Ads

Jennifer Lawrence Kembali Sebagai Katniss Everdeen Dalam The Hunger Games: Sunrise On The Reaping

Jennifer Lawrence

Selepas lebih sedekad meninggalkan dunia Panem, pelakon Hollywood, Jennifer Lawrence, akhirnya mengesahkan kepulangannya sebagai Katniss Everdeen menerusi filem terbaharu francais The Hunger Games, berjudul The Hunger Games: Sunrise on the Reaping.

Berita ini pastinya menjadi kejutan buat peminat yang sudah lama menantikan kemunculan semula watak ikonik tersebut di layar perak.

Baca juga: Avatar The Last Airbender Bocor Di Media Sosial, Lelaki Ditahan Akses Server Secara Haram

Menerusi francais The Hunger Games, Jennifer Lawrence berjaya menghidupkan karakter Katniss, seorang gadis dari District 12 yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi melindungi insan tersayang.

Watak tersebut bukan sahaja menjadikan namanya semakin dikenali di seluruh dunia, malah Katniss turut menjadi antara karakter wanita paling ikonik dalam filem bergenre dystopia.

Jennifer Lawrence Kembali Selepas 11 Tahun

Jennifer Lawrence

Menerusi kemunculan dalam podcast Call Her Daddy bersama Alex Cooper pada 28 Oktober 2026, Jennifer mengesahkan bahawa dia kembali membawa watak Katniss dalam filem terbaharu itu.

Lebih menarik, kepulangan tersebut turut menemukan semula Jennifer dengan rakan pelakon asalnya, Josh Hutcherson dan Woody Harrelson.

Jennifer menyifatkan pengalaman kembali ke set penggambaran bersama barisan kru dan pelakon yang pernah bekerja dengannya sebagai sesuatu yang sangat emosional.

Dia turut berkongsi keterujaan dapat bertemu semula dengan Josh, yang membawa watak Peeta Mellark, serta Woody yang kembali sebagai Haymitch Abernathy.

Ads

Selepas kali terakhir muncul sebagai Katniss dalam The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 pada 2015, kemunculan semula Jennifer pastinya menghidupkan nostalgia peminat francais tersebut.

Mengapa Katniss Muncul Dalam Filem Prekuel?

Jennifer Lawrence

Menariknya, The Hunger Games: Sunrise on the Reaping bukanlah kesinambungan langsung kepada kisah Katniss.

Sebaliknya, filem ini merupakan sebuah prekuel yang membawa penonton kembali ke Panem, 24 tahun sebelum peristiwa filem pertama.

Kisahnya memfokuskan Haymitch Abernathy ketika masih muda, lakonan Joseph Zada, yang terpilih menyertai edisi ke-50 Hunger Games atau dikenali sebagai Second Quarter Quell.

Jennifer Lawrence

Edisi permainan tersebut menyaksikan jumlah peserta yang lebih ramai berbanding kebiasaan, sekali gus menjadikan cabaran untuk terus hidup semakin mengerikan.

Ads

Jadi, bagaimana pula Katniss boleh muncul dalam sebuah cerita yang berlaku jauh sebelum kelahirannya?

Kepulangannya berkait dengan bahagian epilog novel asal karya Suzanne Collins, yang membawa pembaca kembali ke zaman Katniss dan Peeta selepas peristiwa utama kisah Haymitch.

Kemunculan semula watak-watak asal ini menjadi penghubung antara kisah generasi terdahulu dengan perjalanan yang pernah diperkenalkan menerusi filem pertama.

Dari Gadis District 12 Ke Simbol Kebangkitan Panem

Untuk rekod, Jennifer Lawrence mula membawakan watak Katniss Everdeen menerusi filem The Hunger Games pada 2012.

Dia kemudian meneruskan lakonan dalam tiga filem berikutnya iaitu Catching Fire, Mockingjay – Part 1 dan Mockingjay – Part 2.

Sepanjang empat filem tersebut, penonton menyaksikan perkembangan Katniss daripada seorang peserta permainan maut kepada simbol kebangkitan dan perjuangan rakyat Panem menentang pemerintahan Capitol.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Karakter Katniss juga meninggalkan kesan tersendiri kerana keberaniannya mencabar sistem yang menindas, selain kesanggupan melindungi keluarga dan orang yang disayanginya.

Tidak hairanlah kepulangan Jennifer Lawrence sebagai Katniss menjadi antara perkara yang paling dinantikan peminat menjelang tayangan filem baharu ini.

Dunia Panem Kembali Menjadi Perhatian

Selain Jennifer Lawrence, kepulangan Josh Hutcherson dan Woody Harrelson turut menambahkan keterujaan peminat untuk menyaksikan filem ini.

The Hunger Games: Sunrise on the Reaping dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 20 November 2026.

Walaupun jalan ceritanya membawa penonton ke era yang lebih awal, kemunculan semula karakter asal membuka peluang untuk peminat melihat bagaimana kisah-kisah dalam dunia Panem saling berkait.

Buat peminat setia Katniss Everdeen, kepulangan Jennifer Lawrence pastinya menjadi momen yang dinantikan selepas 11 tahun.

Nampaknya, dunia Panem bakal kembali menghidupkan nostalgia. Persoalannya, sejauh mana kemunculan semula Katniss akan memberikan kesan kepada kisah Haymitch kali ini?

Baca juga artikel: Ikatan Terlarang Drama Astro Baharu, Kisah Cinta Rumah Tangga Penuh Pengkhianatan & Air Mata

Sumber: The Hollywood Reporter

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Aliff Daniel

Aliff Daniel, Ibu dan Adik Lafaz Taubat Terbuka

Aliff Daniel Adli bersama ibu dan adik perempuannya melafazkan taubat serta mengucapkan dua kalimah syahadah dalam Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam.