Pencarian ibu keluar mencari anak bertukar duka, mayat hafiz Al-Quran ditemui dalam  parit. Pencarian seorang ibu berakhir dengan berita duka apabila mendapati anaknya sudah meninggal dunia. Lebih menyedihkan mayatnya anaknya ditemui dalam parit, berseluar pendek dan ada kesan luka di tangan.

Sedangkan anaknya tidak pernah memakai seluar pendek sementelah diri arwah merupakan hafiz Al-Quran.

Pencarian Ibu Keluar Mencari Anak Bertukar Duka

Memetik laporan Kosmo Online, seorang lelaki yang dilaporkan hilang selama beberapa jam selepas keluar dari rumahnya dijumpai mati di dalam parit di Jalan Pondok Terusan, Pasir Tumboh di sini tengah malam tadi.

Mayat Wan Harun Wan Hassan, 34, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam parit itu oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Adik mangsa, Norhapizah Rosli 27, berkata, abangnya, Wan Harun Wan Hassan, 34, tidak pulang ke rumah selepas azan magrib semalam selepas pergi beriadah di kawasan sebuah pondok pengajian di kampung ini.

Mayat Hafiz Al-Quran Ditemui Dalam Parit

Menurutnya, bimbang dengan keadaan tersebut, ibunya, Ahsan Pie Che Mohd. Hussin, 63, keluar mencari mangsa, namun pulang hampa apabila tidak dapat menjejaki abangnya itu.

“Abang saya tiada masalah kesihatan, namun hanya menghidap gastrik. Pada awal pagi tadi, saya dihubungi oleh seorang penduduk kampung yang menghantar gambar mayat abang melalui aplikasi WhatsApp.

“Kami sekeluarga terus bergegas ke kawasan parit itu. Semasa anggota bomba mengeluarkan mayat abang, saya lihat ada kesan luka pada tangannya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Pondok Terusan, Limbat di sini hari ini.

IKLAN

Norhapizah memberitahu, bagaimanapun, dia dan keluarga tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan mayat abangnya dan menyerahkan segala siasatan kepada pihak polis.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Lelaki Belasah Anak OKU Teman Wanita, Mayat Kanak-Kanak 6 Tahun Ditemui Dalam Semak

Ayah Dera Anak 9 Tahun Sampai Maut, Selamba Tanam Mayat Tepi Jalan!

Hilang Kaki Kanan, Nooraishah Jadi Murung Sampai Ada Yang Bercakap Rupanya Seperti ‘Mayat Hidup’

“21 Tahun Tinggal Bersama Mayat Isteri.’ Akhirnya Lelaki Ini Bersedia Untuk Berpisah

IKLAN

Menyayat Hati, Keranda Merah Jambu Putih Bawa 22 Mayat Kanak-Kanak Terkorban

Menurutnya, arwah juga merupakan seorang yang hafiz al-Quran dan tidak pernah tinggal solat.

“Ibu saya sebenarnya hairan kerana arwah tidak pernah memakai seluar pendek semasa keluar rumah sebelum pergi ke kawasan pondok. Semasa mayatnya ditemui, dia memakai seluar pendek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Juhari Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di dalam parit kira-kira pukul 2.27 pagi tadi.

IKLAN

Katanya, lapan anggota bomba termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mayat dari kawasan terbabit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI