Ramai memilih untuk melawat negara Balkan. Dubronik yang terletak di Croatia termasuk dalam pilihan itu. Sebelum ini, Norashikin Tajuddin telah melawat Greek dan Montenegero. Ikuti kisah percutiannya di Croatia pula.

Kami memilih Kota Dubrovnik atau nama kunonya, Ragusa kerana ia menyimpan pelbagai fakta sejarah, malah tersenarai sebagai salah sebuah Taman Warisan Dunia UNESCO. Lautnya yang membiru dan kota lama (old town) membuatkan kami teruja untuk ke sini.

Ditambah lagi melihatkan pemandangannya di dalam Google, bagaikan poskad. Seni bina  lama Eropah terutama sewaktu zaman Renaissance terukir indah di setiap bangunan di dalam Old Town yang dikelilingi City Wall sepanjang dua kilometer.

Saya sukakan Dubronik kerana alam semulajadinya. Selain itu saya sukakan sikap penduduk Croatia yang sangat peramah dan banyak membantu kami.

Kaki Travel Ini Pergi Dubronik Sebab Minat Games Of Throne. Teramatlah Cantik!

Permandangan lautan yang membiru terbentang luas sangat mendamaikan dan saya berkesempatan melihat matahari terbenam. Bagi peminat drama bersiri Games Of Throne seperti saya sudah tentu teruja untuk melihat sendiri lokasi penggambaran drama tersebut.

Blok-blok dan bangunan lama sangat cantik. Begitu juga pelabuhan yang menempatkan kapal-kapal mewah. Sungguh cantik pemandangannya.

Kaki Travel Ini Pergi Dubronik Sebab Minat Games Of Throne. Teramatlah Cantik!

IKLAN
Banyak Berjalan

Sepanjang berada di Dubronik, saya dan kawan melawat sekeliling kota lama ini. Jika berada di Dubronik, kita perlu melawat lokasi menarik seperti Pile Gate, Onofrio Fountain, Stradun Street, The Rectors Place, City Walls, Old Town Port, Banje Beach, Lovrijenac Fotress, The Bell Tower, St Blaise’s Church, Dubronik Cathedral, Sponza Palace, Ploce Gate,  dan Saint Ignatius Church.

Tempat menarik lain yang terdapat di Dubronik adalah Jesuit staircase, Gundulic Square, Franciscan Church and Monastery dan Dominican Monastery. Memang seperti Nampak banyak tempat yang perlu dilawati tetapi sebab semua ini hanya berjalan kaki sahaja sebab ia terletak di dalam satu Old Town.

Kaki Travel Ini Pergi Dubronik Sebab Minat Games Of Throne. Teramatlah Cantik!

Pengalaman yang paling saya tak dapat lupakan sepanjang bercuti di sini  ialah bila hendak mencari apartment yang sudah kami tempah. Hampir satu jam kami berjalan dengan keadaan membawa backpack seberat 14 kg menaiki dan menuruni anak tangga sememangnya pengalaman yang bermakna.

Selain daripada itu semasa kami tiba di stesen bas di Dubrovnik, kami pergi ke kaunter untuk mengesahkan tiket kami untuk keesokan harinya. Kami mahu ke Mostar. Kami mahu mengesahkan samada kami akan menaiki bas yang sama berpandukan alamat yang dicetak.

IKLAN

Staff di kaunter mengiyakan. Pada keesokan harinya apabila kami hendak menaiki bas ke Mostar dari Dubronik, pemandu bas melihat tiket kami dan memberitahu kami perlu menaiki bas di tempat lain.

Kami mula panik sebab masa untuk ke tempat berkenaan amat suntuk. Tetapi pemandu bas tersebut mengambil tiket kami dan meminta kami naik basnya. Syukur Alhamdulillah. Nasib kami sangat baik. Saya andaikan mungkin bas yang sama juga akan mengambil kami di stesen yang sepatutnya kami naik.

Kadangkala komunikasi agak mencabar bagi kami. But so far so good.

Kaki Travel Ini Pergi Dubronik Sebab Minat Games Of Throne. Teramatlah Cantik!

Tip Bercuti Di Dubronik

1-Beli tiket secara online sekiranya anda ingin bergerak ke satu-satunya tempat menggunakan kemudahan pengangkutan darat.

IKLAN

2-Di Croatia sangat berbeza dengan negara-negara Balkan lain. Mereka sangat menepati masa. Pastikan anda  berasa seawal 15 hingga 20 minit jika mahu menaiki bas.

3-Dubronik bandar yang sangat bersih. Jadi jangan buang sampah merata-rata tempat.

4-Disarankan jika melawat untuk bermula dari pintu masuk Pile Gate yang terletak di hadapan Onofrio Fountain di Old Town.

5-Jangan pergi ke Dubronik pada musim panas atau summer kerana suhu panasnya terlalu tinggi, Mungkin disebabkan ia dikelilingi oleh lautan.

6-Sehari sahaja diperlukan untuk melawat keseluruhan Dubronik.

7-Pengangkutan utama adalah bas.

Foto: Norashikin Tajuddin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI