Jodoh Masih Panjang, Linda & Beego Bercerai 2 Minggu, Rujuk Semula Dalam Tempoh Iddah. Lumrah asam garam dalam rumahtangga pasti ada pasang dan surutnya. Demi perasaan sendiri dan kasihkan anak-anak, pasangan selebriti Linda Hashim dan Beego berusaha menyelamatkan rumahtangga mereka yang telah 10 tahun dibina kembali.

Pelakon Linda Hashim, 39, dan suaminya juga pelakon Beego, 43, mengesahkan pernah bercerai pada 27 Mac lalu, namun jodoh masih panjang apabila rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April lalu.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim berkata, perceraiannya dan suami itu berlaku disebabkan tiada persefahaman, selain kurang berkomunikasi.

“Perceraian kami bukan disebabkan oleh penyondol (orang ketiga). Begitu juga, bukan kerana masalah kewangan sebagaimana dihadapi pasangan lain.

“Macam yang saya katakan, kami memang berhadapan masalah persefahaman dalam komunikasi. Ia berpunca, mungkin kerana banyak perkara yang masing-masing pendam di dalam hati sebelum ini,” katanya.

Jodoh Masih Panjang, Linda & Beego Bercerai 2 Minggu, Rujuk Semula Dalam Tempoh Iddah

Batalkan Tuntutan Nafkah & Hak Penjagaan Anak

Terdahulu, Linda hadir bersama Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Sementara itu, Beego berkata, apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka adalah asam garam dalam perhubungan setiap pasangan suami dan isteri berkahwin.

IKLAN

“Saya percaya, setiap pasangan yang berkahwin akan berhadapan ujian-ujiannya. Lima tahun awal (berkahwin) diuji dengan persefahaman dan untuk 10 tahun perkahwinan pula diuji perkara lain.

“Apapun, saya bersyukur kami boleh berbaik semula dalam tempoh yang singkat dan dapat menyelamatkan rumah tangga semula demi perasaan kami dan anak-anak,” katanya.

Jodoh Masih Panjang, Linda & Beego Bercerai 2 Minggu, Rujuk Semula Dalam Tempoh Iddah

Tidak Kongsi Masalah Rumahtangga

Beego berkata, dia dan isterinya selama ini tidak berkongsi paparan kisah kehidupan mereka dalam media sosial. Bagaimanapun, dia tidak menduga masalah rumah tangga dan perceraian diketahui media.

IKLAN

“Saya terkejut kedatangan kami ke mahkamah pagi ini diketahui media. Ini kerana, saya berusaha menyembunyikan kisah rumah tangga kami kerana melihat ramai pasangan selebriti kini berhadapan masalah rumah tangga,” katanya.

Dikurniakan 3 Cahaya Mata

Terdahulu, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.

Jodoh Masih Panjang, Linda & Beego Bercerai 2 Minggu, Rujuk Semula Dalam Tempoh Iddah

Sebelum ini melaporkan seorang pelakon wanita turut berdepan masalah rumah tangga dan secara diam-diam hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 18 April lalu bagi menyelesaikan masalah rumah tangga dengan suaminya.

IKLAN

Mesti Baca:Ashira & Bad Indigo Bercerai Namun Kekal Berkawan, Warganet Doakan “Semoga Diberikan kekuatan Buat Keduanya”
Baca Lagi Di Sini:Lesti Kejora Dikatakan Hamil Anak Kedua Usai “Rujuk” Semula, Lupakan Kisah Dipukul Separuh Nyawa
Artikel Menarik:Tidak SAH Isteri Berkahwin Lain Bila Suami Lafaz Rujuk Dalam Tempoh Iddah

Mingguan Wanita: Alhamdulillah masih panjang jodoh pasangan ini. Semoga lebih bahagia, saling bertoleransi dan berusaha mempertahankan perkahwinan yang dibina.

Sumber: Bharian

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI