Rangka itu anak saya, misteri kehilangan pelajar tingkatan 5 hilang keluar tengok bola ahirnya terjawab. Kehilangan seorang pelajar tingkatan 5 yang keluar menonton bola namun tidak pulang-pulang ke rumah terjawab dengan satu penemuan satu rangka manusia ditemui di kebun durian pada 25 Jun lalu.

Penemuan rangka di tepi Jalan Yong Peng-Muar  diterima daripada orang awam, kira-kira pukul 11.15 pagi sebelum dibawa ke hospital untuk ujian forensik. Dan kini segalanya telah terjawab di mana rangka itu adalah milik Hafiz Fauzan yang bakal menduduki SPM tahun ini selepas ujian dna yang dibuat ke atas ibu bapanya menyamai dengan arwah.

Rangka Itu Anak Saya

“Alhamdulillah semua sudah selesai. Apa yang ditunggu-tunggu sudah berakhir,” kata Abd Halid Sugiman, 44.

Abd Halid bersyukur selepas menerima keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengesahkan rangka manusia ditemui di kebun durian berdekatan Kompleks Panghulu Mukim Linau, akhir bulan lalu, sah merupakan anaknya, Hafiz Fauzan, 17.

“Rangka Itu Anak Saya”, Misteri Kehilangan Pelajar Tingkatan 5 Hilang Keluar Tengok Bola Akhirnya Terjawab
Penemuan rangka di dusun durian akhirnya terjawab apabila disahkan ianya adalah Hafiz Fauzan

Misteri Kehilangan Pelajar Tingkatan 5 Hilang Akhirnya Terjawab

Jelasnya, keputusan itu diperolehi sekitar jam 4.43 petang selepas dihubungi polis bagi memaklumkan hasil ujian DNA yang dijalankan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

Beliau memaklumkan proses tuntutan jenazah akan dibuat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat pagi esok untuk dikebumikan.

Hafiz Fauzan adalah pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR) dilaporkan hilang selepas keluar rumah pada malam 25 Mei lalu, untuk menonton bola sepak bersama rakannya di Parit Ju, Tongkang Pechah.

Keluarga berusaha mencarinya namun menemui jalan buntu sehinggalah penemuan satu rangka di kebun durian yang akhirnya disahkan adalah mayat pelajar ini.

IKLAN

Penemuan rangka di tepi Jalan Yong Peng-Muar itu diterima daripada orang awam, kira-kira pukul 11.15 pagi 25 Jun lalu.

“Siasatan awal polis di tempat kejadian telah menjumpai sebuah motosikal bersama dokumen diri dan barangan peribadi. Selain itu, terdapat sebuah motosikal yang mengalami kerosakan di lokasi kejadian dan dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Motosikal yang ditunggang mangsa disyaki terbabas ke tepi jalan dan terlanggar sebatang tiang elektrik, menyebabkan mangsa terhumban ke kawasan semak yang agak curam di dalam kebun durian berkenaan,” kat polis dalam satu kenyataan.

Dan kini segalanya telah terjawap bahawa Hafiz Fauzan alami kemalangan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

IKLAN

“Saya turunkan ego saya…

Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.

Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.

Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.

Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.

IKLAN

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI