
Pernah menjaga anak istimewa sehingga korbankan kerjaya lakonan, pelakon wanita, Ainina Ahmad B kini bangkit semula selepas reda dengan pemergiaan Nur Ara Elisha sekitar bulan Jun lepas.
13 Tahun Ainina Ahmad B Menyepikan Diri Kerana Jaga Anak Istimewa

Lebih-lebih lagi apabila doktor memberitahu pembedahan tulang belakang yang dilakukan Nur Ara Elisha sebelum itu menghadirkan pelbagai komplikasi termasuk kekurangan oksigen untuk sampai ke paru-paru akibat himpitan organ tersebut.
Kalau duduk dalam ‘kasut’ Ainina pun, semua ibnu akan rasa sunyi selepas 16 tahun jaga anaknya. Begitulah yang dilalui oleh Ainina.
Mengenang kembali Waktu menjaga anak istimewanya, Ainina rasa tak ralat apabila arwah Nur Ara Elisha pergi di hadapannya dengan tenang.
“Malam sebelum dia pergi, saya bangun mendirikan solat Tahajud. Saya berdoa kepada Allah, sekiranya itu adalah malam terakhirnya, ambillah dia dalam tenang di hadapan saya.
“Keesokannya, saya sempat melafazkan ayat terkahir iaitu ‘adik, jangan paksa diri, ibu reda adik pergi, kita jumpa di Syurga’, dia pergi dalam tenang depan mata saya.”
Kongsi Ainina, disebabkan anak syurga itu juga dia tidak berumah tangga lagi kerana tidak mahu orang lain masuk ke dalam kehidupannya disebabkan dia ada bersamanya.
Kini Bangkit Semula Dalam Dunia Lakonan

Ceritanya lagi, dia terpaksa meninggalkan sekejap dunia lakonan untuk menjaga arwah. Namun pelakon wanita ini langsung tidak terkilan kerana Tuhan bagi peluang menjaganya.
“Saya dapat meluangkan banyak masa bersama dia sehingga ke akhir hayatnya. Alhamdulillah.
“Terus terang saya katakan, sukar menjaga anak istimewa ini. 16 tahun dia bersama saya, dialah peneman, yang tidur dan bangun disamping saya. Jadi saya tahu betapa mencabar menjaga anak istimewa ini.”
Tidak menyerahkan tugas menjaga arwah anak kepada pembantu rumah, Ainina fokus kepada menjaganya, sementara kerja rumah diuruskan pembantu.

Anda mungkin berminat dengan
Pesannya buat golongan ibu yang hampir berputus asa menjaga anak istimewa, “jangan runsing jika terpaksa meninggalkan karier semata-mata menjaga anak syurga. Itu saham akhirat. Teruskan, dan banyakkan bersabar.”
Namun anaknya sudah pergi bertemu Pencipta dan tahun 2026 Ainina kembali dalam dunia lakonan. “Agak lama saya tidak aktif berlakon, ini semua kerana fokus menjaga arwah. Sebelum ini saya tidaklah tinggalkan dunia lakonan secara total, sekali sekala ada juga mengambil tawaran, tapi saya pilih-pilih juga,” luahnya.
Begitulah satu pengorbanan besar yang dibuat oleh seorang ibu, sanggup korbankan kerjaya demi anak syurga. Semoga ibu-ibu yang sedang lalui situasi ini, mampu bertahan dan bangkit semula dengan semangat baharu!

download sekarang!
