Probiotik Baik Untuk Usus, Cara Mudah Buat Sendiri YOGURT Lebih Sihat & Jimat! Pengambilan yogurt setiap hari sangat baik untuk kesihatan tubuh. Berbanding beli yogurt yang ada di pasaran, ada baiknya buat sendiri yogurt di rumah. Mudah je untuk membuatnya, malah lebih sihat dan jimat.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Kasyifah Ibrahim ini sebagai rujukan.
JOM BUAT YOGURT SENDIRI, GUNA 3 BAHAN JE
Asal pegi mall je anak anak borong air vitagen, air yogurt, yogurt dan macam macam lagi jenis makanan minuman yang berasaskan yogurt.
Tapi mak mak, kadang risau kan..jumlah gula yang terlalu tinggi tu. Duit pun banyak jugak ni keluar untuk beli semua tu. Boleh pokai camni.
Jadi..jom syifa kongsikan dengan semua macamana cara buat yogurt sendiri kat rumah. Insyallah lebih sihat dan lebih jimat yang penting kalau buat dengan kasih sayang, boleh beri kesan yang lebih baik untuk keluarga kita.
Antara kebaikan yogurt ialah:
1. Mengandungi probiotik baik untuk usus. Bantu dalam proses pencernaan
2. Mengandungi banyak nutrien yang tinggi khasiat
3. Baik untuk tulang. Menguatkan tulang
4. Bagus untuk menjaga berat badan, kawal selera makan, kenyang lebih lama
5. Bagus untuk kulit, kurangkan pori di muka,
6. Protein tinggi
Bahan-Bahan Diperlukan:
4 Liter Susu Fresh
(Syifa guna jenama farm fresh. Boleh guna berapa bnyk pun korang nak guna. Syifa buat 4 liter. Sebab anak anak memang hari hari makan yogurt)
1 botol kecil Yogurt asli sebagai starters.
(Syifa guna jenama dutch lady low fat perisa asli)
4-5 biji Limau nipis
Cara Membuat:
1. Jika susu dan yogurt ada dalam peti ais, bawak keluar dulu..biar sama suhu dekat luar.
Ads
2. Kemudian panaskan susu, jangan sampai menggelegak.
3. Syifa guna susu fresh dari farm fresh. Untuk ibu yogurt, atau starter, syifa guna dutch lady low fat yogurt yang tak ada perisa ye.
4. Agak-agak susu dah suam suam tu, bila titik kat tangan tak sakit, boleh matikan api. Kacau kacau bagi hilang panas pastu boleh masukkan yogurt starter. Kultur hidup dalam tu boleh mati kalau susu panas. Jadi make sure sblum letak yogurt, susu tak panas sangat.
5. Lepas tu, perah limau nipis 5 biji untuk 2 botol besar susu.
Ads
6. Kacau pelan-pelan. Then boleh tuang dalam botol yang sama.
7. Bungkus dan peram dalam 8 jam, dalam suhu bilik. Lepas 8 jam boleh letak dalam freezer.
8. Bila nak makan, boleh makan camtu je, atau boleh campur dengan apa-apa. Syifa pernah buat sos strawberry tanpa gula, campur dengan avocado dan macam-macam buah lagi boleh mix.
Ads
9. Kalau nak buat jadi air yogurt, tambah air sikit, boleh letak sunquic ke, rebina ke ikut creativiti sendiri.
Bila dah jadi mak-mak ni segalanya nak kena cepat, mudah dan paling penting jimat masa baik nak uruskan anak-anak dan rumahtangga, mahupun nak buat kuih raya! Jika pernah buat kuih siput, bahagian yang paling ‘renyah’ nak buat ialah bab menggentel tepung kecil-kecil untuk dijadikan ‘siput’ sebelum digoreng.
Menerusi perkongsian Nana Ereena ini cara senang dia buat ‘kuih siput’ ekspress dengan menggunakan pasta je. Siap buat jual! Tak perlu gentel tepung, pastanya pula tak perlu direbus.
Berikut antara perkongsiannya:
“Kuih raya pertama ku yang paling senang di abad ini.Dah siap kena sorokkan kalau tak sekejap licin”
Pasta Crispy Black Pepper / ‘Kuih Siput’ Ekspress
Bahan-Bahan:
Makaroni/spiral/small shell (saya pakai ketiga-tiganya)
Tepung bestari @ pilihan anda
Daun kari
Serbuk Lada Hitam
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1.Masukkan makaroni/spiral/small shell dalam tapis. Lalukan bawah air paip. Cuci bersih.
2.Masukkan dalam mangkuk dan tuangkan tepung bestari. Kuantiti agak-agak lah ye.Asal melekat dekat makaroni/spiral/small shell tu.Kalau tak lekat tambah air sikit.
3.Gaul sebati.
4.Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan dengan daun kari.
5.Angkat dan toskan. Gaulkan dengan black pepper.Siap.
Siap! Selamat mencuba!
Senang sanang kan, mak-mak bolehlah cuba untuk kudap-kudapan masa raya nanti.Gerenti laku keras!
Kek buah boleh dikukus atau pun dibakar. Terpulang pada cita rasa si pembuatnya. Namun, ramai juga yang gemar ia dikukus. Kata mereka, kek ini lebih moist (lembap) bila dikukus berbanding dibakar di dalam oven. Sekali lagi, selera masing-masing.
KEK KUKUS ATAU BAKAR
Hari raya Aidiladha tak lama lagi. Mungkin ada yang rancang nak buat kek buah. Boleh cuba kek buah kukus yang pakai sukatan cawan. Jadi, yang tak ada penimbang di rumah, jangan risau. Guna cawan je.
Kek buah lembap ini, makin lama dikukus, ia akan jadi tambah moist dan sedap! Selain itu, perisa oren boleh diganti dengan oren sunquick. Selamat mencuba!
1 cawan buah-buahan kering 1 cawan kismis 1 cawan mentega/marjerin 1 cawan gula pasir 1/3 cawan air panas 2 1/2 cawan tepung gandum 1/2 sudu teh soda bikarbonat 1/2 sudu teh baking powder 1 sudu makan cuka makan 1/2 sudu teh esen vanilla 1/2 sudu teh perisa oren (optional) 3 biji telur
JOM IKUTI CARA MEMBUAT KEK BUAH KUKUS:
Cuci 1 cawan buah-buahan kering dan 1 cawan kismis kemudian rendam dengan air biasa selama 15 minit. Ayak 2 ½ cawan tepung gandum bersama ½ sudu teh baking powder dan ½ sudu teh soda bikarbonat. Toskan air buah-buahan kering dan kismis yang telah direndam tadi. Masukkan 1 cawan gula pasir ke dalam kuali dan buka api kecil.
Biarkan sehingga separuh daripada gula menjadi perang, barulah masukkan 1/3 cawan air panas. Bila gula dah cair sepenuhnya, masukkan 1 cawan mentega dan buah-buah kering tadi. Kacau sedikit dan biarkan selama 5 minit. Selepas 5 minit, kacau rata semua bahan dan tutup api.
Lepas tutup api, boleh terus masukkan tepung yang telah diayak tadi dan kacau hingga sebati. Masukkan 1 sudu makan cuka makan dan kacau lagi.
Kemudian pukul 3 biji telur sehingga sedikit berbuih. Masukkan telur ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan ½ sudu teh perisa oren dan ½ sudu teh esen vanila. Kacau hingga sebati.
Sediakan loyang, guna yang saiz 7” x 7”. Lenser dengan butter dan alaskan dengan baking paper.
Masukkan dengan senduk dan ratakan adunan sehingga ke tepi loyang. Balut loyang dengan plastik food wrap supaya nanti air kukusan tak menitis ke ata kek.
Kukus dengan api sederhana selama 2-4 jam. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Kek buah yang dikukus lebih lama akan lebih moist. Siap!! Boleh lah bawa balik sebagai buah tangan pada hari raya haji nanti. 🙂
Roti boleh dikatakan ‘benda’ wajib ada di rumah. Kadang kala tak perasan tarikh tamat tempoh dah dekat, mula lah kalut nak habiskan roti segera. Sayang kalau dibuang begitu sahaja, mak-mak boleh cuba resipi roti sardin celup tepung ini. Gerenti cepat je licin, anak-anak pun pun suka.
Berikut perkongsian resipi oleh Puan Masni Bahari sebagai rujukan;
“Hampa..roti kalau nak abih tarikh hampa jangan dok kalot nak buang na..mai akak ajaq hampa buat roti sardin celop tepung..”
Bahan-Bahan Diperlukan :
Sardin
Roti
(Bancuhan Tepung)
1 cawan Tepung beras
1 cawan Tepung jagung
1 sudu kecil Soda bikarbonat
1 sudu kecil Baking powder
sedikit Garam
Cara Membuat:
1.Bancuh kesemua bahan dengan air. Jangan pekat dan jangan terlalu cair sangat.
* Kalau buat roti celup tepung, bancuh tepung dahulu, sebab lagi lama biar lagi elok dia jadi.
2. Tumis sardin dengan cili, baru pedas sikit.
3. Sumbat dulu inti sardin baru kelim dengan kelim karipap. Sumbat isi penuh, jangan risau, kalau goreng takkan terkeluar intinya.
4.Lepas dah kelim, boleh lah celup dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keperangan.
Siap! Selamat Mencuba!
MW: Menarik idea ni, sesuai untuk buat hidangan minum petang atau sarapan pagi. Jadi bila ada banyak roti lebih dekat rumah tu lebih-lebih dah nak tamat tempoh, boleh cuba resipi ini. Gerenti cepat habis licin, anak-anak makan.
Che Ta pilih rahsiakan identiti bakal menantu apabila anak sulungnya, Ammar Effendy, selamat bertunang dalam majlis sederhana yang penuh bermakna. Pelakon jelita itu memilih untuk tidak mendedahkan wajah tunang anaknya demi menjaga privasi keluarga.