Pernah Berkahwin & Berpisah, Takdir Jodoh Cinta Berputik Kembali Selepas 44 Tahun! Sesungguhnya ajal, maut dan urusan jodoh adalah ketentuannya. Siapa sangka hubungan perkahwinan yang pernah terlerai dahulu, kini bertaut kembali pada usia emas.
Hubungan Mustafa Mohd Akhir dan Zainon Mohd Yusof pernah kecundang di pertengahan jalan 44 tahun lalu namun jodoh menyatukan semula mereka sebagai suami isteri walaupun usia kedua-duanya sudah mencecah lebih separuh abad.
Mustafa, 70, dan Zainon, 60, diijabkabulkan sebagai suami isteri dalam satu majlis akad nikah di rumah mereka dekat Kampung Parit Lima di sini pada 29 April lalu.
Kisah penyatuan mereka mendapat perhatian selepas Suzana Sueb, 41, iaitu anak Zainon Mohd Yusof hasil perkahwinannya dengan suami terdahulu memuat naik video di TikTok.
Perkahwinan Bertahan 3 Tahun
Bercerita lanjut, Mustafa berkata, dia kali pertama berkahwin dengan Zainon ketika berumur 23 tahun.
Ads
Manakala, Zainon ketika itu berumur 13 tahun namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun saja sebelum berpisah dan tidak dikurniakan cahaya mata.
“Kami tak bergaduh dan berpisah dulu pun secara baik, malah reda kerana jodoh setakat itu saja.
“Selepas berpisah, kami tak berhubung dan saya berkahwin lagi pada tahun 1980 kemudian dikurniakan 13 anak namun ditakdirkan isteri meninggal sembilan tahun lalu (2014).
“Jadi sejak itu, saya menduda manakala isteri sekarang pernah berkahwin pada 1978 dan dikurniakan enam anak sebelum suaminya meninggal dunia, Ogos tahun lalu.
“Ditakdirkan, kami berjumpa secara kebetulan pada Disember tahun lalu dekat kedai makan di Jitra, Kedah dan itu titik permulaannya kami berhubung semula,” katanya.
Jodoh Usia Emas
Menurut Mustafa, mereka pada awalnya sekadar berhubung menerusi telefon untuk bertanya khabar satu sama lain.Tanpa disangka, kemesraan dan cinta antara mereka berputik semula hingga sepakat untuk mendirikan rumah tangga.
Ads
“Waktu jumpa, saya tak ambil nombor telefon isteri pun, tetapi cuba minta daripada ibu saudara yang ada bersama ketika pertemuan berkenaan.
“Oleh kerana kerap berhubung, timbul rasa sayang dan akhirnya saya luahkan perasaan kemudian beritahu hasrat untuk melamarnya.
“Kami tak berbincang sesama kami saja, tetapi tanya juga pandangan anak-anak dan Alhamdulillah, tiada halangan daripada kedua belah pihak malah mereka gembira.
“Jujurnya, saya tiada niat nak kahwin lagi kerana sedar umur sudah berapa, tetapi kita hanya merancang dan mungkin Allah sudah tentukan dia jodoh saya awal dan akhir,” katanya.
Sementara itu, Zainon juga tidak menyangka akan berkahwin semula kerana tidak fikirkan soal jodoh pada usia emas namun dia mengakui gembira dengan perkahwinan itu.
Diam tak diam dah 11 tahun arwah ayah penyanyi tersohor nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin meninggalkan anak kesayangannya ini. Sejak dulu, Siti Nurhaliza ini cukup rapat dengan arwah abah nya.
Pemergian Allahyarham Tarudin Ismail pada usia 67 tahun disebabkan komplikasi jantung dan sakit buah pinggang yang dialaminya.
Terbaru menerusi instagramnya, anak bekas polis ini berkongsi kisah senda gurau dirinya dengan arwah ayah tercinta.
Gurau Allahyarham suatu ketika dulu, semasa hayatnya masih ada, kesedapan suara anaknya itu sebab makan ikan yang selalu dipancingnya. Biarpun, Siti Nurhaliza tahu yang ayahnya bergurau, namun dia tetap percaya akan kebenarannya.
Lagi-lagi, ikan-ikan itulah lauk untuk mereka anak beranak. Biar pun diuji, kehidupan serba sederhana, mereka sekeluarga tak pernah lupa untuk terus BERSYUKUR.
Gurau Arwah Abah, Suara Siti Nurhaliza Sedap Makan Ikan Dia Pancing
Al fatihah buat Ayahnda tercinta ..
Arwah abah pernah bergurau dengan saya.. katanya, kalau orang tanya macamana suara Ct sedap? bagitau depa sebab Ct selalu makan ikan abah pancing.
Itulah Arwah Abah, insan yang suka bergurau. Tapi sememangnya betul, lauk saya makan dulu, kebanyakkannya memang ikan yang arwah abah pancing.
Itulah rezeki untuk anak anak… nak makan ayam atau daging tunggu dapat gaji, baru boleh enjoy lebih skit.. gaji RM700 untuk 7 anak bersama isteri tercinta.. Tapi bila bersyukur, Allah SWT bagi lebih.. itu menjadi pegangan saya.. Bersyukur, Bersyukur & Bersyukur.
Barangkali sebab BERSYUKUR inilah biarpun sudah 24 tahun dalam industri seni, namanya terus unggul di persana seni tanahair.
Terbaru, buah hati kesayangan Malaysia ini melancarkan album terbarunya, ManifestasiSITI2020.
Beli rumah cara orang Cina, elakkan ‘zero downpayment’. Sebenar ramai yang nak bebas hutang. Hutang paling banyak adalah hutang rumah.
Hidup berhutang memang tidak seronok apatah lagi jika anda berhutang dengan bank. Sudahlah berhutang dengan bank, tempoh bayaran balik hutang itu juga sangat panjang. Ada orang yang tempoh hutangnya 35 tahun, ada yang 30 tahun.
Sememangnya membeli rumah bukanlah satu perkara yang mudah. Hanya mereka yang pernah beli rumah ketahui betapa lama dan sukarnya proses itu.
Beli Rumah Cara Orang Cina, Elakkan ‘Zero Downpayment’ “
Menerusi Facebook Bebas Hutang, berkongsi cara masyarakat Cina melangsaikan hutang mereka. Menurut catatan, orang Cina membayar downpayment besar dan menyelesaikan tempoh perjanjian hutang yang pendek. Sememangnya cara ini amat sesuai bagi mereka yang benar-benar hendak selesaikan hutang dengan cepat agar ringan memikul komitmen besar ini.
Ikuti MISI BEBAS HUTANG cara ini;
“LOAN RUMAH CARA ORANG CINA
Cth dari gambar
Rumah 500K
Interest 400K
Total loan 900K
🔥🔥🔥🔥
Beli rumah cara orang Cina
Downpayment 40% iaitu 200K, tempoh loan 15 tahun. Pinjaman bank 300K shj.
Downpayment 60% iaitu 300K, tempoh loan 10 tahun. Pinjaman bank 200K shj.
KONSEP LOAN RUMAH ORG CINA
🔼 DOWNPAYMENT BESAR
🔽 TEMPOH LOAN RUMAH PENDEK 10-15 TAHUN SHJ
🔽 KURANGKAN BAYAR INTEREST
Tak ramai orang Melayu Islam yg mampu buat camni. Betul tak? 😬
Its okay.
Ambil konsep dahulu.
Jika tak boleh apply 100%, kita apply 50% dulu.
#NotaHutang
Terima info sebegini sebagai ilmu baru yg mungkin akan memberi manfaat di masa hadapan.
So next time, nak beli kereta atau rumah, kita jadikan habit utk letak downpayment besar dan tempoh loan pendek.
Dan kita elakkan dari zero downpayment atau 10% downpayment. Usahakan utk letak 20-40% downpayment. Perghhh tetiber rasa berpeluh dahi ni… 😅
Benda ni nampak macam susah mcm impossible macam tak logik sebab ini bukan budaya orang MELAYU orang ISLAM. Benda baru memang susah nak hadam.
Kepada anak-anak muda yg plan nak beli kereta atau rumah, pasang azam utk letak downpayment tinggi dan tempoh loan pendek !!!!
CONTOH:-
▶️ KERETA 50K.
Downpayment 30% iaitu 15K.
Pinjaman bank 35K
Interest 5% (andaikan)
Tempoh loan 5 tahun.
(Jangan tarik tempoh loan max 9 tahun).
Bulanan = RM700
RM700 x 5 tahun = 42K
Pinjaman 35K
Interest 7K
Hokay…
Jika rasa bulanan masih mahal.
Itu tandanya mungkin gaji kita mmg kecil dan kita kena downgrade kereta kecil yg murah sikit dlm 30-40K. Eerrrr…
#PS
Adjust lah apa yg patut ikut selera masing-masing. Bukannya ada org letak parang kat leher anda dan paksa kalian telan boolat-boolat apa yg dikongsikan di sini.
Cara ini – downpayment besar, tempoh loan pendek – hanya sesuai utk mereka yg mmg nak cepat-cepat buang beban hutang di bahu.
Ehhh mana nak cariiiii DOWNPAYMENT BESAR mcm tu????
Yeaaa anda kena berjimat.
Anda kena stop shopping benda baru, gunalah apa yg ada utk seketika.
Anda kena ada habit menyimpan duit.
Anda kena cari duit ekstra, kerja atau bisnes parttime, duit gaji partime masukkan ke tabung downpayment anda.
Duit bonus jgn usik. Masukkan ke tabung downpayment anda.
So awal-awal mungkin anda kena naik motor atau public transport 1-2 tahun utk penuhkan tabung downpayment 15K ini.
Yeaa ambil ilmu dan adjust lah apa yg patut,” kongsinya.
Macam-macam cara boleh digunakan untuk meluahkan kegembiraaan atas kelahiran anak tersayang. Kreatifnya seorang ayah dalam mencipta kelainan sempena meraikan kelahiran anaknya yang diberi nama Jowan dua minggu lalu dengan membuat karipap bersaiz gergasi.
Menurut Metro.uk, Tim Fuge, 33, dari Liskeard, Cornwall England mengambil masa dua jam setengah untuk menyiapkan karipap berinti hirisan daging, bawang dan kentang.
Bapa kepada tiga anak ini mencari resipi dan kaedah pembuatan karipap berkenaan di internet dan berjaya menghasilkan kuih seberat 2.8 kilogram, sepanjang 50 sentimeter bersamaan saiz ukuran anaknya.
“Saya menambah semua ramuan dan bahan-bahan pada alat penimbang, sehingga mencapai berat bayi ketika dia dilahirkan,” ujar Tim
Kata Tim lagi, mereka membuat keputusan untuk membuat pastri kerana kedai pastri kegemaran mereka tutup kerana Perintah berkurung. Malah baginya cabaran paling sukar ketika menyiapkan kuih itu ialah mendapatkan dulang bersesuaian untuk saiz karipap berkenaan.
Luang Masa Bersama Anak-Anak
Tim yang bekerja sendiri berada di rumah dan meluangkan masa bersama anak-anak selepas kerajaan mengarahkan rakyatnya berada di rumah ketika wabak koronavirus (Covid-19) melanda dunia.
“Sebelum ini, saya tidak mempunyai masa untuk memasak dan kini berpeluang menghabiskan banyak masa dengan anak-anak.”
“Saya cuba ketepikan memikirkan mengenai masalah kewangan, malah menikmati saat-saat gembira yang saya tak pernah terfikir ada ketika bersama anak-anak.”ujarnya.
Dalam pada itu, isterinya Jen, 32, bersama dua anak lelaki mereka Aiden dan Rory masing-masing berusia empat dan dua tahun begitu teruja melihat karipap saiz gergasi.
Tim sekeluarga berjaya menghabiskan karipap selepas 19 jam kemudian.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...