Sumber / Sumber Foto : Instagram Noorkhiriah

Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie yang terkenal dengan melakukan kerja amal terbaru berjaya mengumpul sejumlah wang untuk membantu mangsa banjir terutamanya di negeri kelahirannya, Raub, Pahang.

Norkhiriah & Pengikut Di Laman Sosialnya Kumpul Wang

Malah dia juga sangat berterima kasih kepada semua yang sudah menghulurkan sumbangan kewangan berkenaan. Menurutnya, hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala kebaikan itu.

Situasi banjir di Pahang ketika ini yang mendorong Noorkhiriah tampil menghulur bantuan hasil daripada sumbangan pengikutnya di media sosial.

Difahamkan tidak sampai sejam membuat perkongsian di akaun Instagramnya, Noorkhiriah berjaya mengumpulkan sejumlah wang untuk membeli barangan keperluan termasuk menyediakan bahan masakan untuk hidangan yang akan diedarkan nanti.

Noorkhiriah Dibantu Adiknya, Munirah Ahmad Shapie

Menerusi sumbangan kewangan diterima itu, pelakon itu dibantu adiknya, Munirah Ahmad Shapie dan team dapat membeli beberapa keperluan utama untuk mangsa banjir di sekitar Raub seperti pakaian dalam, lampin pakai buang bayi serta penyedian makanan untuk diedarkan.

IKLAN

“Alhamdulillah sudah cukup untuk keperluan dan masak.
“Tak mampu nak balas. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian.
“Aammin. Terima kasih wok @munirahahmadshapie dan team.
“Akak doakan semoga urusan dipermudahkan Allah. Terima kasih semua yang menyumbang.
“Alhamdulillah #akakanakPahang #prayforPahang #takmampubantubanyak #sikitpunjadilah
“Aamiin Ya Rabbalalamin. Tiada Daya dan Upaya Melainkan Dengan Pertolongan Allah,” luahnya menerusi entri di Instagramnya.

Yang Ingin Menyumbang Lagi Diharap Bersabar

Noorkhiriah juga turut memberitahu kepada mereka yang ingin menyumbang lagi diharap bersabar kerana jumlah wang diperlukan setakat ini sudah cukup untuk diguna dahulu bagi membeli barangan keperluan berkaitan.

“Cukuplah dahulu, saya gunakan apa yang ada ini (sumbangan kewangan) untuk membeli lampin pakai buang serta pakaian dalam. Esok, akan masak juga makanan untuk 500 orang,” luahnya.

IKLAN

Baca Disini Juga: 

“Sebelum Meninggal Akak Nak Tinggalkan Sesuatu, Semoga Allah Pandang Usaha Kecil Ini” Noorkhiriah

Niat Noorkhiriah Cuma Mahu Bantu Suami, Sekali Allah Beri Lebih

Kerana Ecah & Ustaz Hamadi, Peminat ‘Panas Hati’ Dengan Noorkhiriah & Azhan Rani, Terkesan Sungguh!

IKLAN

Usaha murni pelakon ini dan pengikut laman sosialnya boleh dijadikan contoh yang terbaik. Malah, ada di antara pengikutnya juga turut berkongsi maklumat berkaitan barang keperluan yang sangat diperlukan mangsa banjir.

MW: Alhamdulillah Noorkhiriah merupakan seorang wanita yang cukup baik peribadinya dan suka membuat kerja amal.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Noorkhiriah

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita