Isi Kandungan
ToggleSenang sangat nak buat kuih ulat bulu berintikan kacang merah ini. Bahan-bahan untuk buat pun tak banyak. Sedap sangat dimakan masa panas panas.
Boleh cuba resipi dan cara buat yang dikongsikan oleh Aishah Ismail ini.
“Kuih ulat bulu. pertama kali buat. pertama kali makan, terus jatuh cinta tak pecaya cuba buat memang sedap!”
Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah
Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
air suam
kelapa parut (putih)
secubit garam
pewarna
inti kacang merah – beli di bakeri
Artikel Berkaitan:
Nak Kulit Kuih Ketayap Cantik, Tak Melekat Pada Kuali, Cubalah Cara Ini!
Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Guna Sukatan Cawan Dapat 45 Biji
Cara Buat
1-bancuh tepung dengan air dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai tak lekat pada tangan. Bahagikan untuk mewarna.
2-Ambil doh, tepek dan masukkan inti kacang merah. Tutup dan bentukkan.
3-Ini dah siap dibentuk. Tunggu air mendidih, kita nak rebus macam buat buah melaka tu.
4-Rebus dalam air mendidih. Bila dah terapung tu tanda dah masak. Angkat masuk dalam bekas berisi air. Rendam seketika kemudian toskan.
5-Salut kuih dengan kelapa parut putih yang telah dibubuh garam. Gaulkan.
6-Kuih ulat bulu inti kacang merah..nyum. Selain inti kacang merah, bubuh inti kelapa, inti kacang hijau pun boleh juga.Namun inti kacang merah lagi popular .Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Sumber: Aishah Ismail
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi CENDOL Betul-Betul Sedap, Guna Tepung Jagung Lebih Kenyal Tak Mudah Hancur
Isi Kandungan
ToggleResipi CENDOL Betul-Betul Sedap, Guna Tepung Jagung Lebih Kenyal Tak Mudah Hancur. Ada pelbagai resipi dan cara untuk buat isi cendol. Bergantung citarasa masing-masing.
Kita boleh buat sendiri isi cendol di rumah. Lebih puas hati, jimat dan terjamin kebersihannya. Nak buat jual pun boleh sangat.
Ikut resipi yang dikongsikan Iskandar Muadz sebagai rujukan;
Ramai orang selalu buat cendol bahan utamanye tepung beras kan..kalau resepi saya,tepung jagung bahan utamanye. Ada beza dari segi rasa. Tepung jagung teksturnye lagi kenyal dan tak mudah hancur.
Resepi ni bukan lah turun temurun, ia resepi olahan saya dan arwah mak…apa yang kurang kami tambah. Akhirnye baru jumpa cendol yang betul-betul sedap..meh tengok resepi.
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu kecil kapur makan (bancuh dengan air)
Garam
Pewarna hijau
9 cawan air (2 cawan air pandan,baki letak air biasa)
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan-bahan dan masak atas api besar. Kena sentiasa kacau supaya tak berbintil.
2. Bila adunan dah mula memekat, boleh kecilkan api. Terus kacau sampai meletop-letup dan berkilat.
3. Bila dah berkilat tu, sambung kacau selama 15 minit hingga 20min api kecil. Boleh nampak adunan berkilat-kilat. Jangan cepat sangat tutup api nanti cendol cair masa tekan nanti. Biar betul-betul masak.
4. Sediakan bekas berisi ais, tekan cendol. Boleh guna apa-apa yang berlubang. Siap!
5. Masa tekan cendol tu, api jangan padam. Nanti cendol berketul. Dah siap baru tutup api.
Santan
Santan Kotak
Air
Garam
- Untuk santan, saya pakai santan kotak KARA. Boleh adjust banyak mana santan nak guna. Just tambah air masak, kacau-kacau dah boleh guna. Garam jangan lupa untuk naikkan lemak.
Air Gula
2 cwn gula pasir
1 cawan gula merah
3 cawan air
daun pandan
- Masukkan gula pasir, gula merah dan air. Kemudian masukkan daun pandan dan masak atas api hingga gula cair.
Siapa yang dah berjaya buat, boleh buat jual isi cendol. Dulu saya jual 1kg isi cendol,RM6. Untung tau. Boleh jadi supplier cendol untuk peniaga.
Selamat Mencuba! Semoga Bermanfaat.
Mesti Baca: Cantik Kejadian CENDOL Homemade, Pertama Kali Cuba Menjadi & Puas Hati!
Baca Lagi Di Sini: Cendol Versi Tiada Mesin Parut Ais, Bekukan Dulu Santan & Susu!
Artikel Menarik: Buat Cendol Guna Acuan Maruku, Hasilnya Tetap ‘Molek’
Mingguan Wanita:Memang berbaloi buat sendiri lebih terjamin bersih, halal untuk satu famili makan. Bleh cuba resipi ni nanti.
Sumber: Iskandar Muadz
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pizza Kuali Homemade, 100 Peratus Masak Atas Api Tak Perlu Guna Oven!
Isi Kandungan
ToggleCuti hujung minggu, anak-anak ada di rumah memang seronok buat aktiviti masak-memasak ni. Bagi mak-mak, dapur memang sentiasa berasap je untuk sediakan makanan buat anak-anak. Baik sarapan pagi, makan tengahari, minum petang mahupun makan malam. Belum campur kudapan sampingan.
Salah satu resipi yang mak-mak boleh buat dan jadikan aktiviti bersama anak-anak adalah buat pizza kuali dengan mereka. Tak perlu risau kalau rumah takde oven, sebab pizza ni hanya perlu masak atas api. Cukup mudah! Malah lebih jimat dan puas hati, boleh letak banyak-banyak ‘topping’ yang kita suka.
Berikut perkongsian resipi daripada Puan Murni Rahmat sebagai panduan;
“Pizza kuali lagi,kali ni untuk bekal anak gi sekolah.100% masak atas api,tak perlu oven.Yang dah masak, tabur oregano atas tu..memang sedap, kalah pizza hut & domino”.
Resepi untuk 5 keping pizza
Bahan-Bahan (Topping):
** Sos Pasta tradisional-jenama bebas.
Boleh letak macam-macam topping (Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood)
Cara Membuat:
1.Tumis bawang holland dan bawang putih, bila dah wangi masukkan bahan basah yang lain. Contoh, ayam,hotdog dan cendawan.
2.Tumis sampai masak ye, perasakan dengan garam dan lada hitam, nak letak bbq sos pun boleh..ketepikan.
Kalau nak mudah.. beli apa-apa sos pasta perisa original/ traditional. Kalau nak buat sendiri;
Bahan-Bahan:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar/Holland
1 sudu kecik mix herbs
1 kiub ayam
2 sudu besar tomato puree
3 biji tomato
Cara Membuat:
1.Potong halus bawang putih dan tumis sampai naik bau.
2.Masuk bawang dan tomato yang dikisar, masak sampai pecah minyak.
3.Masukkan tomato puree/sos tamato.Tambah mix herbs dan kiub ayam.
4.Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Bahan-Bahan (Doh):
1kg Tepung gandum
2 cawan Air suam
1 peket Mauripan
2 sudu Minyak masak
1 sudu Gula
Secubit garam
Cara Membuat:
1.Gaul tepung dengan minyak.
2.Tambah air. Uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit, bila dah tak melekat dekat tangan,tutup dengan tuala lembab, rehatkan 1 jam.
*sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1cawan air tu,tuang mauripan dalam tu, masuk secubit gula..lepas 2-3 minit, dah muncul buih-buih baru campur dan uli tepung jadi doh.
3.Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2 kali ganda. Tumbuk-tumbuk doh tu biar angin dia keluar.
4.Bahagi doh pada 5 bahagian atau lebih.
5.Bentukkan doh, bila dah elok bulat dan leper, letak atas kuali.
6.Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yang anda buat. Tutup dengan tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik..masak je doh tu atas kuali.
7.Masa masak tu ikut tebal mana pizza tu..macam saya tebal dalam 1cm,api kecikkkk… dalam 10 mnit.
Info Ekstra!
* Kalau suka kerak pizza tu rangup, kena masak doh tu dulu sebelum isi topping.
* Kalau suka lembut gebu macam roti,letak topping atas doh mentah,baru masak.
*Susun siap-siap atas kuali ye..baru senang sebab tak perlu nak angkat-angkat doh tu..sebab topping tu berat..nanti berat dan susah nak letak atas kuali/pan pulak.
* Cheese tu ambil masa 3-4mnit untuk cair ye.Cheese kena pakai mozzarela untuk effect tarikkk.. kalau tak kisah boleh je guna cheese apa pun, sedap je tapi tak boleh nak main tarik-tarik la. Saya guna mozzarela dan cheddar.
* Nak cepat, buat pakai roti nan/arab.
* Resepi doh ni boleh buat donut,roti dan pau.
Siap! Selamat Mencuba.
Sumber: Murni Rahmat
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Ikan Masam, Lagi Sedap Perap 2-3 Hari Baru Goreng, Ada Penggemarnya!
Jangan tertukar ikan masam dengan ikan pekasam. Nampak lebih kurang saja tapi sebenarnya tidak. Masing-masing ada kesedapan dan ada peminat tersendiri.
Ikan masam ssepetti ikan kering masin cuma ia tidak begitu masin. Bila goreng, mahunya boleh bau satu rumah dan membangkitkan selera. Katanya, lagi lama diperap lagi sedap.
Malah, kalau mak-mak nak buat untuk sekilo ikan terus pun boleh. Nak makan bila-bila masa, goreng saja dan lebihannya bolehlah di simpan dalam peti ais.
Cara untuk membuat ikan masam seperti yang dikongsikan oleh Ida Shahida ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Mudah Buat Ikan Pekasam Homemade, Guna 4 Bahan, Seminggu Dah Boleh Makan!
Homemade IKAN REBUS Hanya Gaul Dengan Garam , Simpan Dalam Freezer Tahan Berminggu!
Ikan Masam, Lagi Lama Lagi Sedap
Siapa yang suka makan ikan masin atau ikan tenggiri masam, mesti akan suka rasanya. Cubalah buat sekali.
Bahan-bahan:
1kg ikan
1 sudu kecil garam kasar
20 keping asam keping
1 sudu besar asam jawa
Gula secukup rasa
2 sudu besar air
Cara Membuatnya:
1. Kembangkan asam keping dan asam jawa saja
2. Air tak perlu banyak sebab nanti semasa perap ikan tu akan mengeluarkan airnya juga.
3. Diperap selama 24 jam (dah boleh dimakan) tapi kalau nak sedap lagi perap 2-3 hari baru digoreng.
4. Jika agak kekeringan sebab sudah banyak hari, boleh masukkan 2-3 sudu air untuk mengembangkan ikan tu semula.
5. Ikan ni boleh disimpan dan dimakan selagi tidak habis. Maksudnya boleh bertahan lama asalkan dimasukkan ke dalam peti ais
6. Nak goreng – boleh basuh dulu sikit sekadar nak bersihkan badan ikan tu atau pun tak perlu cuci pun boleh…terus digoreng.
Info:
Boleh simpan selama mana yang anda suka asalkan tetap di dalam peti ais.
1. Sedap sangat
2. Tidak masin seperti ikan masin
3. Hari ke 3 dah dapat makan
4. Bila goreng tidak berbau satu rumah/satu taman
5. Tak perlu dijemur atau dikukus
6. Bila nak digoreng tak perlu dicuci dengan air
Mingguan Wanita : Tak perlu lauk lain. Ini pun dah cukup sedap. Makan dengan nasi panas. Terangkat.
SumberL Ida Shahida
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI