
Hana Ismail menangis suami dilepaskan dari tuduhan rogol, Da’i Syed terlepas hukuman 10 tahun penjara & 3 sebatan.
Tangisan penuh emosi Hana Ismail menjadi perhatian selepas suaminya, pendakwah selebriti Da’i Syed, dilepaskan daripada pertuduhan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu. Keputusan Mahkamah Rayuan sebentar tadi sekali gus menyaksikan Da’i Syed terlepas dan dibebaskan daripada hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dijatuhkan sebelum ini.

Da’i Syed Terlepas Hukuman 10 Tahun Penjara & 3 Sebatan
Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful sebelum ini berhadapan pertuduhan merogol seorang wanita, pernah di penjarakan namun dibebaskan dengan ikat jamin sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan dirinya tak bersalah.
Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat majoriti 2-1 dengan hakim Datuk Azman Abdullah yang mengetuai panel dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid membenarkan rayuan akhir Da’i Syed manakala Hakim Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid menentang keputusan itu.
Semasa membaca keputusan itu, Azman berkata, pembelaan perayu berjaya menimbulkan keraguan munasabah.
“Sabitan terhadap perayu adalah tidak selamat, rayuan perayu dibenarkan, hukuman pemenjaraan 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Tinggi diketepikan,” kata Azman ketika membaca penghakimannya.
Sejurus selepas keputusan majoriti itu, Da’i Syed yang berada dalam kandang tertuduh dilihat menangis manakala isterinya Hana Ismail yang berada di galeri awam turut menangis.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, sekitar jam 1.35 pagi 11 September 2019.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.
Anda mungkin berminat dengan
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
Pada 30 Ogos 2024, Hakim Mahkamah Sesyen, Adlin Abdul Majid, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan dengan Syed Shah Iqmal diperintahkan ke penjara pada hari sama.
Selepas 21 hari di Penjara Kajang, Syed Shah Iqmal dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini hingga rayuan utamanya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman didengar.

download sekarang!
