
Ibu Aliff Daniel dan anak-anak lafaz taubat berhubung lakukan ritual agama lain, akui gagal didik anak.
Kontroversi Aliff Daniel, 21, yang sebelum ini tular melakukan ritual agama lain mengumumkan pengisytiharan taubat (Istitabah) secara terbuka hari ini. Turut melakukan pengisytiharan taubat, ibu Aliff Daniel, Rohizayanti Ramli, 52 dan adiknya, Nur Ranea Ezreen Adli, 19.
Dengan air mata penyesalan keluar selepas lafaz taubat itu, Rohizayanti mengakui adalah kelemahan dirinya dalam mendidik dan membimbing anak kandungnya, Aliff Daniel Adli, 21, sehingga terjebak dengan amalan bercanggah dengan akidah Islam.

Ibu Aliff Daniel & Anak-anak Lafaz Taubat
Memetik laporan Sinar Harian, Rohizayanti Ramli, 52, berkata, pengisytiharan taubat secara rasmi dan terbuka hari ini dilakukan atas kesedaran sendiri tanpa sebarang tekanan, paksaan, dorongan atau ancaman daripada mana-mana pihak.
“Bahawasanya saya mengakui kegagalan ini berpunca daripada kekurangan ilmu dalam diri saya, kelekaan terhadap tuntutan duniawi serta kelemahan saya dalam memantau, mendidik dan membentengi pemikiran serta persekitaran sehingga anak saya melakukan perkara bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya ketika membaca pengisytiharan taubat itu di sini pada Khamis.

Ketiga-tiga individu itu membuat pengisytiharan dan ikrar taubat secara terbuka di hadapan saksi utama iaitu Mufti Utama, Datuk Dr Anhar Opir; Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan Pengerusi Jawatankuasa Pengawalan Akidah MAIS, Datin Paduka Dr Khadijah Khambali@Hambali.
Pengisytiharan itu turut disaksikan pemerhati utama, Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Rohizayanti turut berazam untuk kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah selain membersihkan diri dan keluarga daripada sebarang amalan atau ritual yang menyeleweng.
Beliau turut berikrar meningkatkan kefahaman agama dengan menghadiri kelas pengajian yang sahih dan bertauliah bagi memperbaiki diri serta membimbing institusi keluarganya.
Rohizayanti turut bertekad membawa anaknya kembali ke pangkal jalan menerusi pendekatan rohani, kasih sayang dan kerjasama erat dengan pihak berkuasa agama.
“Saya memohon agar pihak berkuasa agama, ahli keluarga dan masyarakat dapat membimbing, memantau dan membantu saya dalam proses pencerahan dan pemulihan ini.
“Semoga ALLAH menerima taubat nasuha saya, mengampuni segala kekeliruan saya sebagai seorang ibu serta membuka pintu hidayah luas buat anak saya,” ujar beliau.
Anda mungkin berminat dengan
Ketika kontroversi Aliff Danial terjadi, bapanya ada meluahkan rasa kecewa kerana anak dan isterinya tidak mahu mendengar nasihatnya agar jangan menyekutukan Allah malah bapa bertindak keluar dan menetap di bilik seorang diri selepas anaknya itu dilihat menyekutukan Allah.

download sekarang!
