Kerana Ecah & Ustaz Hamadi, Peminat ‘Panas Hati’ Dengan Noorkhiriah & Azhan Rani, Terkesan Sungguh!

Yang tengok episod kedua akhir drama NUR malam tadi, tentu membara-bara emosinya. Sakit hati sungguh dengan watak Aisyah (Ecah) dan Ustaz Syed Hamadi (Ustaz Madi) yang dilakonkan Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Azhan Rani. Episod kedua akhir ini memang paling beremosi sekali.

Terserlah sungguh kejahatan dan kekejaman Aisyah dan suaminya, Ustaz Madi. Malam sebelum drama ini ditayangkan malam tadi, Noorkhiriah sempat meminta maaf pada para peminatnya. Katanya, dia cuma menjalankan amanah lakonan yang diberikan padanya.

 

Ini Scene Yang Tak Ditayang Dalam TV – Noorkhiriah

Sebab terlalu terkesan di hati, sampai ada peminat yang unfollow Noorkhiriah di instagramnya, “Ada scene yang tak lepas maka tengok sini yeeeee…maka lepaskanlah..dah ada yang unpolo pun..hahahahaaaaa

Dan dia jelaskan sebenarnya sebelum scene pijak Nur, Noorkhiriah dah berkali-kali minta maaf pada Amyra Rosli. “Sebelum start scene ni saya dah minta maaf berkali-kali pada Mira. Nak pijak anak orang wei.. bukan bucu meja.

IKLAN

Bukan saja Noorkhiriah, instagram Azhan Rani juga diserang penonton yang ‘panas hati’ dengan watak Ustaz Madi yang sangat hitam itu. Punyalah marah, sampai ada penonton yang rasa macam nak masuk dalam TV tolong Nur waktu Ustaz Madi masuk ke dalam biliknya.

Anda semua dibenarkan bersembang sekarang. Membawang, mencili, mengicap atau sebaik-baiknya mengucap banyak-banyak. Apa pun esok (malam ini) jam 10 malam adalah episod akhir. Jangan habiskan emosi tu. Simpan sikit untuk esok (malam ini).” Kongsi Azhan Rani yang mana setiap caption yang dikongsi pasti membuatkan peminatnya rasa terhibur sama.

 

Kerana Ecah & Ustaz Hamadi, Peminat ‘Panas Hati’ Dengan Noorkhiriah & Azhan Rani, Terkesan Sungguh!

IKLAN

Lama Menanti Nak Berlakon Dengan Noorkhiriah

Akuinya sewaktu ditemuramah radio kool.fm berlakon bersama Noorkhiriah adalah impian yang sekian lama dinanti. Ramai sedia maklum yang berilah apa saja watak untuk pelakon wanita itu, dia pasti akan membawanya dengan gayanya yang tersendiri dan terkesan dihati penonton.

Walaupun rata-rata peminat faham kedua pelakon ini berusaha membawakan watak mereka dengan baik, namun masing-masing tak dapat menahan hati daripada membawang di bulan nan mulia ini.

 

Fafau Tak Henti Tweet Sakit Hati Dengan Ecah & Ustaz Hamadi

Paling lucu apabila Fara Fauzana juga tidak henti mengupdate statusnya dalam setiap scene yang menyentuh emosi kewanitaannya. Lucu bila Fafau tak dapat tahan emosi sama.

IKLAN

Mana Adammm! Si hantu tu masuk bilik weii. Jerit la NUR oiii!” Memang ketara ‘panas’nya itu. Sungguh demikian, Fafau akui, drama NUR merupakan drama yang paling berjaya. Kerana daripada jalan cerita sampailah setiap pelakon berjaya membawakan watak mereka dengan baik.

Siapa saja yang menonton drama ini tentunya akan membenci Aisyah dan Hamadi. Ini menunjukkan betapa bagusnya para pelakon ini berjaya membawakan watak mereka dengan baik. Kudos to all of them

Ha.. kita tunggu episod akhir malam ini. Tengok apa jadi dekat Ecah dan Ustaz Madi ini ya.

Haa.. Memang Marah Habis Penonton Dibuatnya

 

Sumber/Foto : Instagram Noorkhiriah, Azhan Rani, twitter Fara Fauzana

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI