Ads

Demi Jaga Ibu Sakit Akibat Strok, Aisyah Tolak Peluang Jadi Guru

Jaga Ibu
Jaga Ibu

Demi jaga ibu sakit terlantar akibat strok, Aisyah sanggup tolak peluang jadi guru yang diterimanya. Ini satu kisah pengorbanan luar biasa seorang anak, yang mungkin boleh dijadikan inspirasi buat anak muda.

Demi Jaga Ibu Sakit Akibat Strok

Demi Jaga Ibu Sakit Akibat Strok, Aisyah Tolak Peluang Jadi Guru

 

Peluang membina kerjaya sebagai pendidik dilepaskan begitu sahaja apabila seorang graduan, Aisyah Ishak, 27, memilih untuk menumpukan seluruh perhatian menjaga ibunya yang terlantar akibat strok.

Keputusan itu dibuat meskipun anak kelahiran Felda Keratong 6 itu sudah memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Malah, dia pernah dipanggil menghadiri temu duga bagi jawatan guru, namun peluang tersebut terpaksa diketepikan kerana mahu berada di sisi ibunya, Basariah Husin, 64, yang memerlukan penjagaan rapi.

Ads

Aisyah berkata, ibunya mengalami strok ringan pada 2022 sehingga menyebabkan sebelah kaki wanita itu tidak lagi mampu menampung berat badan untuk berdiri.

Aisyah Tolak Peluang Jadi Guru

Demi Jaga Ibu Sakit Akibat Strok, Aisyah Tolak Peluang Jadi Guru

 

Ads

Menurutnya, tanggungjawab menjaga ibunya kini dipikul sepenuhnya selepas dua lagi adik-beradiknya yang sebelum ini bergilir-gilir membantu sudah mula bekerja.

Baginya, peluang pekerjaan masih boleh dicari pada masa hadapan, namun kesempatan berbakti kepada ibu tidak seharusnya disia-siakan.

Bagi memastikan urusan penjagaan berjalan lancar, Aisyah menggunakan beberapa peralatan khas termasuk kren pengangkat pesakit, katil beroda, kerusi roda dan tempat duduk khas orang kurang upaya (OKU) yang dipasang pada kenderaan Perodua Myvi miliknya.

Ads

Kemudahan itu sebenarnya dirancang oleh arwah bapanya sejak 2021 bagi memudahkan urusan keluarga menguruskan keperluan Basariah.

Anda mungkin berminat dengan

Demi Jaga Ibu Sakit Akibat Strok, Aisyah Tolak Peluang Jadi Guru

Bagaimanapun, bapanya meninggal dunia pada 15 Ogos lalu, sekali gus menyebabkan Aisyah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab menjaga ibu tersayang.

Ceritanya lagi, peralatan berkenaan dibeli secara berperingkat menerusi platform dalam talian dengan keseluruhan perbelanjaan dianggarkan mencecah RM8,000.

Menerusi perkongsian anak gadis ini di Utusan Malaysia, kita dapat belajar sesuatu dalam mengejar impian yang biasanya diimpikan semua orang, tetapi tetap wujud insan yang dahulukan syurganya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Ibu Aliff Daniel & Anak-anak Lafaz Taubat Berhubung Lakukan Ritual...

bu Aliff Daniel sebak mengakui kegagalan mendidik anak selepas mereka bertiga melafazkan taubat secara terbuka.