Sebaik melahirkan dan pulang dari hospital bersama bayi, ibu bersalin menjalani rutin berpantang. Sama ada berpantang sendirian, dengan ibu atau ibu mentua atau dijaga confinement lady (CL / peneman ibu pantang).. itu terpulang pada ibu bersalin itu sendiri.
Jika ada duit lebih bolehlah ambil pakej dengan confinement lady. Tentunya ibu dan bayi dijaga dari A sampai Z, dengan perkhidmatan urutan selepas bersalin hingga ke lauk pauk berpantang, CL yang akan sediakan.
Awal dulu, pelakon terkenal Elfiro Loy merasakan servis sebegini tidak begitu penting untuk dirinya selepas melahirkan anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf.
Rupanya dalam diam, ibu Elfira menempah juga perkhidmatan CL untuk anak perempuannya itu. Biarpun pernah menangis di hari pertama dijaga CL, akhirnya Elfira bersyukur malah berasa sedih mahu mengakhiri rutin berpantang ini.
Ads
Tulisnya,
Ramai cakap bestnya lauk pantang awak. Alhamdulillah best and sedap sedap ikut selera tekak saya and selalu tukar tukar so tak bosan.
Jujur El cakap, masa awal awal El reluctant to take a confinement lady to take care of me sebab rasa membazir kan ada mak, ada adik adik and alah bolehlah buat sendiri.
I even ask my grandma to come over KL dan jaga El. El kalau part service ni rasa macam takyahlah nak spend sangat sangat. But on the day El beranak my mom secretly hired cl from @lavenderconfinementcare sebab dia rasa El memang perlu.
Ads
Hari Pertama Dijaga Confinement Lady..
Masa first day cl El sampai, I cried sebab rasa semua benda dia buat tak kena . I dowwan to continue. Tapi mama buat bodoh je sampailah hari ketiga El rasa lebih selesa dan sampai harini (ketika status dimut naik) nak tinggal lagi sepuluh hari rasa semakin sedih.
Semuanya cukup, teratur. Alhamdulillah dapat rezeki cl baik , banyak membantu dan sayang kita, anak kita macam keluarga sendiri.
Soo , its okay to spend more for yourself selepas beranak. You need it anyway. Im not doing a review just an honest sharing from me because actually by words tak terkata betapa well trainednya cl from @lavenderconfinementcare .
You might wanna consider them. Wallahi bagus
Takde yang kurang , kang sembang panjang lagi kang.
okay bye.
Pada 1 Oktober lalu, pelakon Elfira Loy selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.68kg di Andorra Women & Children Hospital. Anugerah sulung terindah untuknya dan suami, Faris Khairol Anuar.
Ibu ini, Shiela Azmi tak panik ketika berdepan detik cemas bila mana kereta yang dipandu suami terbabas lalu jatuh ke dalam anak Sungai Miang Pekan.
Sebaliknya berjaya mencapai dua orang anaknya, berumur 2 tahun dan bayi 5 bulan keluar dari kenderaan yang ketika itu sudahpun tercampak dari tempat duduk asal.
Waktu itu, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Rompin ke Kuantan. “Sebab anak ada appointment dekat Hospital Tengku Ampuan Afzan.”
Berdebar baca perkongsian detik cemas ibu ini selepas berjaya diselamatkan oleh pihak polis dan orang ramai.
Ramai yang tanya saya, macam mana saya keluar dari kereta?
Masa tu terlalu drastik. Semua berlaku terlalu pantas. Sara (anak sulung) duduk seat depan, saya dengan baby duduk seat belakang.
Masing-masing tengah tidur, cuma saya tak tidur mana pun. Cuma pejam mata je. Bila kereta dah terbabas tu, saya tak panik. Suruh suami bukak lampu kereta cepat-cepat.
Sebab gelap sangat kat situ.
Dalam kepala fikir anak-anak je. Masa terjunam tu, Sara dah tergolek ke bawah tempat kaki. So, saya dari belakang terus capai amik dia. Dah dapat Sara, baby pulak jatuh ke bawah. Cepat-cepat saya amik Baby.
Cermin kereta depan pecah.. Nasib baik tak kena anak-anak. Saya kepit dua-dua sebelum kereta masuk air dan tenggelam.
Masa dah pegang dua-dua, air dah mula masuk. Time tu air memang dah paras leher saya. Tinggal sikit je ruang udara lagi nak sampai ke bumbung.
Terus suami bukak pintu. Saya ‘pass’ anak-anak dan terus suami bawak keluar. Alhamdulillah suami sempat ingatkan saya suruh amik fon sekali bawak keluar. Tercelup jugak dalam air, tapi mujur boleh call lagi.
Saya pulak di seat belakang, tengok air makin laju naik saya terus lompat ke depan keluar pintu. Dah keluar pintu, harung air yang sejuk teramat, hujan, angin yang kuat, guruh semua.. Menggigil-gigil sejuk Tuhan je yang tahu. Dengan baju yang basah kuyup. Tinggal sehelai sepinggang. Alhamdulillah tak sampai 3 minit pun kami keluar dari kereta selamat kan diri.
Dah keluar kereta, terus cakap kat suami kita naik atas dulu pape pun. Yang lain-lain biar je kite tinggal. Sebab dalam kepala dah fikir macam-macam dah.
Buatnya kereta meletup ke, terbalik ke pape hal baik naik atas dulu. So kami panjat la tebing situ. Dengan licin nye, rumput panjang, takde benda nak paut, dengan tak berselipar.
Pakai stokin pun sebelah je tinggal, sebelah lagi tercabut. Allah, tawakal jelah kalau terpijak pape pon. Suami dukung dua-dua anak, dah sampai atas jalan raya baru suami pass baby pada saya.
Kesian sangat dia menangis kesejukan, terkejut, takut semua ada. Saya tak berhenti berzikir nak bagi dia tenang. Baby pun terus senyap macam memahami semua yang jadi. Sara pulak diam seribu bahasa. Trauma mungkin.
Kami terus call polis, ambulance semua. Dengan speaker dengar tak dengar sebab dah masuk air. Dengan hujan nya lagi time tu. Tahan kereta, lori semua tak nak berhenti.
Lama sangat kami tunggu. Sampai la datang polis peronda yang bwk “body” (bukan polis yang terima report kami). Diaorang berhenti selamatkan budak-budak ni dulu. Saya minta nak masuk kereta dulu sebab anak-anak dah kesejukan. Dengan hujan kat luar. Alhamdulillah, diorang pun siap bagi lagi jaket masing-masing suruh selimut kan anak. Lama jugak kami tunggu sampai JPAM sampai.
Dugaan nya rasa. Tak tau nak nangis ke nak jerit. Sebab still rasa terkejut. Tapi memang saya tak nangis. Nak tak nak kita kena kuat jugak untuk anak-anak.
Kadang saya pun terfikir macam mana nak selamatkan anak-anak kalau dua-dua duduk dalam car seat? Sempat ke nak selamatkan agak-agak? Tak mampu nak bayang. Setengah jam pun belum tentu dapat selamatkan. Dengan air yang naik terlalu cepat. Sedar-sedar nanti semua dah hanyut.
Nauzubillah.. Dalam kes macam ni, saya tak sokong sangat penggunaan car seat.
Bersyukur pada Allah selamatkan lagi nyawa kami sekeluarga. Malaikat lindungi anak-anak saya. Saya bernasib baik sebab kereta jatuh ke tepi. Kalau jatuh ke tengah, mungkin kami dah tenggelam dah semua.
Tak tau sempat ke tak, nak selamatkan diri. Air parit situ dalam sangat. Kereta tu nasib ada kayu besar dengan simen kat bawah dia. Jadi tersangkut kat situ tak bergerak.
Kesian anak-anak mama semua dah pucat. Tangan kaki dah biru-biru sebab terlalu sejuk. Dengan baju seluar pampers semua basah kena rendam.
Dah sampai hospital terus doc cek anak-anak. Alhamdulillah, buat X-ray semua tak pape yang patah. Cedera pun takde. Tapi stay jugak la dekat hospital doc nak buat observation. Dan alhamdulillah sangat-sangat anak-anak mama kuat. Walaupun lama kena hujan tapi masing-masing tak demam pun. Jadi esoknya dah boleh balik rumah.
Saya percaya setiap ujian yang saya hadapi ni mampu buat saya jadi lebih kuat dan tabah. Banyak lagi dugaan yang kami nak kena hadap selepas ni.
Semoga Allah permudahkan segala kesulitan saya sekeluarga. Syukur Alhamdulillah padaMu ya Allah kau selamatkan nyawa kami. KepadaMu lah tempat kami berlindung dan meminta pertolongan.
Terima kasih semua yang membantu Keluarga, kawan kawan.. Terima kasih semua yang mendoakan kami. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik kalian.
Ayat pun tunggang langgang dah ni. Kalau tak paham buat-buat paham jelah.
MW : Syukurlah ibu ayah ini tak panik, sempat fikir pantas selamatkan diri dan anak-anak.
Rata-rata warganet menganggap foto berkenaan keterlaluan dan tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Malah merasakan pemiliknya berniat mahukan ‘viral’ semata-mata.
Menerusi Harian Metro, pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26 mengakui akan kesilapannya itu.
“Saya mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung.”
Kata Nur Amirah, foto berkenaan dirakam pada hari Ahad yang lalu di kawasan perkuburan Kristian Batu Pahat.
Akuinya lagi, wanita yang memakai baju songket pengantin itu bukanlah pengantin sebenar, tetapi model. Untuk mendapatkan kelainan dalam fotografi itulah mereka mengambil inspirasi dari luar negara.
“Bagi saya, ambil gambar dalam hutan, di tepi sungai atau pantai tu dah jadi kebiasaan. Saya mahu cari kelainan, lari daripada kebiasaan. Menerusi carian di internet, banyak gambar model pengantin dari luar negara di kawasan perkuburan. Jadi, saya ambil inspirasi daripada Mat Salleh yang buat fotografi macam tu. Kubur-kubur mereka pun nampak cantik untuk dijadikan lokasi pengambaran.” jelas pemilik ini di Mstar.
Idea asalnya, mereka mahu membuat tema gothic tetapi tiada baju yang sesuai. Jadi, mereka meneruskan fotografi dengan menggunakan baju pengantin untuk menjimatkan kos.
“Tolong jangan salahkan model itu.” Pintanya yang mengakui kesilapan yang berlaku berpunca dari dirinya sendiri.
Dia tidak pun ada niat untuk tujuan pemasaran, apatah lagi memainkan mana-mana agama. Sebaliknya, sekadar suka-suka ketika memuat naik gambar berkenaan.
Apa yang dilakukannya itu adalah untuk mencari pengalaman baru untuk kelainan. Sama sekali tidak ada perkaitan dengan yang masih hidup tau yang telah meninggal dunia. Nur Amirah yang mengakui kesilapannya memberi jaminan tidak mengulangi kesilapan seperti itu. Malah dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
MW :Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk semua. Berhati-hatilah dalam mengejar ‘glamour’ di media sosial.
Sumber/Foto : Harian Metro, Mstar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Susulan Program Subsidi Petrol (PSP) yang diumumkan dalam belanjawan 2020 baru-baru ini, pengumuman terbaru harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan Januari depan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, kementerian memutuskan menaikkan harga bahan api sebanyak satu sen setiap minggu sehingga harga petrol RON95 mencapai harga pasaran.
“Keputusan mengapungkan harga minyak bagi meringankan kos hidup rakyat selain mengelak harga barangan tidak naik secara mendadak.
“Kita akan apungkan harga petrol berperingkat sebanyak sen satu seminggu sehingga harga RON95 sampai harga pasaran,” katanya pada sesi jawab lisan di sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang mahu tahu mekanisme kementerian mengelak harga barang meningkat selepas pelaksanaan PSP.
Katanya, PSP tidak akan dilaksanakan di Sarawak, Sabah dan Labuan, sebaliknya terus menikmati harga subsidi RON95 pada harga RM2.08 seliter.
Chieng Jen berkata, kementerian juga ada Akta Kawalan Harga supaya peniaga tidak mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan berlebihan selepas pelaksanaan PSP.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan PSP hanya berkuat kuasa di Semenanjung sahaja yang bakal meringankan beban kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki berkenderaan.
“Bagaimanapun, rakyat di Sabah, Sarawak dan Labuan akan menikmati subsidi petrol secara pukal iaitu pada harga runcit semasa RM2.08 seliter selepas kerajaan mengambil kira keperluan kebanyakannya menggunakan kenderaan berkapasiti enjin besar dan diesel.
“Oleh itu, rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan dikecualikan daripada pelaksanaan PSP dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95,” katanya.
MW: Pengguna kena bersiap sedialah dengan kenaikan harga minyak ini secara berperingkat setiap minggu bermula tahun depan.
Mari kita tengok macam mana nak gebukan semula tuala dan cadar warna putih. Orang selalu anggap warna putih susah dijaga dan cepat nampak kotor. Tapi sebenarnya tidak.