Ads

Nasihat Hakim Pada Da’i Syed, “Jangan Guna Populariti Ambil Kesempatan Pada Orang Terdesak…

da'i syed

Nasihat Hakim pada Da’i Syed, “jangan guna populariti ambil kesempatan pada orang terdesak…

Hakim Datuk Azman Abdullah yang juga Hakim Mahkamah Rayuan menasihati pendakwah selebriti Da’i Syed supaya tidak menyalahgunakan popularitinya dengan mengambil kesempatan terhadap individu yang berada dalam keadaan terdesak.

Hakim Datuk Azman Abdullahh yang mempengerusikan panel tiga hakim, berkata perbuatan mengambil kesempatan terhadap individu yang terganggu emosinya boleh mencemarkan nama baik golongan yang membawa imej agama.

“Saya ingin memberikan sedikit nasihat kepada perayu. Nasihat saya ini bukan sahaja ditujukan kepada kamu tetapi setiap hari kami menerima banyak kes melibatkan rogol, liwat dan sebagainya yang berlaku di pondok-pondok sekolah oleh tenaga pengajar dan ia memberikan imej yang buruk kepada masyarakat,” katanya.

da'i syed
Hakim menasihati Da’i Syed agar jangan guna populariti ambil kesempatan pada orang terdesak…
Nasihat Hakim Pada Da’i Syed

Sebelum itu,  Hakim Azman dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dalam keputusan majoriti 2-1 melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan merogol seorang wanita pada 2019, manakala Hakim Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid mengekalkan sabitan dan hukuman berkenaan.

da'i syed

Selepas keputusan majoriti disampaikan oleh Hakim Azman, Syed Shah Iqmal yang berada dalam kandang tertuduh dilihat menangis, manakala isterinya Hana Ismail yang berada di galeri awam juga menitiskan air mata.

Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira 1.35 pagi 11 Sept 2019, mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

renjatan elektrik

Wanita Meninggal Terkena Renjatan Elektrik Guna Kerusi Urut Di Pasaraya,...

Polis Kajang menafikan dakwaan tular seorang wanita meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika menggunakan kerusi urut di pusat beli-belah.