Gambar baju hijau sekadar hiasan / Kredit foto : ismakualaterengganu.com

Sudah sebulan lelaki tua itu menjadi penghuni wad di hospital. Sejak itu, dia gagal melaksanakan perintah solat. Tubuhnya berselirat wayar, dan dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk bersolat dalam keadaan demikian.

Sehinggalah suatu hari, tuhan pertemukannya dengan pesakit Covid-19 ini, Ustaz Mohd Zulkifli Azzikry yang di wadkan sekitar April lalu. Rupanya itulah asbab yang membuka jalan untuk lelaki tua tadi belajar solat cara orang sakit.

“Nak, Tolong Doakan Pakcik..”

Seperti biasa, masuk je waktu, kedengaran alunan azan akan bergema di setiap bahagian ward, bahagian aku, akulah muazzin yang mengazankan setiap waktu solat. Imam orang Arab, jemaah tabligh. Kami laksanakan rutin seperti biasa. Selesai solat, zikir, dan sedikit pengisian ilmu. Aku lebih gemar mendengar. Sebab itu pengalaman baru bagiku.

Di hujung katil sana, ada seorang pakcik yang baru dipindahkan wad ke wad kami. Aku rasa dalam lingkungan 70-an. Dia agak janggal melihat kami. Pelik mungkin tiba-tiba ada solat berjemaah. Kali ni, aku hanya memandang dan tersenyum. Agaknya dia tidak larat nak bersolat dengan kami. Solat sendirian di katilnya mungkin.

Waktu Asar masuk, seperti biasa, aku azankan. Setelah solat sunat, mataku tiba-tiba meleret ke arah pakcik xdi nun di hujung bahagian ward kami.

Nak, tolong doakan pakcik“. Suaranya sayup kedengaran sebab agak jauh.
InsyaAllah pakcik.” Aku menjawab ringkas.

IKLAN

Selesai solat, kami laksanakan rutin, zikir dan pengisian ilmu. Dwibahasa.
Aku bangun dan mengemas kawasan solat. Aku ingin ke katilku. Namun hati tiba-tiba ingin ke katil pakcik tadi, nak bertanya khabar.

Assalamualaikum pakcik! Saya da doakan pakcik. Apa nama apa ye?”
Ahmad.” Jawabnya (bukan nama sebenar).
Kenapa pakcik suruh saya berdoa ye? ” Aku saja timbulkan pertanyaan.
Dia mengeluh dan perlahan lahan menjawab.

Pakcik sudah sebulan di sini, da berapa kali pindah ward, sebulan da tak solat nak. Tu yang pakcik suruh anak doakan pakcik,” Tegasnya.
Aku bertanya lagi.
Kenapa pakcik tak solat, sakit ye?
Bukan nak, pakcik tak tahu nak solat macam mana.” Jawabnya dengan nada kerisauan. Di mukanya ada wayar oksigen. Tangannya ada drip.
Oh! takde orang ajarkan ye? Mari saya ajarkan cara wudhuk dan solat pesakit kat pakcik.” Aku cuba membantu.

‘Nak, Tolong Doakan Pakcik..’ Menitis Air Mata Lelaki Tua Itu, Sebulan Sakit Tak Solat
Gambar sekadar hiasan : Cara pelaksanaan solat untuk orang sakit.

IKLAN

Merah Mata Lelaki Tua Itu..

Serta merta diterima perlawaan aku. Selesai aku mengajarnya. Aku cuba meyakinkannya.
Alhamdulillah, pakcik da pandai berwudhuk dan bersolat cara orang sakit ye. Nanti kita boleh solat sama sama, pakcik pon boleh berdoa sendiri. Lagi Allah suka.”

Mukanya terus berubah. Nampak ketara kegembiraan. Mungkin sebelum ni, dia khuatir doanya tidak diterima disebabkan tidak solat. Itulah sebabnya dia menyuruhku berdoa untuknya.

Pakcik jika nak pertolongan, panggil je saya ye. Saya duk di sana.” Aku mempelawa sambil tanganku tunjuk ke arah katilku.
Baik nak, pakcik ucapkan terima kasih,” sambil air mata lelakinya menitis di kedua pipinya. Merah matanya.

Aku juga tersentuh jiwa ini. Aku meminta izin untuk bergerak. Bagi ruang kepadanya bersama tangisan dengan Allah SWT.

IKLAN

Aku berfikir. Kerja ini kerja dakwah yang wajib diteruskan. Masih ramai yang tidak faham solat ketika sakit. Bukan sebab mereka tak nak solat. Bukan sebab mereka malas.
Allahuakbar. Besarnya hikmah aku kena penyakit COVID-19 ini. Untuk aku turun ke lapangan realiti. Gerak kerja ini mesti diteruskan.

Ini bukan salah siapa-siapa, bukan salah petugas perubatan, ini tanggungjawab bersama. Tugas Kita semua. Yang sihat. Yang sakit. Semua kita. Baru Islam itu indah.

Pesakit bukan dirawat fizikalnya sahaja, tetapi kekuatan roh juga perlu seiring. Inilah dakwah Islam yang perlu sebati dalam diri kita. di mana kita, siapa kita, kerja tabligh kena ada.
Tanpa solat, siapalah kita?
Tanpa doa, sombonglah kita.
Nak, tolong doakan pakcik ye... ” masih terngiang giang di telingaku. Allahuakbar. Maafkan aku Ya ALLAH

MW : Semoga rakyat Malaysia kekal #DudukRumah dan terus berjuang untuk melawan Covid-19.

Sumber/Foto : Mohd Zulkifli Azzikry

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI