Rupanya lumur ikan dengan kunyit hidup antara rahsia untuk jadikan Asam Pedas yang dimasak lebih sedap. Asam Pedas yang sedap, pastinya kuah pekat dan sedap secukup rasa masam dan pedasnya. Nak buat asam pedas yang betul-betul kaw, ada caranya. Malah, bahan aroma seperti lada hitam, daun limau purut, daun kesum atau bunga kantan untuk dimasukkan dalam kuah untuk membangkitkan lagi rasa.
Boleh cuba resipi Asam Pedas daripada Puan Siti Nor Azizah Rahim ini sebagai rujukan. Memang menyelerakan sungguh, apatah lagi makan dengan nasi panas-panas.
Resepi Asam Pedas betul-betul kaw.
Bahan-Bahan:
Ikan kembong/jenahak/pari/siakap/parang
Kunyit Hidup
Halia
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Kering
2 batang serai (dititik)
Minyak untuk menumis
Air Asam Jawa
Bendi & Tomato
Garam
Daun Limau Purut/Daun Kesum/Bunga Kantan
Cara Membuat:
1.Mula-mula ikan tu dah basuh bersih lumur dengan kunyit hidup yang ditumbuk. Ia buat lagi sedap. Kalau dah takda boleh je lumur dengan kunyit serbuk dan garam macam kita goreng ikan tu. Ini lah rahsia nak buat Asam Pedas kita sedap. Ikan tu sedap rasanya masa kita meratah isi dia.
2.Halia, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup sikit (Dikisar)
3.Cili kering (kalau nak kuah pekat kena letak banyak tau. Baru kuah jadi umphhh.
4.Lada Hitam biji tumbuk(kalau tak suka pedas tak payah letak. Kalau nak lagi menangkap asam pedas mesti letak sikit. Masukkan juga serai yang dititik.
5.Yang ni semua tumis dulu dengan minyak. Minyak kena banyak baru cili tu jadi cantik. Tumis sampai naik bau dan cili tu bertukar warna gelap.
6.Selepas itu masukan air asam jawa. Kuah dia agak-agak banyak mana. Jangan terlebih air nanti kuah jadi cair dah tak sedap.
Ads
7.Dah menggelegak kuah, kecilkan api baru masukkan ikan satu-satu. Biarkan ikan tu masak sempurna.Kemudian masukkan pula bendi dan tomato pula.
8.Tabur sedikit garam pada kuah. Jangan banyak garam sebab ikan tadi dah lumur dengan garam ok.
9.Tabur lah daun limau purut ke, daun kesum atau bunga kantan. Salah satu bagi aroma dia datang. Umphhhh.
Ok dah siap. Selamat mencuba!
Info Ekstra!
Asam pedas boleh lawan dengan telur dadar, telur masin dan sambal belacan. Makan pula dengan Nasi panas-panas mau 2 kali menambah ni.
Mingguan Wanita: Kalau selalu buat Asam Pedas cair atau tak sedap, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Lumur dulu ikan dengan kunyit hidup, barulah Asam Pedas rasa lebih sedap!
Sungguh menyegarkan bila dapat minum air yang masam dan manis seperti ‘Strawberi Lemonade’ ni. Minum pula waktu cuaca panas, nyaman sungguh tekak ni. Ada buah lemon dan strawberi, mak-mak boleh buat sendiri pati ‘Strawberi Lemonade’ yang mudah ini di rumah, tinggal tambah soda dan kiub ais je!
Bahan-Bahan:
Buah Lemon
Strawberi
1 1/4 cawan Gula
Air Soda
Ais Secukupnya
Senang je rupanya nak buat kuih tradisi Cakar Ayam ni, hanya perlukan tiga bahan iaitu keledek, gula dan minyak untuk menggoreng. Cakar Ayam ni sangat rangup dan manis rasanya, biasanya dijadikan kudapan snek untuk minum petang.Jika selalu mak-mak beli, apa kata kali ini cuba buat sendiri.Malah boleh juga dijadikan pendapatan sampingan. Sebab ramai juga yang memilih kuih ini untuk dijadikan oleh-oleh istimewa ketika kenduri kahwin mahupun majlis-majlis tertentu.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Are Peace sebagai rujukan.
Bahan-Bahan:
2 Cawan Ubi Keledek Putih (parut/sagat kasar)
4 Sudu Besar Gula Pasir
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
2.Masukan gula pasir ke dalam minyak panas tersebut dan kacau sehingga gula cair dan menjadi keperangan.
3.Masukan ubi keledek yang telah di parut tadi, goreng sampai keperangan (kacau jangan berhenti ye masa ni).
4.Angkat dan tos kan mnyak.Masa panas-panas tu terus bentukkan supaya menjadi bulat.Masuk dalam acuan dan tekan dengan sudu,(saya guna botol yang di potong menjadi bentuk gelang, boleh rujuk gambar).
Info Ekstra!
Masukkan Gula Pasir, BUKAN air gula kedalam minyak panas.
Jangan tunggu sampai keledek tu keras ye.. sebab dia memang tak akan keras masa goreng tu.Bila dah sejuk nanti dia akan jadi rangup sendiri.
Enaknya jika dapat nikmati kerang masak serai dengan keluarga malam-malam hari. Lagi-lagi kalau dapat kerang jenis besar dan gebu gebas. Memang tak menoleh kiri kanan. Sebab itulah mak-mak wajib cuba resepi sedap kerang masak serai ini.
Tidak ramai yang suka makan kerang, namun anda perlu mencuba resepi sedap Kerang Masak Serai. Dengan hasil yang digaul dengan serai, kerang yang mungkin pada mulanya tidak menarik di mata anda, akan bertukar menjadi salah satu resepi kegemaran. Lagi-lagi aroma serai membangkitkan selera anda, anak-anak dan seisi keluarga.
Nak masak kerang serai ini pun ada caranya dan step by steynya. Ikut langkah demi langkah yang diajar insyaAllah, anda yang tak pandai masak pun boleh jadi pandai. Jom tengok resepinya!
Sediakan Bahan Kerang Masak Serai
1 kg kerang
2 batang serai
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili merah/cili kering
4 cm halia
3 helai daun limau purut
3 sudu besar sos tiram
50 ml air
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Kredit foto : saudagarseafood.com
Langkah Demi Langkah Ini Ikut Betul-betul
1. Bersihkan kerang terlebih dahulu. Kisar serai, halia, bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daun limau purut dan tumis lagi sehingga wangi
3. Selepas itu, masukkan kerang.Gaul rata dan biarkan seketika.
4. Masukkan cili kisar, biarkan ia sebati dengan kerang.
5. Masukkan pula sos tiram.Tuang sedikit air dan tambahkan garam secukup rasa.Masak kerang sehingga terbuka kulitnya.Setelah masak, bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nur Izati Mohd Hairi reda dengan pemergian anaknya, seorang murid autisme lemas ketika aktiviti air di Kompleks Sukan Desa Tasik. Beliau tidak menyalahkan cikgu-cikgu dan menerima takdir dengan tabah.