Ads

Elliza Razak Buntu, Nak Cari Jalan Dapatkan Bantuan Untuk Ibu Tunggal

Elliza Razak
Elliza Razak

Baru-baru ini, tular satu video pelakon wanita, Elliza Razak yang memohon bimbingan serta pelbagai bentuk bantuan bagi menyara kehidupan bersama dua anaknya. Luahnya,

“Saya dah betul-betul tiada daya…”

Elliza Razak Buntu

Elliza Razak Buntu, Nak Cari Jalan Dapatkan Bantuan Untuk Ibu Tunggal

Elliza, 42 menerusi hantaran di Facebook mendedahkan dia kini berada di tahap buntu dan tidak lagi mampu memikirkan masalah secara sendirian demi meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya rasa saya memang nak cari jalan untuk dapatkan apa saja jenis bantuan yang wujud untuk ibu tunggal dan bantuan untuk anak-anak saya ke, apa-apa sajalah dari segi persekolahan dan sebagainya.

“Saya memang sangat-sangat memerlukan. Saya ingat saya boleh bertahan (dengan) usaha sendiri semua. Tetapi sekarang, saya dah betul-betul tiada daya,” katanya dalam hantaran itu.

Tahap Kesihatan Mental Terjejas

Elliza Razak Buntu, Nak Cari Jalan Dapatkan Bantuan Untuk Ibu Tunggal

Ads

Menurut Elliza, apa yang lebih membimbangkan adalah tahap kesihatan mentalnya yang terjejas akibat terlalu tertekan hingga mengalami simptom sesak nafas.

“Saya hanya risaukan keadaan kesihatan mental saya dan baru-baru ini, beberapa kali jantung saya ‘pump’ (berdegup) laju sangat-sangat sampai tak boleh bernafas dan terus berpeluh-peluh. Satu badan rasa macam nak pitam.

“Saya tiada niat apa-apa nak minta belas kasihan atau buat cerita sedih,” katanya sambil menegaskan dua anaknya adalah penguat semangat untuk meneruskan kehidupan.

Berkongsi mengenai usahanya mencari rezeki, Elliza mendedahkan dia tidak pernah berpeluk tubuh, sebaliknya aktif melakukan sebanyak 13 pekerjaan demi mendapatkan pendapatan harian.

Ads

“Saya berserah pada Allah. Tapi usaha tetap usaha. Saya buat 13 jenis pekerjaan dan semua ni bukan dalam masa sama. Paling-paling dalam sehari itu ada tiga benda saya kerja.

“Saya ada jual minyak wangi, jual barang elektrik dan saya terima juga kerja untuk buat ‘review’ selain jadi ‘voice over talent’, pengacara majlis dan berlakon. Tetapi mungkin nasib saya belum menyebelahi,” katanya.

Mohon Jangan Kecam

Elliza Razak Buntu, Nak Cari Jalan Dapatkan Bantuan Untuk Ibu Tunggal

Ads

Dalam pada itu, Elliza turut memohon warganet agar menjaga tutur kata dan mengelakkan sebarang kecaman yang boleh memburukkan lagi kesihatan mentalnya.

Anda mungkin berminat dengan

Bagaimanapun, di ruangan komen hantaran berkenaan, Elliza sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin berkongsi maklumat mengenai saluran bantuan serta memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Untuk rekod, Elliza berkahwin pada 11 November 2011, namun bercerai pada Februari 2024.

Sebelum ini, Elliza pernah mendedahkan dia berdepan pelbagai tekanan emosi termasuk menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan bekas suami selain isu hutang lelaki berkenaan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Zulaikha Zakaria

Kenali Zulaikha Zakaria, Wanita Di Sebalik Kudrat 1968 Yang Kini Raih...

Kenali Zulaikha Zakaria, pengarah wanita di sebalik Kudrat 1968: High Council yang mencatat kutipan RM12.5 juta selepas empat hari tayangan.