Rupanya masak sambal udang sedap lain macam bila gunakan Cili Kerinting Indonesia. Bukan apa selalunya bila kita tumis sambal menggunakan cili kering, sesekali boleh cuba kelainan guna cili Kerinting indo ini pula.Ramai yang mengakui kesedapannya memang menjadikan sambal lebih lazat. Ia tak berbau dan tak berapa pedas.
Kisahnya kalau kawan-kawan datang mai rumah, sis memang suka masakkan sambal udang. Sampai one of my friends cakap, awat sambal udang ko sedap lain maciam sampai balik rumah aku dok teringat.
Takdak rahsia apa pun, cuma kalo masak sambal sis suka pakai Cili Indo fresh yang panjang-panjang.Cili ni kepedasan dia tahap sederhana, ngam-ngam pedasnya dan rasa pun memang sedap.
Harga mahal sikit laa, biasa kat pasar sampai RM40 sekilo. Kadang sis kirim kat jiran yang meniaga dia dapat murah sikit dalam RM30 sekilo. Lama boleh pakai sekilo tu sebab cili ni ringan, biji pun kurang, buat sambal memang mantap.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang suka masak sambal, boleh cuba kelaianan guna Cili Merah Indo ni. Memang lain macam, luar biasa sedapnya rasa sambal bila guna cili ni.
Sedapnya buat Puding Mangga, makan sejuk-sejuk. Selain buat untuk makan sendiri boleh juga buat untuk jualan nanti, mesti ramai yang suka.
Sangat mudah. Jom buat!. Saya guide secara detail tau biar semua berjaya buat dengan sedap & cantik)
( Loyang petak 8 inci)
Lapisan Pertama (putih)
Potong dadu 4-5 biji mangga. Nak kurangkan pun boleh
8 gram agar-agar tali
3 cawan air
50 gram gula
130 gram susu segar
30 gram dairy whipping cream
Lapisan Kedua (kuning)
300 gram puree + 2 sudu sunquick mangga(blend mangga, sebelum blend tu masukkan 2 sudu sunquick mangga. Kisar halus.Pakai lebih kurang dalam 3-4 biji mangga.Dah blend sila tapis)
1.Potong dadu 4-5 biji mangga. Letakkan dan susun dalam loyang. Nak kurangkan letak mangga pun boleh. Atas citarasa masing-masing. Setkan dalam peti sementara buat proses seterusnya.
2.Letak atas api sederhana 8 gram agar-agar tali + 3 cawan air.
3.Biarkan mendidih dan agar=agar tali tadi terurai, masukkan 50 gram gula. Dah larut baru masukkan 130 gram susu segar + 30 gram dairy whipping cream.
4. Biarkan mendidih dalam 2-3 minit. Kacau jap then off api.
5. Biarkan dalam 3-4 minit baru tuangkan perlahan-lahan ke atas mangga yang diletakkan dalam loyang tadi. Setkan dalam peti.
4. Kacau sebati dan biarkan mendidih selama 2-3 minit. Off api. Bagi suam dulu dalam 3-4 minit baru tuang perlahan-lahan ke atas lapisan putih tadi. Sebelum tuang cucuk-cucuk dulu pakai garpu agar lapisan melekat dan tak terpisah.
5. Setkan dalam 3-3 jam dan dah boleh makan sejuk-sejuk. Insya Allah sedap. Buatlah juga untuk jualan.InsyaAllah ramai suka.
Mingguan Wanita:Sedapnya puding mangga ni, terima kasih berkongsi resipi dan ajar panduan lengkap buat puding mangga ni sampai jadi. Boleh buat untuk jualan juga nanti.
Madu memang terbukti makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan khasiatnya. Namun amalan minum madu dengan mencampurkannya dengan air suam ketika perut kosong di waktu pagi, mampu mengekalkan kesihatan diri.Malah ia juga merupakan amalan Rasullah SAW.
Ada banyak petua madu saya pernah kongsikan sejak tahun 2017.
1. Petua madu dengan lada putih untuk clearkan mukus dan kurangkan risiko darah tinggi.
2. Petua madu dengan limau kasturi untuk burn belly fat
3. Petua madu dengan talbinah (barli) untuk merawat kegelisahan hati dan kesedihan, berdasarkan hadis sahih
4. Petua madu dengan kayu manis untuk mengurangkan jeragat
5. Petua madu dengan bawang putih bakar untuk tingkatkan nikmat suami isteri
6. Petua madu untuk cirit birit.
Actually banyak lagi tapi dah lupa sebab tak keep track post-post yang saya pernah kongsi dulu.
Hari ni saya nak kongsikan amalan Rasulullah SAW.
Ibnu al-Qayyim menyatakan,
“Nabi SAW biasa minum madu dicampur dengan air semasa perut kosong dan ini adalah rahsia mengekalkan kesihatan yang baik yang tiada siapa boleh faham kecuali seorang yang pintar dan diberkati.” (Zaad al-Ma’ad 34)
Caranya, campurkan sesudu dua madu asli ke dalam secawan air suam. Kemudian minum ketika perut kosong setiap pagi.
Detoks badan dengan melancarkan fungsi hati, buah pinggang dan sistem penghadaman. Orang yang ada gastrik teruk, gerd, eloklah amalkan ok.
Mengurangkan simptom alergi. Orang yang selalu flares teruk boleh cuba ya.
Meningkatkan sistem imun badan. Bagus sangat untuk orang yang ada masalah low immune system terutama sekali yang ada penyakit kronik yang menganggu fungsi sistem badan.
Membantu dalam penurunan berat badan. Boleh perah limau kasturi atau lemon cuma lepas minum acidic drink ni, eloklah kumur terus mulut dengan air supaya sisa asid dalam mulut tak merosakkan lapisan gigi.
Buatkan kulit lebih bersih dan cantik. Saya suka nak sarankan orang yang ada masalah jerawat teruk, muka selalu breakout sana sini, bisul tumbuh sana sini, cubalah amalkan okeh.
Tak ada yang sia-sia dengan apa yang nabi amalkan dan diriwayatkan dengan sahih, insyaAllah.
Mingguan Wanita:Banyak khasiatnya minum madu campur dengan air suam ni dan diamalkan sewaktu pagi ketika perut kosong. Bolehlah dijadikan amalan harian.
Dalam setahun mesti ada sekali dua mak ayah mahupun wanita bercuti dengan menaiki pesawat udara. Daripada penat memandu berjam-jam, lebih baik naik kapal terbang, jimat masa.
Begitu juga kalau nak bercuti ke luar negara, dah tentulah nak kena guna pesawat udara. Perjalanan yang mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi percutian. Seronoknya bila dapat menikmati keindahan dari atas kapal terbang.
Jangan terlalu seronok, tak kira perjalanan jauh atau dekat, paling penting bila naiki pesawat udara, jangan mudah mesra dengan kawan baru, sebab kita tak tahu apa di sebalik keramahannya.
Ikuti perkongsian yang boleh memberi panduan dan manfaat buat wanita yang suka bercuti dengan pesawat udara.
Jika anda sering melakukan perjalanan melalui udara, berhati-hati dengan jiran tempat duduk yang mesra dan terlebih ramah.
Seorang wanita yang agak berumur datang dan duduk di sebelah saya di dalam pesawat.
Dia meminta saya membantunya memasukkan begnya ke dalam ruang bagasi atas. Tetapi seorang lelaki yang duduk di seberang dengan cepat datang. (Saya tidak terlalu tinggi dan ruang bagasi atas adalah sesuatu yang saya memang elakkan.)
Segera dia duduk dan memulakan perbualan. Dia sangat mesra dan bercakap dengan baik. Jadi kami berbual sepanjang penerbangan ke Dubai.
Tiba-tiba, apabila juruterbang mengumumkan bahawa kami sedang memulakan perjalanan ke DXB, kawan baik baru saya ni ‘mengalami’ sakit perut. Saya dengan hati yang baik, menekan butang pramugari, dan pramugari datang untuk menanyakan apa masalahnya.
Saya memberitahu beliau tidak sihat.
Dan wanita ini, dia tiba-tiba mula memanggil saya sebagai ‘my daughter’. Pramugari memberitahu saya bahawa tiada apa yang boleh mereka lakukan kecuali memberinya beberapa ubat penahan sakit dan tunggu sehingga kami mendarat. Juruterbang mengumumkan bahawa kami mengalami kecemasan perubatan di atas kapal dan menasihatkan kami semua untuk bertenang. Kawan baru saya menangis dan berpeluh gila.
Dan dia enggan melepaskan tangan saya… semua orang menganggap kami mengenali antara satu sama lain.
Jadi kami mendarat di DXB dan lelaki yang sama yang membantu meletakkan bagasinya di ruang atas mengeluarkan bagasinya. Tetapi semasa dia mengeluarkan bagasi, dia menasihati saya supaya menjauhkan diri daripada wanita ini dan menjelaskan kepada kru kabin bahawa kami TIDAK pergi bersama.
Oleh itu, kru kabin datang dan bertanya kepada saya sama ada kami mempunyai pertalian persaudaraan, saya memberitahu mereka bahawa kami baru sahaja bertemu di dalam pesawat. Saya tidak mengenalinya langsung. Jadi kami mula berlepas dan semasa saya mengucapkan selamat tinggal dia terus merayu saya untuk membawa beg tangannya.
Saya sangat berbelah bagi… tetapi lelaki itu memandang ke dalam mata saya dan dengan tegas menggelengkan kepalanya. Dia memberikan saya nota yang memberitahu saya untuk membiarkan kru kabin mengendalikannya.
Jadi saya keluar dari pesawat dan meninggalkan ‘kawan baru’ saya untuk menunggu kerusi roda dan dikendalikan oleh kru kabin dan berasa sangat bersalah.
Semasa kami menunggu bagasi kami datang, saya mendengar kekecohan ini. ‘Kawan baru’ saya sedang berlari, cuba melarikan diri dari krew kabin, dan bangun dari kerusi roda! Dia meninggalkan pramugari dengan beg tangannya dan hanya berlari ke arah pintu keluar dengan baki bagasi tangannya!
Nasib baik polis lapangan terbang lebih laju daripada dia. Mereka menangkapnya dan membawanya kembali dalam keadaan bergari.
Wanita ini mula memanggil saya.. my daughter… my daughter!.. bagaimana tergamak lakukan ini kepada dia….. baru saya tahu. Dia membawa d_a_d_a_h dan dia cuba mengaitkan saya!
Nasib baik bagi saya, lelaki yang membantunya membawa bagasinya tampil ke hadapan dan memberitahu polis lapangan terbang bahawa saya dan dia baru sahaja bertemu di dalam pesawat.
Polis mengambil pasport saya dan memintanya mendedahkan nama penuh saya jika benar kami melancong bersama. Dengan izin Tuhan, saya tidak memberitahunya nama saya!
Saya masih diminta untuk mengikut polis ke bilik kecil di mana saya disoal siasat secara terperinci. Di mana saya bertemu dengannya?… di mana saya board… di mana dia board. Dan lain-lain… Dan bagasi saya telah banyak diselongkar dan diperiksa untuk cap jari.
Mereka membersihkan semua bagasinya dan cap jari saya tidak ditemui di mana-mana pada bagasinya atau pada beg tangannya!
Jangan Sesekali Sentuh Bagasi
Saya dilepaskan dengan nasihat jangan sekali-kali menyentuh bagasi sesiapa sama ada dalam penerbangan atau di lapangan terbang. Jadi mulai hari itu, saya tidak kisah berapa banyak bagasi yang kamu ada, kamu akan uruskanlah sendiri. Saya tidak akan menawarkan kamu troli untuk meletakkan bagasi anda! Bagasi kamu… masalah kamu…. itu polisi saya.
Dan jika kamu tidak dapat mencapai ruang atas, dan saya adalah orang yang terdekat, sila hubungi kru kabin!
Pengajaran untuk semua yang kerap mengembara menggunakan pesawat udara.
Mingguan Wanita : Selalu kita dengar kejadian seperti ini. Mungkin inilah satu helah yang digunakan untuk memerangkap kita.
Ketahui tip jogging sebelum anda mula aktif berlari untuk elak sakit di kanan perut bila berlari. Biasanya ada yang akan rasa macam hati terhenjut setiap langkah.