Maya Karin tak habis diploma, satu sebab berhenti belajar pensyarah tak masuk kelas. Membuka lembaran baru dalam dunia pendidikan apabila tiga bekas pelajar berjaya menyaman guru Bahasa Inggeris mereka, Mohd Jainal Jamran yang ponteng mengajar selama tujuh bulan pada 2017.
Mahkamah Tinggi, di sini, mengarahkan tiga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud, dibayar pampasan masing-masing RM50,000 atas kegagalan guru Bahasa Inggeris hadir ke kelas selama tujuh bulan pada 2017.
Hakim Leonard David Shim membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung yang semua berusia 22 tahun.
Dalam penghakimannya, mahkamah memerintahkan pampasan dibayar kepada tiga bekas pelajar itu akibat trauma yang dialami mereka.
Maya Karin Tidak Habis Diploma
Ternyata kes pelajar ini mendapat reaksi dari pelakon terkenal, Maya Karin yang berkongsi di twitternya @maya_karin, yang pernah mengalami situasi yang sama di mana kelas batal kerana pensyarah ada tugasan lain hingga dirinya membuat keputusan tidak menghabiskan diplomanya.
Jelasnya, dari membazirkan duit keluarga, dia berjinak dalam dunia teater dan memperoleh duit darinya. Kemudian mengembara ke serata dunia sebelum aktif dalam dunia lakonan sehingga ke hari ini.
One of the reasons I quit my diploma after a year. Asyik sampai class only to find a note saying “class is canceled because lecturer cannot make it”
So instead of wasting my parents money I quit and did some theatre work for a little cash, traveled the world with it and then I… https://t.co/bVxHexKcOB
Satu Sebab Berhenti Belajar Pensyarah Tak Masuk Kelas
Dalam pada itu memetik laporan Berita Harian, ketiga-tiga pelajar dalam saman yang difailkan pada 7 Disember 2020, menamakan bekas guru mereka, Mohd Jainal Jamran sebagai defendan pertama.
Pengetua SMK Taun Gusi ketika itu, Suid Hanapi; Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia; Menteri Pendidikan; dan Kerajaan Malaysia pula masing-masing sebagai defendan kedua, ketiga, keempat serta kelima.
Ads
Dalam penghakiman setebal 74 muka surat, mahkamah mendapati plaintif berjaya membuktikan kes berdasarkan imbangan kebarangkalian, selepas mempertimbang keterangan kedua-dua pihak dan kesemua bukti yang dikemukakan.
Mahkamah mendapati kes itu membabitkan persoalan berhubung hak perlembagaan kepada pendidikan, selain isu yang mempunyai kepentingan awam.
“Defendan melanggar hak perlembagaan plaintif bawah Perkara 5 yang dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.
“Defendan juga melanggar hak perlembagaan kepada pendidikan dan hak untuk disediakan guru yang menghadiri kelas bagi mengajar serta mempersiapkan plaintif untuk peperiksaan Bahasa Inggeris,” katanya.
Malah, mahkamah mendapati bukti juga menunjukkan tarikh defendan pertama tidak hadir itu adalah sama dengan rekod Jabatan Pendidikan Sabah (JPNS).
Mahkamah turut mendapati tiada bukti menunjukkan defendan pertama sedang bercuti atau terbabit aktiviti sekolah yang lain sepanjang tempoh ketidakhadiran itu.
Dalam perbicaraan yang bermula pada 5 September 2022, seramai 10 saksi dipanggil memberi keterangan bagi pihak plaintif.
Ads
Perbicaraan yang tamat pada Januari 2023 itu turut menampilkan tiga saksi hadir memberi keterangan bagi pihak defendan.
Ketiga-tiga plaintif diwakili oleh peguam, Sherzali Herza Asli.
Peguam Kanan Persekutuan, Mohd Hafizi Abd Halim, bersama Peguam Persekutuan, Fazrul Fardiansyah Abdul Kadir pula bertindak bagi pihak defendan.
Siang di rumah suami pertama dan malam melayan suami kedua dan kejadian ini berlaku di utara tanahair. Ikuti temubual MW bersama peguam, Shazril Khairy Haji Mustafa yang memviralkan kes wanita bersuami dua ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suka guna mesin pengisar sebab nak mudahkan kerja tetapi kebanyakan orang suka biarkan blender selepas digunakan tanpa dicuci dulu. Kesannya mesin pengisar akan meninggalkan kesan kuning yang susah untuk dibersihkan, tambah pula kalau anda guna kunyit!
Andai dibiarkan, lama kelamaan warna kuning kunyit ini akan menjadikan bekas pengisar anda menjadi kehitaman dan seakan berdaki.
Untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang boleh anda cuba. Antara bahan yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN BERSIHKAN PENGISAR DARI KESAN KUNYIT:
2 sudu makan cuka
1 cawan air panas
CARA-CARA:
1. Masukkan air panas dan cuka ke dalam bekas pengisar. Biarkan selama 2-3 minit.
2. Kisar air bancuhan cuka tadi beberapa kali sehingga kesan kotoran pada mata pengisar hilang.
3. Bilas sekali lagi dengan air panas dan keringkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Susu badan memang diakui mempunyai banyak khasiat yang tersendiri berbanding susu dari sumber haiwan mahupun tumbuhan yang lain. Disebabkan khasiatnya itu, ia semakin mendapat permintaan ramai dan mula dijual secara online pada harga hampir RM86 bagi setiap 150ml.
Trend terkini di Britain beli susu badan secara online ini cukup membimbangkan apatah lagi kandungan susu mungkin mempunyai risiko tercemar dan boleh membahayakan kesihatan.
Susu Badan Online Berisiko
Pakar-pakar kesihatan di Britain memberi amaran agar orang ramai tidak membeli susu badan yang dijual secara online kerana berisiko mengandungi pelbagai jenis bakteria, virus dan dadah, lapor akhbar Daily Star semalam.
Trend penjualan susu badan secara online mendapat sambutan di Britain. Akhbar The Guardian melaporkan bahawa ia dijual pada harga £15 (RM85.50) untuk bagi setiap 150 mililiter di laman eBay.
Jana Pendapatan Tinggi
Seorang wanita di Britain baru-baru ini turut mendedahkan bahawa dia mampu menjana pendapatan sehingga £10,000 (RM56,987) hasil daripada jualan susu badannya kepada ahli bina badan.
Susulan perkembangan trend tersebut, seorang penyelidik awam di Universiti Cambridge, Dr. Sarah Steele mendesak orang ramai agar tidak membeli susu badan.
Menurutnya, susu badan merupakan sejenis cecair badan dan kebanyakan iklan di laman eDgang mengandungi maklumat yang sedikit mengenai keselamatan dan penjual produk tersebut.
“Anda membeli susu badan daripada orang asing yang tidak dikenali serta tidak menjalani saringan kesihatan. Anda tidak tahu keadaan penjual dan ia amat tidak selamat,” katanya.
Tambah Steele, susu badan yang diberikan kepada bayi yang memerlukan perlu disaring dan dipasteur terlebih dahulu.
Penderma juga perlu menjalani pemeriksaan bagi jangkitan seperti virus kurang imun (HIV), Hepatitis B, sifilis, mengesan sama ada mereka merokok atau mengambil dadah.
“Susu badan yang tidak disaring mengandungi banyak bahan yang tidak selamat. Ia mungkin tercemar dengan bahan-bahan cecair lain seperti susu lembu atau disimpan di dalam beg yang mengandungi kimia industri BPA,” ujarnya.
Mingguan Wanita:Memang risiko apabila beli susu badan secara online yang tidak diketahui kandungannya. Bagi yang beragama Islam perlu lebih berhati-hati apabila menggunakan susu badan orang lain, kerana ia melibatkan hukum mahram.
Cuti sekolah ni ramailah yang buat kerja kahwin. Yang anak dara dan teruna, dah merancang nak naik pelamin pun iya. Dah ada idea nak buat perkahwinan berkonsep macam mana?
Suami isteri, Syahrul Hisham Abdul Azim dan Nurul Asyikim Zakaria (Ekim Zakaria) ini, pernah viral kerja kahwin mereka. Bila mana pasangan pengantin merdeka viral ini mengenakan pakaian bermotif Jalur Gemilang dengan teman Merdeka Wedding waktu bersanding.
Sweet sangat momen Hari Merdeka untuk mereka tahun itu. Sampai bila-bila sambutan Merdeka, mesti akan jadi kenangan indah untuk pasangan ini. Mingguan Wanita hubungi Ekim untuk mendapatkan tip bagaimana mahu merealisasikan impian perkahwinan berkonsep.
5 Tip Rancang Impian Perkahwinan Berkonsep Ikut Tema Anda Suka
(Ini cara yang Ekim dan Syahrul buat ketika kerja kahwinnya pada 31 Ogos 2017. Anda boleh sesuaikan ikut citarasa tema pilihan masing-masing. Ideanya tetap sama)
Pertama : Dapatkan Persetujuan Kedua Belah Pihak
Plan #merdekawedding2017 2 bulan sahaja. Selepas perbincangan dan dapat persetujuan dari kedua belah keluarga, idea diteruskan.
Minta restu mak ayah kedua pihak terlebih dahulu baru mulakan susun atur langkah persiapan hinggalah ke hari perkahwinan.
Momen ini nanti akan menjadi kenangan untuk Ekim. Jadi Ekim tak hairan pun kalau tak pakai baju kahwin.
Kedua : Survey Tema Kahwin Dan Tengok Detail-detail Perkahwinan
Persediaan macam biasa. Survey tema kahwin. Memandangkan tarikhnya jatuh 31 Ogos jadi Ekim dan pasangan decide untuk buat #merdekaweddingday.
Dari situ, kami mula buat persiapan pelamin, photobooth, goodies bag bendera, set up baju bridemaid semua sampailah kek bendera.
Planning baju dalam masa sebulan saja. Jumpa tukang jahit, jahit dalam masa 3 minggu. Pilih tema photography dan video. Ini yang banyak memainkan peranan untuk menjayakan lagi wedding pilihan kami.
Ketiga : Kata Sepakat Boleh Mudahkan Halangan
Sebenarnye apa yang dirancang itu belum lengkap sepenuhnya. Sebab masing-masing ada kekangan masa untuk siapkan semua persiapan. Lagipun, Ekim sibuk dengan kerja.
Lepas siapkan setiap perkara, fikir dan decide last minute tapi terus capai kata sepakat. Saling percayai mempercayai jadi kekuatan pasangan.
Keempat : Tak Boleh Ikut Kepala Masing-masing
Selepas adanya kata sepakat, kena saling menerima pandangan. Tak boleh ikut kepala masing-masing. Bincang sama-sama sebab dalam kerja kahwin ini banyak hati yang perlu dijaga.
Kelima : Update Setiap Minggu
Setiap minggu bincang apa yang perlu ada masa perkahwinan nanti. Bekerjasama, tolong antara satu sama lain untuk jayakan lagi planning yang dibuat.
Keenam : Buat Apa Kita Suka
Paling penting buat sesuatu yang kita dan pasangan suka dan selesa. Bukan ikut cakap-cakap orang.
Ketujuh : Tetapkan Tema Study
Perlu tetapkan tema study kelebihan dan kekurangan tema kahwin tu terlebih dahulu, maksudnya ok atau tidak nak buat tema tu.
Semasa merancang, buat list persediaan dari awal sampai hingga hari kejadiaan. Sentiasa checklist apa dah siap, mana yang belum siap. Baru tak kelam kabut.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!