Kepak Ayam memang ada peminatnya yang terdiri. Nak masak kepak ayam yang sedap, rasanya manis-manis pedas ada caranya. Sesuai sangat buat waktu makan-makan ramai-ramai. Ikut resipi ni, memang cepat licin, boleh habis sekelip mata.
Boleh cuba resipi Ayam Manis-Manis Pedas oleh Puan Victoria Van Bennekumini sebagai rujukan.
Bila saya masak kepak ayam dalam oven begini untuk party, memang habis dalam sekelip mata. Pedas dan manis rasanya, memang kegemaran ramai.
Kepak Ayam Manis Pedas
Bahan-Bahan:
1 kg kepak ayam
Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
Madu (honey)
1 sudu kecil serbuk jintan
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk bawang
2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
1 Sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan tepung jagung
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1.Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.
2.Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).
3.Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
4.Pertama, pada suhu 150°C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit .
5.Akhir sekali, campurkan madu dengan kepak ayam dan bakar pada suhu 200°C hingga keperangan dan rangup lebih kurang 10 – 20 minit.
Bergantung pada ketuhar masing-masing dan kalau nak ranggup ke atau tidak. Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan. Tapi jangan makan terus dari oven, panas tu.
Ads
Resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada di goreng dengan minyak.
Rasa manis dan pedas tu ikut citarasa masing-masing.
Mingguan Wanita: Jika nak buat makan-makan, boleh buat resipi kepak ayam manis-manis pedas. Memang lebih sedap, lebih sihat dan sekejap je habis nanti.
Nah, resepi poket doraemon ini menu petang paling sesuai untuk anak-anak. Apa yang best, mak-mak boleh tukar intinya ikut apa yang anak suka.
Tetapi kalau nak ikut resepi Puan Yatie Yatie Su Yatie ini pun boleh, guna ayam dan letak sos. Fuh, merecik! Nak jual pun laku ni…
Ini resepi poket doraemon
2 keping roti di gelek nipis
Potong roti tersebut ikut saiz penutup balang saiz kecil
Celupkan roti ke dalam telur dan lumurkan dengan serbuk roti
Goreng roti dengan minyak panas
Gunting 2 roti tadi
Letakkan inti yang di sukai
Siapppp!
Mula-mula gelek 2 keping roti tu bagi nipis. Setelah tu, roti tersebut di potong ikut saiz penutup balang saiz kecil. Ianya akan jadi bentuk bulat seperti dalam gambar.
Selepas itu celupkan roti tadi dengan telor, lumurkan dengan serbuk roti. Automatik roti akan melekat dengan sendiri. Sebab kita dah salut dengan telor.
Roti tu akan menggelembung semasa digoreng. Lepas di goreng, gunting 2 roti tersebut seperti dalam gambar.
Inti:
Isi ayam, ubi kentang, lobak, bawang besar holland, gula, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan di tumis kesemuanya.
Nota:
Tak perlu di klim sebab kita dah celup dengan telor, ia akan melekat dengan sendirinya. Sebab kita dah gelek nipis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Salah satu menu masakan yang sedap dari Padang, Indonesia mesti dicuba adalah Rendang Daging Minangnya. Sedap di makan dengan nasi putih, ketupat, lemang, pulut kuning dan sebagainya.
Rupanya nak buat rendang Minang ini mudah je, tak renyah dan bahan-bahan pun tak banyak. Menurut perkongsian Puan Ayu Susanti, nak buat Rendang Minang ni tak perlukan minyak, tak payah tumis dan tak gunakan kerisik. Resipi yang dikongsikan ini daripada ibunya yang memang berasal dari Padang, Indonesia.
Berikut perkongsian wanita ini;
“Rendang Daging Minang ori from Padang Indonesia. Mama pure minang tapi dah lama menetap kat Malaysia. Setiap kali Mama buat rendang memang kitorang adik beradik tak sabar-sabar nak makan. Kalau time raya belum tengahari rendang Mama akan habis licin dek anak beranak dengan menantu-menantu.”
“Walaupon anak-anak semua lahir Malaysia, semua membesar makan makanan minang. Dekat bawah saya sediakan resepi asli dari Mama saya. Doakan Mama saya sentiasa sihat walafiat.. Aamiin.”
Bahan-Bahan:
A
Bawang merah *
Bawang putih *
Cili kering pedas *
Halia *
Lengkuas*
(*blender)
B
Daun kunyit
Serai
Daun limau purut
Daun salam
(campak dalam kuali)
Santan
Daging
Cara Membuat:
1.Panaskan kuali masukkan daging serta semua bahan-bahan A dan B.
2.Tak perlu minyak dan tak perlu menumis.
3.Bila mengelegak, baru masukkan santan, garam & ajinamoto.
Info Ekstra!
Untuk 1kg daging perlu 1kg santan. Kami orang minang masak rendang tak pernah gunakan kerisik.
Senangnya nak buat Coklat Peanut Butter Marble Bar yang dikongsikan oleh Cik CA ni. Hanya menggunakan 3 bahan utama iaitu biskut marie, dark coklat dan mentega je. Paling best, mak-mak tak perlu nak guna oven dan tak payah guna periuk kukus pun. Simpan dalam peti sejuk 2 jam dah boleh dimakan.Senang dan mudah sangat! Cuti hujung minggu ni, boleh lah buat untuk anak-anak nanti.
Berikut perkongsian resipi oleh Cik Ca, yang mak-mak boleh cuba;
“Tak perlu bakar tak perlu kukus coklat peanut butter marble bar ni.Lorek-lorek simpan dalam peti 2 jam dah boleh makan.Budak-budak suka ni.Comel je tengok.Resepi disediakan. Tak manis sebab guna dark coklat.Pilih yang kandungan koko tinggi.Kalau guna milk coklat,memang manis.”
Bahan-Bahan:
200 gram biskut marie cerah ( CA guna biskut jenis digestive dia mudah hancur)
120 gram peanut butter
70 gram unsalted pure butter ( kalau nak guna buttercup pun boleh terpulang )
Cara Membuat:
1.Hancurkan biskut ikutlah nak pakai pengisar atau manual.Lepas tu masukkan butter dengan peanut butter.Kisar bagi sebati.
2.Masukkan dalam bekas yang dah dilapik dengan baking paper.CA guna loyang 6 inci petak.Tekan tekan bagi padat dan ketepikan.
3.Double boil 200 gram dark coklat.Ratakan dalam bekas.Double boil 60 gram peanut butter dan letak atas permukaan coklat tadi.Lorekkan ikut suka.
2 jam dalam peti,keluarkan dan biarkan 10 minit suhu bilik dah boleh potong dah.Best.
CA guna dark coklat sebab suka rasa coklat.Boleh guna milk choclate dan sebagainya.Tak menyesal cuba.Memang sedap.
Selamat mencuba, boleh lah mak-mak buatkan untuk anak-anak hujung minggu ni.Mesti mereka suka!
Pilih tema gothic vampire di hari sanding, pengantin akui peminat muzik metal. Sepasang pengantin menjadi tular di media sosial gara-gara memilih tema gothic vampire...