korang, 3 patient ni tak ada sperma langsung. TAK ada LANGSUNG SPERMA.”

Suami tiada sperma
Paparan sampel air mani menerusi pemeriksaan mikroskop. Menurut Dr Kartini Nur, terdapat pesakit lelaki yang didapati tidak mempunyai sperma langsung selepas menjalani ujian kesuburan.

Menurut pemerhatiannya, masalah ketiadaan sperma semakin banyak ditemui dalam kalangan pesakit lelaki yang mendapatkan pemeriksaan. Justeru, beliau mengingatkan pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata supaya segera menjalani ujian kesuburan.

Ads
Zaman Tok Nenek Dulu Berbeza, Gaya Hidup Kini Jadi Perhatian

Dalam perkongsian berasingan, Dr Kartini turut menyentuh perubahan gaya hidup masyarakat yang menurutnya wajar diberi perhatian terutama dalam soal kesuburan.

Jika dahulu generasi nenek moyang banyak melakukan kerja fizikal seperti bertani, bekerja di bawah terik matahari dan mengeluarkan peluh, kehidupan hari ini jauh berbeza. Ramai menghabiskan masa bekerja di pejabat berhawa dingin, kurang bergerak dan lebih mudah mendapatkan pelbagai makanan diproses.

“Zaman kita dengan zaman tok nek moyang kita tak sama. Depa makan jaga, kerja kuat berpeluh. Tak ada makan makanan berproses ini, sebab senang aje ‘lekat’ bila kawen.”

Beliau turut menyentuh budaya fear of missing out (FOMO) apabila masyarakat gemar mencuba pelbagai jenis makanan yang menjadi trend, selain rutin pekerjaan yang kurang melibatkan aktiviti fizikal.

Ads

“Kita pulak segala jenis makanan FOMO nak cuba, belum cakap pasal kerja duduk dalam office. Tak keluar peluh langsung. Mana mahunya nak cepat ‘lekat’.

Bagaimanapun, kurang berpeluh atau bekerja dalam ruang berhawa dingin bukanlah punca langsung ketiadaan sperma. Masalah kesuburan lelaki boleh melibatkan faktor hormon, genetik, penyakit tertentu serta gangguan sistem pembiakan.

Dr Kartini turut membangkitkan penggunaan vape dalam kes yang ditemuinya. Namun, punca sebenar ketiadaan sperma tetap memerlukan pemeriksaan klinikal lanjut dan tidak boleh dikaitkan dengan satu tabiat semata-mata.

Tiada Sperma Bukan Bermakna Tiada Harapan

Dalam istilah perubatan, keadaan apabila tiada sperma dikesan dalam air mani dikenali sebagai azoospermia. Ia boleh berlaku apabila penghasilan sperma terganggu atau terdapat penyumbatan pada saluran pembiakan lelaki.

Ads

Walaupun keputusan awal menunjukkan ketiadaan sperma, ia tidak semestinya bermaksud seseorang lelaki mustahil memperoleh zuriat. Ujian ulangan dan pemeriksaan lanjut diperlukan untuk mengesahkan keadaan tersebut serta menentukan pilihan rawatan yang bersesuaian.

Anda mungkin berminat dengan

suami tiada sperma
Antara paparan sampel air mani di bawah mikroskop yang dikongsikan. Ujian sperma penting bagi mengenal pasti masalah kesuburan lelaki supaya pemeriksaan lanjut dan rawatan bersesuaian dapat dilakukan lebih awal.

Justeru, ujian sperma merupakan antara pemeriksaan asas yang penting bagi pasangan yang masih menanti kehadiran cahaya mata. Secara umum, pemeriksaan kesuburan disarankan selepas setahun mencuba untuk hamil tanpa menggunakan kontraseptif, atau selepas enam bulan sekiranya isteri berusia 35 tahun ke atas.

Dr Kartini turut mengingatkan masyarakat supaya tidak menangguhkan pemeriksaan, terutama apabila gaya hidup hari ini semakin berubah.

“So, sebab gaya hidup pun dah macam tu, ayuh buat test. Tengok apa yang tak normal. At least boleh rawat awal, ye dok.”

Jika dahulu isteri sering dipersalahkan apabila pasangan lambat mendapat zuriat, realitinya masalah kesuburan bukan hanya berpunca daripada wanita. Sudah tiba masanya para suami turut mengambil tanggungjawab memeriksa tahap kesuburan sendiri, bukannya membiarkan isteri seorang menanggung tekanan dan persoalan orang sekeliling.

Selama ini, apabila belum dikurniakan anak, isteri sering ditanya bila hendak mengandung, disuruh berubat dan mencuba pelbagai ikhtiar. Namun, dalam sibuk mencari jawapan tentang kesuburan isteri, berapa ramai suami yang pernah terfikir untuk memeriksa sperma sendiri?

Jangan sampai isteri terus dipersalahkan sedangkan masalah sebenar belum pernah diperiksa.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Wanita Mampu Kerja Lasak

Sarah Buktikan Wanita Mampu Kerja Lasak & Raih Anugerah Graduan Terbaik

Ternyata wanita mampu kerja lasak dalam bidang perhutanan apabila, Sarah Hannani Ahmad Fikri, 23, membuktikan kemampuannya sehingga dinobatkan sebagai Graduan Terbaik Bachelor pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-50 Sidang 1.