Tergamak seorang ayah yang sepatutnya menjadi pelindung, namun mendera anak sendiri sehingga maut malah selamba menanam mayat anak sendiri di tepi jalan untuk menutup jenayah yang dilakukan.
Seorang bapa ditahan kerana disyaki mendera anaknya hingga meninggal dunia sebelum menanam mayat kanak-kanak itu berhampiran sebuah tempat riadah, di sini bagi menyembunyikan perbuatannya, semalam.
Perbuatan kejam suspek itu terbongkar selepas polis menerima aduan isteri suspek pada Jumaat lalu memaklumkan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun didera oleh suaminya.
Anak Keadaan Lemah & Keluar Darah
Isteri suspek yang juga seorang warga asing berusia 41 tahun membuat laporan selepas mendapati anak yang berusia sembilan tahun dalam keadaan lemah dan darah keluar dari mulutnya sebaik pulang bekerja kira-kira jam 7 malam, Jumaat lalu.
Kejadian berlaku di kediaman keluarga itu di Jalan Pudu di sini, dan pengadu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan mendakwa suaminya ada memukul anaknya itu kira-kira jam 12 tengah malam pada hari kejadian.
Sebaik menerima aduan, sepasukan anggota polis bersama pengadu ke rumah suspek untuk mengambil anaknya yang ditinggalkan namun anak serta suaminya tiada di rumah.
Berikutan itu, pihak polis menjalankan usaha mengesan suspek sebelum dia berjaya dikesan dan ditangkap di Jalan Pasar Pudu di sini, semalam.
Mengaku Tanam Mayat Anak Tepi Jalan
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya,, hari ini mengesahkan kejadian dan memaklumkan suspek, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Katanya, hasil soal siasat ke atas suspek yang juga seorang penganggur, mengaku menanam mayat anaknya di tepi jalan Taman Dusun Bandar, Jalan Bellamy di sini.
Suspek kini direman tujuh hari dan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Noor Dellhan meminta orang ramai terutama ahli keluarga atau jiran supaya sentiasa peka dan segera melaporkan sebarang kes dera yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga atau jiran masing-masing.
Alhamdulillah… Doa di bulan puasa mustajab akhirnya semalam bayi kena culik dah dijumpai tapi sampai lembik bayi 17 bulan ini diikat. Cuba bayangkan anak sekecil ni, kena ikat, lapar susu lepas tu nyamuk, semut dan spesies kerengga banyak di pokok.. Allahuakbar!
Namun semalam pihak keluarga mengesahkan bayi perempuan berusia 17 bulan, Nur Aisyah Hasmizan yang dibawa lari oleh individu tidak dikenali dari rumah keluarganya di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap, Muar berjaya diselamatkan oleh pihak polis dan kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Lelaki terbabit ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor dan Polis Daerah Muar di sebuah rumah kongsi di Kampung Bukit Treh kira-kira jam 9 pagi tadi bersama-sama dengan sebuah telefon bimbit yang turut dilarikan dalam kes berkenaan.
Hasil penahanan suspek dan soal siasat yang dilakukan kemudiannya membawa kepada penemuan bayi perempuan berkenaan di satu kawasan belukar kira-kira satu kilometer dari rumah keluarga mangsa kira-kira jam 3.45 petang.
Pihak polis juga masih melakukan siasatan menyeluruh terhadap kes terbabit. Kes disiasat mengikut Sekyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Sekyen 457 kanun yang sama kerana pecah masuk kediaman.
Luahan Dari Pihak Ibu Mangsa
Dalam keadaan sedih, ibu mangsa, Diela Yusofe menghargai orang ramai yang mendoakan anaknya dan atas usaha PDRM cekap mengambil tindakan sampai anaknya dijumpai semula semalam…
Assalamualaikum
Kepada semua warga malaysia terima kasih atas doa kalian. Terima kasih sangat-sangat untuk skuad #PDRM dari semua unit dia atas segala tindakan anda. Alhamdullilah aisya selamat walaupun muka beliau teruk.
Tak pe kita boleh rawat ya sayang. Nanti aisya comel semula, saya tak sempat balas kesemua komen dari anda, PM dari anda kerana terlalu banyak.
Terima kasih pada semua yang membantu. Buat kesemua customer saya hp saya masih tidak ditemui dan segala detail anda saya tiada. Tapi kesemua barang saya memang dah pos..kepada customer biskut saya insyaah saya usahakan sebelum raya untuk hantar. Harap faham keadaan saya sekeluarga di duga sebegini.
Kepada semua mohon terus berdoa untuk aisya kembali sihat, beliau masih dalam trauma.
Kalau ikutkan memang rasa geram bila tengok keadaan anak kecil itu yang dah digigit serangga, kasihan yang amat! Namun apa pun, syukur Alhamdulillah sebab bayi kecil itu dah dijumpai. Moga anak kecil itu cepat-cepat sihat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Akhiri zaman ibu tunggal, Natasha Hudson nikahi sahabat lama. Tahniah diucapkan buat pelakon dan usahawan Natasha Hudson yang telah menamatkan zaman ibu tunggalnya dengan Muhammad Harits Jasmin atau lebih dikenali dengan nama Jay Jasmin.
Akhiri Zaman Ibu Tunggal
Pasangan tersebut telah bernikah pada 27 Mac lalu kemudian diraikan dalam majlis santai di kediaman ibu Jay di Bangi.
Pemilik nama penuh Natasha Liana Hudson telah menerima mas kahwin RM300 selain bertukar dulang hantaran.
Natasha akui Jay merupakan kenalan lamanya. Malah ikatan cinta yang dibina juga tidak lama.
“Dia kenalan lama saya. Kami pun tak nak bercinta lama.
“Keluarga sudah saling mengenali. Kami putuskan untuk mempercepatkan perkara baik ini.
Pilih Tidak Berada Dalam Kehidupan Silam
“Satu perkara biarpun saya pernah melalui fasa hidup berumah tangga sebelum ini, dia sangat memahami. Saya pun memilih untuk tidak berada dalam kehidupan silam.
“Moga ikatan ini akan menuju ke satu pengakhiran yang baik. Insya-Allah,” ungkap Natasha yang turut memiliki hobi yang sama dengan suami tercinta.
Suami Rakan Niaga
Menerangkan bakal menetap di Langkawi, Natasha terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur.
“InsyaAllah selepas ini, sekitar minggu depan, kami akan pulang ke sana.
“Saya juga akan terus menetap di sana. Cuma anak saya tak ikut kerana bersekolah di ibu kota.
“Hujung tahun lalu, saya ke Pulau Langkawi kerana menguruskan urusan pembukaan pusat memanah. Suami pula mengendalikan perniagaan luncur ombak di sana.
“Akhirnya kami jadi rakan perniagaan dalam usaha menjadikan pulau pelancongan di Kedah itu sebagai tarikan.
“Kini, kami jadi teman sehidup semati pula.
“Saya pun nak kena pastikan urusan perniagaan menerusi pusat memanah di Langkawi terus berkembang,” kongsi Natasha.
Menyentuh tentang cahaya mata baik suami dan Natasha hanya berserah. Untuk rekod Natasha sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Biasanya Tikus Belanda atau lebih dikenali sebagai ‘Guinea Pig’ dijadikan sebagai binatang peliharaan kerana kecomelannya. Namun siapa sangka, di Ecuador haiwan ini turut dijadikan sebagai salah satu perisa aiskrim dan jualannya paling laris!
Aiskrim Perisa Tikus Belanda
Seorang wanita, Mara del Carmen Pilapana menjual aiskrim unik berperisa tikus belanda. Aiskrim haiwan yang dikenali penduduk tempatan sebagai ‘cuy’ itu dijual pada harga AS$1 (RM4.20).
Cuy biasanya dimasak sebagai hidangan tradisional oleh penduduk negara Amerika Latin termasuk Colombia, Peru dan Bolivia.Di Ecuador, tikus belanda dimasak dengan garam bersama hidangan kentang dan sos kacang.
Bagaimanapun, Pilapana mencuba sesuatu yang baharu dengan menjadikan daging tikus belanda sebagai aiskrim.Dia menghasilkan perisa unik itu dengan memasak dan menyediakan pes daripada daging tikus belanda, yang rasanya dikatakan menyamai daging ayam,” lapor akhbar The New York Post.
Produk Paling Laris
“Keluarga dan suami saya sendiri menganggap saya gila. Mereka tidak fikir sesiapa pun akan sukakan aiskrim ini tetapi sekarang ia produk kami yang paling laris,” kata Pilapina.
Perniagaan kecilnya cuma menggunakan dua buah meja di tempat terbuka bersebelahan beberapa klinik gigi dan kedai. Setiap minggu, Pilapina akan menyediakan 150 hidangan aiskrim tikus belanda.
Ibu kepada tiga anak itu hilang pekerjaan sebelum mula menghadiri kelas latihan untuk usahawan. Selepas enam bulan menguji perisa yang sesuai, dia mula menjual beberapa jenis aiskrim sejak awal bulan lalu.
Selain menghasilkan aiskrim perisa tikus belanda, wanita ini turut menjual aiskrim perisa kumbang dan cendawan, yang kebiasaannya dimakan sebagai snek masin oleh penduduk tempatan. Malah dalam fikirannya turut merancang untuk menghasilkan aiskrim perisa baru seperti ketam, ayam dan khinzir.
MW: Memang luar biasa perisa aiskrim yang wanita ini jual. Berani mencuba daripada luar kebiasaan.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...