Ads

Masa Sibuk, Masa Tu Lah Nak Period: 10 Tips Mudah Supaya Sentiasa Bersedia

period

Masa Sibuk, Masa Tu Lah Nak Period: 10 Tips Mudah Supaya Sentiasa Bersedia

period
Corn Pad keluaran Blood dicipta dengan corn topsheet yang direka supaya lembut, breathable dan mesra kulit

Entah kenapa, period ni kadang-kadang memang ‘pandai’ pilih masa. Hari yang biasa-biasa?

Tak muncul pula.

Tapi masa jadual penuh dengan meeting, kena ambil anak, nak travel, ada kenduri atau tengah rushing dari satu tempat ke satu tempat, masa itulah tiba-tiba kita rasa, “Eh… janganlah sekarang.”

Kita mungkin tak boleh tentukan bila period mahu datang, tapi kita boleh pastikan diri lebih bersedia supaya tak perlu kelam-kabut bila ia muncul pada hari yang paling sibuk.

Ini 10 cara mudah yang boleh membantu!

  1. Simpan pad di lebih daripada satu tempat

Jangan bergantung pada satu handbag saja. Simpan beberapa pad dalam beg kerja, kereta, pouch harian atau laci pejabat supaya sentiasa ada backup jika period datang lebih awal daripada jangkaan.

Benda kecil macam ini boleh menyelamatkan kita daripada terpaksa mencari kedai serbaneka ketika rushing.

2. Sediakan mini “period emergency kit”

Satu pouch kecil pun dah cukup.

Isi dengan pad, seluar dalam tambahan, tisu dan beg kecil untuk menyimpan pakaian jika perlu. Bila semuanya berada di satu tempat, kita tak perlu geledah satu handbag semasa kelam-kabut!

3. Ambil tahu kitaran period

Tak semestinya perlu tepat 100 peratus.

Cukup sekadar tandakan anggaran tarikh period dalam kalendar atau aplikasi. Bila dah hampir waktunya, kita boleh mula bawa stok tambahan, terutama kalau minggu tersebut memang penuh dengan meeting, travel atau acara penting.

Ads

4. Jangan tunggu saat terakhir sebelum perjalanan panjang

Kalau dah tahu selepas ini kena memandu jauh, naik train atau masuk meeting yang lama, ambil masa sekejap untuk ke tandas terlebih dahulu.

Kadang-kadang persediaan paling simple sebelum hari jadi hectic, boleh elakkan banyak masalah kemudian.

5. Simpan seluar dalam tambahan

Ini antara benda yang kita selalu fikir tak perlu… sampailah hari kita benar-benar memerlukannya.

Ia hampir tak mengambil ruang dalam beg tapi boleh beri ketenangan terutama pada hari-hari awal period atau jika aliran datang lebih awal daripada biasa.

6. Pilih period care yang praktikal untuk rutin sebenar

Untuk wanita yang sentiasa bergerak, period care bukan sekadar soal “pakai pad dan sambung hidup”.

period
Jalani hidup ceria dengan penggunaan pad ini. Period lebih mudah diurus dengan Blood Corn Pad Mudah Dicuci

Keselesaan, material, cara pad terasa pada kulit dan bagaimana ia diuruskan selepas digunakan juga penting.

Ads

Corn Pad keluaran Blood dicipta dengan corn topsheet yang direka supaya lembut, breathable dan mesra kulit!

Bila hari dah cukup sibuk, period care sepatutnya membantu memudahkan rutin, bukan menambahkan satu lagi perkara untuk difikirkan.

7. Pilih pakaian yang buat kita rasa lebih yakin

Tak bermaksud sepanjang period mesti berpakaian serba hitam.

Tapi kalau dah tahu period mungkin datang dan hari itu pula jadual memang panjang, pilih pakaian yang membuatkan kita rasa lebih selesa dan yakin. Sebab kadang-kadang stress itu bukan pada apa yang berlaku, tapi pada fikiran, “Okay tak belakang aku ni?” setiap 15 minit.

8. Jangan tunggu stok habis baru nak restock

Nampak tinggal dua keping pad, kita fikir, “Nantilah beli.” Kemudian terlupa.

period
Blood Corn Pad Mudah Dicuci kini hadir dengan varian terbaru- ekstrak daun sirih sebenar yang membantu mengawal bau sehingga 3X lebih baik.

Kemudian period datang. Kemudian barulah satu rumah kena geledah.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Cara paling mudah: bila buka pek terakhir, terus masukkan pad dalam shopping list.

9. Kenal pasti apa yang sesuai dengan rutin sendiri

Tak semua wanita mempunyai keperluan period yang sama.

Ada yang lebih pentingkan ketebalan, ada yang mencari material yang terasa lebih selesa pada kulit, dan ada yang mahukan sesuatu yang lebih praktikal untuk rutin harian.

Blood sendiri mencipta produknya untuk wanita moden yang tak mahu period menghalang kehidupan harian, termasuk ibu-ibu multitasking, wanita berkerjaya, ataupun gadis-gadis yang baru mula bekerja.

Jadi tak salah untuk cuba dan kenal pasti apa yang paling sesuai dengan tubuh dan gaya hidup sendiri.

10. Period Lebih Praktikal Dengan Blood Corn Pad Mudah Dicuci

Bila jadual harian memang tak pernah kosong, perkara kecil seperti period pun boleh terasa lebih mencabar daripada biasa. Sebab itu ramai wanita hari ini lebih cenderung memilih period care yang bukan sahaja selesa, tetapi juga mudah diurus!

Blood Corn Pad Mudah Dicuci kini hadir dengan varian terbaru- ekstrak daun sirih sebenar yang membantu mengawal bau sehingga 3X lebih baik, Ditambah dengan corn topsheet hypoallergenic yang lembut dan mesra kulit sensitif, ia memberi lebih keyakinan untuk wanita terus bergerak aktif, bekerja dan menguruskan rutin harian tanpa terlalu memikirkan rasa kurang selesa ketika period.

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Ainina Ahmad B

13 Tahun Ainina Ahmad B Menyepikan Diri Kerana Jaga Anak Istimewa,...

Pernah menjaga anak istimewa sehingga korbankan kerjaya lakonan, pelakon wanita, Ainina Ahmad B kini bangkit semula selepas reda dengan pemergiaan Nur Ara Elisha sekitar bulan Jun lepas.