Menarik sungguh mak-mak yang suka berkebun boleh buat sendiri ‘Yellow Trap’ iaitu perangkap berkesan bagi hama, serangga mahupun lalat buah.

Bukan apa, tanaman yang mula berbuah atau berbuah, memang kerap ‘mengundang’ serangga perosak. Bila buat perangkap sebegini, ia mampu menarik perhatian serangga, sekaligus dapat menyelamatkan tanaman.

Menerusi perkongsian daripada Rumah Kebun Organik yang dikelolakan oleh Tuan Julianto Samosir ini, ada kongsikan cara untuk membuat ‘Yellow Trap’.

Memang mudah hanya gunakan 5 bahan dan sangat berkesan dalam mengatasi masalah tanaman yang rosak akibat hama, serangga, mahupun lalat buah ini.

Bahan-Bahan Diperlukan:

Botol Plastik
Cat Warna Kuning
Berus
Lidi
Gam/ Pelekat

Buat Sendiri ‘Yellow Trap’ Berkesan Perangkap Hama, Serangga & Lalat Buah!

Cara Membuat:

1. Kacau rata cat kuning terlebih dahulu.

IKLAN

Buat Sendiri ‘Yellow Trap’ Berkesan Perangkap Hama, Serangga & Lalat Buah!2. Masukkan cat kuning ke dalam botol dan biarkan cat kuning rata di keseluruhan botol. Atau cara kedua, boleh juga cat terus di luar botol dan biarkan ia kering.

Buat Sendiri ‘Yellow Trap’ Berkesan Perangkap Hama, Serangga & Lalat Buah!
3. Kemudian, sapu/ letakkan gam perangkan hama atau serangga ini di sekeliling botol tersebut.

Buat Sendiri ‘Yellow Trap’ Berkesan Perangkap Hama, Serangga & Lalat Buah!
4. Ikat tali pada penutup botol dan gantungkan pada pokok.

Buat Sendiri ‘Yellow Trap’ Berkesan Perangkap Hama, Serangga & Lalat Buah!

Buat Sendiri ‘Yellow Trap’ Berkesan Perangkap Hama, Serangga & Lalat Buah!

IKLAN

Info Ekstra!

  • Tujuan botol diwarnakan kuning bagi menarik perhatian hama, serangga mahupun lalat buah.
  • Setiap satu minggu perlu bersihkan botol, bagi membuang hama, serangga dan lalat buah yang melekat. Kemudian boleh sapu gam semula dan digunakan kembali.

Buat Sendiri ‘Yellow Trap’ Berkesan Perangkap Hama, Serangga & Lalat Buah!

Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.

Lihat videonya di sini: https://fb.watch/dF6UBzrLmb/

Mesti Baca:CARA Tanam KANGKUNG Dalam Botol, Tak Perlu Siram, Tanah Tak Kering!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri & Sembur RACUN ORGANIK, Tiada Lagi Ulat Beluncas Makan Daun!

Artikel Menarik:Daun Berlubang-Lubang Sembur Air Rebusan BUNGA CENGKIH, Racun Serangga Organik!

Mingguan Wanita:Menarik juga idea buat ‘yellow trap’ ini. Memang berkesan dalam menangani masalah hama, serangga mahupun lalat buah yang sering merosakkan tanaman.

Sumber:Rumah Kebun Organik

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI