brownies-kedut

Brownies kedut ini sebenarnya adalah kek bantat. Waktu awal kejadiannya dulu, pembuat kek terlupa memasukkan serbuk penaik ke dalam adunan, jadilah kek tersebut bantat.

Tapi, walaupun ianya kek bantat ada juga yang gagal menghasilkan brownies yang rupanya berpori-pori, lembut dan naik seperti kek. Paling penting kena ada rasa sedikit kenyal dan lembap itu.

Nana Fiana berkongsi kemahirannya menghasilkan brownies kedut ini. Suatu ketika dulu brownies kedut viral ini menjadi carian resipi baking di kalangan mak-mak. Katanya, jika menggunakan resipi yang dikongsikan ini brownies anda gerenti jadi.

Dah janji nak ajar buat brownies kedut anti gagal. hehehe ajar simple simple. Kalau susah bukan korang buat pun!!.”

IKLAN

Baca sini : Resipi Brownies Kedut Kurang Manis, Cara Mudah Semua Orang Boleh Buat

Mudahnya Buat Brownies Kedut, Terbukti Resipi Ini Gerenti Menjadi

Resipi Brownies Kedut Anti Gagal

Bahan-bahan :

  • 70g butter (saya pakai lurpak)
  • 30g minyak masak
  • 150g dark choc (saya pakai callebaut) beryls pun sedap. Nak lagi bajet choc masakan biasa takde brand tu, ikot lah korang.)
  • 2 biji telur gred A
  • 150g brown sugar
  • Sesudu kecil esen vanila
  • 100g self raising blue key
  • 25g coco powder van hounten.

Baca sini : Brownies Raya, Resipi Guna Sukatan Cawan Gerenti Jadilah

IKLAN

Mudahnya Buat Brownies Kedut, Terbukti Resipi Ini Gerenti Menjadi

Cara Membuat

  1. Ayak tepung dan coco powder ketepikan.
  2. Cairkan dark choc bersama butter dan minyak masak.
  3. Dalam bekas lain kacau telur, brown sugar dan esen vanila. Dah sebati masukkan choc yang dah di cairkan tadi kacau manja-manja. Tak payah beriya sangat, manja-manja je.
  4. Dah sebati masukkan tepung dan kacau-kacau siap masuk dalam loyang saiz 7 atau 8 inci pun ok.
  5. Kalau 7, tebal sikit hehe. Jangan lupa lapik baking paper.
  6. Hentak-hentakkan loyang bagi kuar bubble-bubble dan ratakan.
  7. Panaskan oven suhu 150, 5 minit.
  8. Bakar pada suhu 150 api atas bawah selama 30 minit.
  9. Suhu oven lain-lain tau. Ni suhu oven saya SSODD 100l

Cari OVEN di sini : https://invol.co/clb0zwn

IKLAN

For more resipi boleh la follow saya ye.

Sumber/Foto : Nana Fiana

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI